Beloved Followers

Monday, February 28, 2011

Raja Kumbang : Ligat dan Gegar Memanjang



Tiga gambar terkini Raja Kumbang yang sedang menunggu masa untuk siap. Perangainya cukup berbisa dengan gaya yang cukup canggih. Sentiasa ligat diatas meja, ditambah pula dengan gegaran kepala yang tanpa henti......aksesorinya cukup cantik, bulu kemas, warna cantik, ekor tersusun rapi bak sirih junjung dan sayap yang cun, tinggi lampai.....

[Three images of Raja Kumbang. Waiting for the right time to enter the competition...It is a really fantastic young rooster with a complete set of accessories. Its style and action on the top of the table with rattle-headed and helicopter-like motion will surely capture the eyes of the judges. And, not to mention its body posture is so perfect...]

Sunday, February 27, 2011

Induk Pasangan Nadim Mengeram



Induk tok uban sami gila ini yang dipasangkan dengan bapak muda Nadim dah pun mengeram dengan telur 6 biji. Harapan yang tinggi kami letakkan kepada gandingan ini untuk mengeluarkan zuriat yang power dalam masa terdekat.

[Nadim and its partner...Perfect Match....Hopefully this superb combination of bloodlines will produce finest and highest quality offsprings.]

Saturday, February 26, 2011

LEASF Jebat Bloodlines : Anak Kumbang Sailed to Indonesia


Baka Jebat khususnya Anak Kumbang telah memikat hati penggemar dan pencinta serama dari tanah seberang, Indonesia. Kepada Anak Kumbang, kami ucapkan selamat belayar ke tanah seberang dan pastinya kami semua akan merindui mu.....Selamat berjuang !!!!

[The style and table top action of Anak Kumbang, an offspring of Jebat + Dang Kenanga has attracted the heart of serama breeders and traders from Indonesia when they visited LEASF's show gallery a few days ago. This young cockerel with its companions have already sailed to Indonesia early this morning....We missed you. Good luck and all the best to Anak Kumbang !!!!]

Friday, February 25, 2011

Serama Breeders & Traders From Indonesia Visited LEASF




Pada malam isnin 21hb Februari 2011, LEASF dikunjungi oleh peminat serama dari Pekan Baru, Indonesia. Kunjungan ini bukan sahaja untuk merisik beberapa ekor serama keturunan baka Jebat yang ada di LEASF, tetapi juga melawat banyak lagi reban diseluruh Malaysia.

[Serama breeders and traders from Pekan Baru, Indonesia came to visit LEASF on Monday 21st February 2011. They were very much interested in the Jebat bloodlines. They also have the intention to tour around Malaysia to find highest and finest quality seramas to bring back to their hometown.]

Wednesday, February 23, 2011

Lagi Pencinta Serama Veteran Kembali Aktif


LEASF menerima tetamu lagi.......Pada petang Ahad, 20hb Februari 2011, dua orang pencinta serama veteran melawat kami. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk mendapatkan beberapa ekor serama terpilih untuk dijadikan pembaka direban mereka....

[Two veteran serama lovers came to our farm on Sunday afternoon, 20th February 2011. Their intention was to purchase a few well-known bloodline serama cocks and hens for breeding purposes.]

Tuesday, February 22, 2011

Cikgu Hatta : Pencinta Serama Tahun 2000 Kembali Aktif



Pagi ahad 20 Februari 2011, sekeluarga pencinta serama tahun 2000 melawat galeri LEASF. "Saya masih lagi mengikuti perkembangan serama tanahair dengan penuh minat. Serama masakini cukup hebat, dan saya berniat untuk kembali aktif dalam dunia ini", begitulah luahan hati Cikgu Hatta. Beliau bersama keluarga ke LEASF untuk melihat sendiri produk kami dan untuk melamar anak-anak dari baka Jebat.

[On Sunday morning, 20th February 2011, Cikgu Hatta and his beloved family came to visit our show gallery to see our latest collection. They have been loyal serama lovers since the year 2000, and still follow the latest updates in the world of serama. Welcome back to the amazing world of serama !!!]

Video Sri Alam : Uniknya CiptaanMu, Ya Allah




Aksi selam dan mengebas ala helikopter, Sri Alam yang dirakam khas untuk peminat diseluruh dunia.

[In action......Live video of the amazing young cockerel Sri Alam, brought to you by LEASF, your preferred Malaysian serama farm. This video is dedicated to all serama lovers around the world.]

