Beloved Followers

Tuesday, December 28, 2010

Sepetang Bersama "Perahu Siam" (Serama of the Year 2010)




LEASF sempat ziarah reban Napi di Padang Nenas semasa pulang kekampung dua hari lepas. Berpeluang bersua muka dengan Perahu Siam, iaitu nama serama kuning superselam milek Sdr Napi (polo T-shirt biru) yang boleh digelar sebagai "Serama of the Year 2010". Memang cukup menghiburkan, cukup bergaya dengan selam maut yang hampir tenggelam. Tahniah kepada Sdr Napi yang berjaya menghasilkan serama yang paling istimewa ni......betapa agungnya kebesaran Allah SWT !!!!. Sebelum balik kerumah, kami sempat berkunjung ke reban Serama Awang Selamat dan juga berpeluang melihat Awe Sulung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sdr Napi dan Sdr Bahar yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami. Jangan lupa janji tu, yang tengah mengeram tu..... He he he......

[LEASF spent a few hours at Mr Napi's serama coop in Padang Nenas, Kuala Terengganu two days ago. Have a chance to meet Perahu Siam, the most amazing serama of the year. Really great, really awasome with a complete package of accessories and superb style when acting on top of the table. Perhaps, Perahu Siam is the serama of the year 2010. Congratulations to Mr Napi !!!!..On the same day, we also took the opportunity to visit Serama Awang Selamat, and have a chance to see Awe Sulung, BOTB Kenyir... Many thanks go to both Mr Napi and Mr Bahar for spending a lot of their valuable time with us].

Sunday, December 19, 2010

Cucu Megat Panji Alam Tunjuk Belang


Ini adalah anak B, cucu kepada Megat Panji Alam. Anak ini terhasil dari kacukan bapak muda anak kepada Megat Panji Alam dengan induk muda anak kepada bapak batik. Kedua-dua ibu dan bapak kepada anak B ini adalah keluaran LEASF dan berpindah milek ke Kajang sewaktu usia muda. Dengar cerita dah ada orang melamar anak B ini dengan harga yang tinggi. Tahniah !!!!

[This is the grandson of Megat Panji Alam. Both parents of this awesome chick are originally from LEASF farm...... This chick has a great potential to be a champion. Beautiful colour and nice body posture. Congratulations !!!!].

Friday, December 17, 2010

Sri Bangi Terkini


Dua post terkini Sri Bangi, iaitu adik kepada Yellow Submarine yang berasal dari Terengganu Darul Iman. Sejak usia muda lagi telah dimasukkan bersama-sama dengan tiga induk terpilih, namun sehingga hari ini masih belum dapat zuriat yang dinantikan. Sri Bangi adalah antara pembaka utama di LEASF.

[These are two posts of Sri Bangi, the younger brother of Yellow Submarine (BOTB). Sri Bangi is one of the prime serama cock breeders at our LEASF farm. We are still waiting superb offsprings from this brave cock. Let's do it, we can't wait any longer !!!!].


Tuesday, December 14, 2010

Di Mana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi


Di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.....itulah ungkapan yang boleh di buat antara Jebat (gambar bawah) dengan anak kandungnya Anak Kumbang (gambar atas). Kedua-dua imej ini diambil ketika kedua-dua ayam ini pada usia yang sama. Gaya yang cukup serupa cuma yang berbeza warnanya saja.

[Like father like son.....this is Jebat (bottom) and its offspring, Anak Kumbang (top), These two photos were snapped when they were of the same age. Their body postures and styles when acting on the top of the table are exactly the same, the only different is the feather colour].

Monday, December 13, 2010

Antara Wajah Induk Pembaka



Tiga imej diatas adalah wajah terkini antara induk pembaka utama yang terdapat di reban LEASF. Induk ini baru lepas mengeram dengan 6 biji telur tapi semuanya tidak menetas. Sekarang dibiarkan bersantai pada waktu pagi dan petang dengan pasangannya..

[Three images of a serama hen breeder at our LEASF farm. It incubated 6 eggs for almost 4 weeks but none of them hatched.. No problem, we have to try again and again !!!! ].

