Beloved Followers

Saturday, September 22, 2007

Dang Suria: Hilang Sukar Diganti

Induk ni dah banyak kali mendapat ranking. Tapi kerana kawan mintak, maka berhijrahlah dia ke Pahang Darul Mukmur. Bukan main happi lagi member tu dapat Dang Suria ni... he he he. Jaga elok-elok yer...

Saturday, September 1, 2007

Selamat Datang ke LEASF

Lawi Emas Ayam Serama Farm (LEASF) merupakan "one-stop centre" blog dalam alam maya yang diwujudkan bagi membincang segala aspek serta berkongsi maklumat mengenai ayam serama (bermula daripada pemilihan baka & serama pemula, masaalah & penyakit serama, teknik penjagaan & pembiakan, rekabentuk reban, jual beli, perihal permakanan, jadual & tips pertandingan hinggalah kepada program promosi & pemasaran ayam serama dalam & luar negara). Perbincangan atau maklumat dalam galeri maya ini diadakan secara telus, terbuka dan profesional bagi memartabatkan lagi haiwan kesayangan kita, serama di seluruh dunia. Kami amat mengalu-alukan sebarang komen yang positif dari peminat serama diluar sana.