Monday, February 21, 2011

Sri Sukma : Tanggal 26 Akan Gegarkan Bon


Dua imej Sri Sukma yang cun melecun ini.....Sri Sukma berminat untuk turut serta di bon Kuala Lumpur tanggal 26hb Febuari 2011 ini. Kita jumpa disana......

[Two images of Sri Sukma.....Very awesome and very amazing !!!! Sri Sukma will join the serama competition in Kuala Lumpur on 26th February 2011.....See you there !!!]

Sunday, February 20, 2011

Sri Kajang : Cucu Megat Panji Alam Mula Datang Perangai



Ini adalah pos terkini cucu Megat Panji Alam yang pernah kami poskan pada 19hb Disember 2010 lalu. Ayam ini baru saja melepasi remaja dan sekarang memasuki alam muda. Nama yang diberi ialah Sri Kajang. Mempunyai warna kuning cerah yang cukup cantik dan bersih. Sri Kajang sudah mula datang perangai....gaya banyak ikut jejak datuknya.

[Three posts of a grandson of Megat Panji Alam. Earlier post was on 19th December 2010 when this young cockerel at a very young age. The owner used to call this awesome serama, Sri Kajang. Just started to show its bold behaviour with amazing style and action inherited from its grandfather, Megat Panji Alam.]

Saturday, February 19, 2011

Sri Landak Anak Jebat

Belunjur habis.....itu saja yang boleh kita ungkapkan kepada Sri Landak ini. Anak B menuju ke alam remaja ini adalah anak lapis ke-3 Jebat yang tarik selam itu....tak tau nak jadi apa, cuma masa yang akan menentukannya.....tunggu yer !!!!!

[Sri Landak, a young male of Jebat offspring...]

Friday, February 18, 2011

Selam Gegar Anak Kumbang



Tiga imej terkini Anak Kumbang yang semakin hari semakin datang perangainya. Memang benar Anak Kumbang banyak mewarisi gaya selam bapaknya Jebat. Anak Kumbang mempunyai susuk tubuh yang kecil dan kurang dari 250gm. Kini cuma ekor Anak Kumbang saja yang ditunggu-tunggu.

[Three latest posts of Anak Kumbang. It has a very tiny body posture and weights of less than 250gm. Just wait the tail feathers to grow completely...]

Thursday, February 17, 2011

Cempaka Wangi Sehalus Sutra



Cempaka Wangi adalah adik kepada Cempaka Sari dan Cempaka Sakti, dari tetasan yang kemudian. Satu ibu (Dang Kenang) dan satu bapak (Jebat). Bertubuh kecil dan halus, baru berusia 2.5 bulan. Bulunya cantik dan nipis serta lembut bak sutra. Gaya dah mula nampak akan mewarisi Cempaka Sari dan Cempaka Sakti, cuma tunggu masa saja......

[Cempaka Wangi, the offspring of Jebat + Dang Kenanga. Just 2.5 months old. Small and tiny like a little bird.....]

Wednesday, February 16, 2011

Bakal Juara : Sri Alam Tarik Selam Giler


Dua post serama muda Sri Alam yang baru dihantar oleh seorang teman LEASF petang tadi. Teman ini adalah orang lama dan seringkali muncul di bon-bon di seluruh negara. Katanya Sri Alam mempunyai perangai dan aksi yang cukup luar biasa. Cukup aktif apabila berada diatas meja. Tarik, Selam, Lonjak, henyut, lompat, lempar sayap dan berbagai aksi luar biasa lagi....Sri Alam belum siap dan apabila muncul di bon nanti yang pasti merupakan pencabar yang hebat untuk muncul sebagai juara.

[Two posts of a young cockerel, called Sri Alam. These photos were sent by its owner, a veteran serama lover and a good friend of LEASF crews. Sri Alam is very super active when placing on the top of the table. Its body posture is almost perfect. Its style and action is really superb, and no doubt in a very near future, when its tail feathers grow completely, Sri Alam will be the champion.]

Sri Bugis : Pembaka Hampir 6 Tahun Berkhidmat di LEASF



Ini adalah Sri Bugis salah satu pembaka yang lama berkhidmat di LEASF. Hampir 6 tahun bersama kami dan alhamdulillah masih sihat dan segar !!! Badannya masih kuat dan berupaya memanjat ibu dengan cantik. Sri Bugis adalah adunan dua darah ternama, iaitu dari baka Limbat dengan Raja Gegar...