Sunday, December 12, 2010

Mr MuscleMan : Selam Maut

Ini adalah salah satu post ayam selam maut yang dihantar oleh Mr Waleed Al-Sayigh dari Kuwait untuk tatapan peminat serama semua. Banyak lagi foto yang telah dihantar tapi telah pun tersiar di blog Serama Keramat. Mr MuscleMan adalah nama sebenar ayam ini sempena dengan salah satu hobi tuannya yang cukup minat dengan sukan bina badan.

[This is one of posts of Mr MuscleMan, that sent by its owner, Mr Waleed Al-Sayigh of Kuwait yesterday afternoon. The other posts have already been published in Serama Keramat blog. Look at its dragon type neck and mountain type chest !!!! Really amazing, Shubhanallah !!! ].

Wednesday, December 8, 2010

Induk Pembaka Utama Lepas Bersiram


Dua imej terkini salah satu induk pembaka utama di LEASF.......teka baka apa ni? Kalau diperhatikan balungnya dibahagian belakang, 3 sisir telah tercabut dek beradu tenaga dengan teman sebungalonya. Baru saja pulih dari penyakit buasir dan mula bertelur balik...

[These are two images of one of the prime serama hens breeder at our LEASF farm. Can you guess, from which bloodline is this charming breeder? Look at its comb !!! Very beautiful, but.....The end part of its comb was taken away after a heavy and lengthy fight with its mate. Just recovered after suffering from a serious sickness].

Monday, December 6, 2010

Wabak Penyakit : Besi Waja Kena Coccidiosis



Besi Waja, anak betina Besi Lusuh plus Tuah, iaitu adik beradik Anak Singa diserang penyakit Coccidiosis bersama-sama dengan anak-anak lain yang sebaya dengannya. Setelah berhubung dengan beberapa orang pakar penyakit dan juruperunding ayam, kami disarankan supaya memberi Amprolium yang boleh didapati dikedai jual dedak ayam. Selain dari itu perlu tukar makanan anak kepada "boiler starter" kerana ianya mengandungi Coccidiostat, serta bersihkan reban dari sebarang najis (baru atau lama). Dipercayai cocci membiak dari oocyst dalam najis ayam dan seeloknya tidak ada sentuhan antara anak ayam dengan najis (droppings). Gambar tengah adalah najis anak betina Besi Waja ini yang kelihatan berdarah. Menurut pakar ini lagi, parasite membiak di sel-sel dalam usus dan memecahkan mucosa usus seterusnya berupaya mengeluarkan semua electrolytes dan darah. Pada masa ini badan anak ayam ini cepat susut dan mereka tidak punyai selera untuk makan. Awas !!! jangan biarkan anak-anak anda jadi begini, reban kami LEASF diiystiharkan darurat.

Sunday, December 5, 2010

Jebat & Anak Serigala : Like Father Like Son


Gambar Jebat (bawah) dan anaknya, iaitu Anak Serigala (atas) semasa pada usia yang sama. Kedua-duanya cukup belunjur ketika anak B ke alam remaja. Anak Serigala adalah titisan darah Jebat yang asli. Mempunyai susuk tubuh yang sama, cuma berbeza sedikit dari segi warna dan susunan balung. Harap-harap Anak Serigala mempunyai ciri-ciri dalaman yang sama saperti Jebat yang hebat itu.

[Photos of Jebat (bottom) and one of its offsprings, Anak Serigala (top) taken almost at the same age. Both of them are quite similar in body posture, but slightly different in feather colours and the combs. Now, we are waiting for Anak Serigala to show its internal superb magic and at the same time to act nicely on the top of the table].

Friday, December 3, 2010

Dang Ayu : Letup Superselam




Aksi "slow-motion" Dang Ayu....... Letup Superselam !!! Kini Dang Ayu banyak berehat di reban LEASF sebab dah jadi mak cik molek..... bukan cek mek molek !!!

[Dang Ayu in slow-motion....... It is an icon at LEASF].