[Three posts of Sri Bugis, one of the senior breeder at LEASF. It has been at our farm for almost 6 years..Still productive and in great health. Sri Bugis is a product of two well-knownl bloodlines, i.e. Limbat and Raja Gegar.]

Tuesday, February 15, 2011

Anak Jebat Berpindah Milik Kepada Penternak Veteran


Tengahari tadi sekor anak jantan Jebat dan dua ekor induk muda telah berpindah milik kepada penternak veteran. Dua post diatas menunjukkan dua kotak besar berisi peluru yang menjadi idaman keluarga bahagia ini. Diharapkan anak Jebat ini akan menurut jejak langkah ayahndanya, tarik selam, lempar sayap dan lonjak dada bertalu-talu.....hehehe....

[This afternoon, a veteran serama breeder came to our LEASF show gallery and took home one male chick of Jebat's offsprings , i.e. the finest one, and two young pullets......The above pictures show the veteran breeder, his daughter, with two big boxes...]

Monday, February 14, 2011

Dang Ayu Masih Lagi Cun


Post terkini Dang Ayu. Walaupun pada usia hampir 2 tahun, namun gaya serta aksi atas meja Dang Ayu masih tidak berubah. Masih lagi selam menjunam dan bertambah cun bentuk tubuhnya yang semakin singkat itu.

[Two posts of Dang Ayu at the age of about 2 years old. It is still in a very amazing and wonderful shape. Its style and action on the table-top remains unchanged. In fact, more outstanding in action !!!!]

Sunday, February 13, 2011

Anak Kumbang Kena Hujan



Anak Kumbang terkejut sebab secara tiba-tiba hujan panas turun dibumi bertuah ini. Apa lagi melompat-lompat lah si Anak Kumbang ni mencari tempat untuk berteduh. Masih basah kuyup masa gambar ini dirakam oleh kamera kami.

[Three images of Anak Kumbang captured after a sudden rain fall.....]

Saturday, February 12, 2011

Gaya Erra : Selam Tajam Berbisa


Kami paparkan dua gambar Gaya Erra yang selamnya tajam berbisa itu. Pernah beberapa kali dapat ranking top 3 dalam bon-bon besar diseluruh tanah air. Kini Gaya Erra menunggu masa untuk kembali ke bon setelah siap ekor dan sayapnya.

[Two posts of Gaya Erra, the amazing serama female of special mixed bloodlines. Gaya Erra always in the top 3 ranking in almost all serama competitions it participated in Malaysia. It has a wonderful body posture with a complete package of style and action.]

Friday, February 11, 2011

Sri Pinang Muncul Kembali


Ini adalah imej terkini Sri Pinang yang dapat kami paparkan kepada semua peminat serama di seluruh dunia. Kebetulan, kami berada disana atas urusan kerja....Sri Pinang sedang meluruh.

[These are two images of Sri Pinang.......]

Saturday, February 5, 2011

Chinese New Year Sale : Adam and Kakhing at LEASF



Jualan hebat yang pihak kami tawarkan sempena dengan cuti Hari Raya China, LEASF dikunjungi pelbagai peminat serama dari dalam dan luar negara. Petang tadi kami dikunjungi oleh dua orang peminat ayam eksotika, iaitu Adam dan anaknya Kakhing dari The Mines Resort City, untuk membeli beberapa ekor "breeder".

[The Chinese New Year sale !!!! Later this afternoon, we received two exotic chicken fans from The Mines Resort City; Adam and his son Kakhing. They not only looked around our show gallery but also went to browse seramas at our LEASF farm. They intended to find a pair of serama breeder to add to their collection.]

Friday, February 4, 2011

Cempaka Sakti Adik Kandung Cempaka Sari



Selam terbenam, selam maut atau tajam berbisa......itu antara ungkapan yang boleh kita beri kepada Cempaka Sakti apabila beraksi diatas meja. Adik kandung Cempaka Sari dan Anak Kumbang ini banyak menurut gaya bapaknya Jebat yang berbisa itu..... Tapi sayang seribu kali sayang chasis dan ekor Cempaka Sakti sudah mula "lari"....... Cukup ramai peminat tapi itulah keadaan dara impian ini......

[This is Cempaka Sakti, the sibling of Cempaka Sari and Anak Kumbang...... It has got a very stunning action when acting on the table-top. Its style and action are inherited from its parent, in particluar Jebat].