Beloved Followers

Monday, August 31, 2009

Sri Bading

Bab kata pepatah Melayu, "kecil-kecil cili api". Inilah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada anak A, Sri Bading, hasil kacukan darah ternama Tok Uban Shawal dengan induk anak kepada Winston Best of the Best. Masih kecil tapi sudah mula tarik dan kadang-kadang terlentuk bila terkejut. Keunikan dan keagungan darah dari baka-baka ini semestinya tidak boleh dipertikaikan lagi, apabila kesemua produk LEASF hasil kacukan darah ini memberikan hasil yang cukup membanggakan. Dua post ini susah tentu dapat meyakinkan para peminat serama yang tahu menilai akan ketinggian mutu ayam serama keluaran LEASF. Pakar-pakar kami di LEASF masih mengkaji karaktor dan susuk badan Sri Bading agar apabila besar nanti masaalah chasis tidak ketara.

Sunday, August 23, 2009

Dang Ayu Terkini

Memang pelik lagi ajab gaya dan karaktor Dang Ayu ni. Apa tidaknya, lihatlah gambar sebelah tu. Dia berdiri tegak tapi kepala tenggelam menjunam. Kadang-kadang kesihan melihat keadaannya begitu, tapi sebenarnya dia tiada masaalah untuk makan dan minum. Kadang-kadang mengalahkan rakan sereban kalau bab makan minum. Dialah selalu mendahului untuk kejar dan menyambar makanan. Ekornya sedang meluruh, yang tinggal cuma beberapa helai saja. Itu lah nampak Dang Ayu macam ayam togel jer tu...
Bertelor? kemungkinan besar tidak bertelor agaknya, tapi segala-galanya boleh berubah jika Allah izinkan. Kita tunggu dan lihat !!!!

New Generation of LawiEmas Breeds

These are the latest edition and new breeds of LEASF. A couple of them are "finished products" of cross-breed between Tok Uban and Winston bloodlines while the others are between Tok Uban and Raja Gegar original breeds. Hey look......Tok Uban is quite dominant, in particular to the male......and the female is not so obvious. And, the character of the male? Guess what? Super Trupper !!!!!

Sunday, August 2, 2009

Sri Sarajunatapa: Terkini Selam Mengebas


Disertakan 2 keping gambar terkini Sri Sarajunatapa. Kabarnya sekarang gayanya cukup kental, bab kata orang di sebelah pantai timur "melawan meja". Kuat mengebas dan tarik selam di attas meja. Cuma yg di tunggu oleh pemileknya adalah aksesori sahaja. Ayam muda ini baru saja memasuki alam dewasa. Lepas ni masuuk bon mana pulak?

Saturday, August 1, 2009

Megat Panji Alam

Baru saja melepas usia muda, Megat Panji Alam begitu cepat dewasa dan kini cuma menunggu masa untuk masuk bon. Baka Tok Uban yg telah di blend dengan beberapa darah lain dari reban Lawi Emas nampaknya mempunyai ciri-ciri dan perwatakan yg cukup unik yang seolah-olah tiada kaitan langsung dengan darah power asal dari Tok Uban. Lihat saja warna bulunya. Tetapi warna kaki masih lagi hijau menurut darah asli Tok Uban. Gaya lempar sayap dan mengebas yang ada pada Megat Panji Alam ini akan pastinya memukau setiap peminat serama. Sekarang proses memperkasakan gaya serta kedudukan kaki Megat Panji Alam sedang giat di lakukan oleh pakar-pakar dari LEASF. Mudah-mudahan usaha ini akan membuahkan hasil yang cukup mantap terhadap hasil keluaran LEASF ini. Kita tunggu dan lihat di sana nanti.

Saturday, July 25, 2009

Sri Maharaja dalam Kenangan

Ini lah gambar yang terakhir yang masih kami simpan sebelum Sri Maharaja menemui ajal disebelah petangnya. Kepalanya botak akibat dimakan oleh 3 ekor induk yang menjadi temannya setiap hari. Seingat kami Sri Maharaja mati pada usia kira-kira 8 tahun. Mati kerana terlalu tua agaknya. Pernah kena stroke pada umur 6 tahun tapi kembali cergas selepas di beri ubat dan usaha-usaha penyegaran setiap petang. Kini titisan darah baka Sri Maharaja ada di beberapa tempat di negara kita. Titisan darah yang paling menjadi dan yang paling menurut perangai asal Sri Maharaja ada di Bandar Baru Bangi. Rumah seorang kawan....Tapi perlu rashia namanya. He he he !!!! Kalau nak tahu kenalah berbaik-baik dengan geng dia.

Thursday, July 9, 2009

Dang Sari Adik Kandung Sri Sarajunatapa

Dang Sari sudah pun muda remaja. Kabarnya cukup ramai peminat dan sentiasa menunjuk lagak dengan gaya ketar-gegar apabila berada di atas meja. Ewah, ewah, ewah cukup menjadi si adik manja ni. Bila nak masuk gelanggang? Tuan dia mesti ada strategi terbaru untuk memukau peminat di bon-bon serama dalam masa terdekat. Tak sabar nak lihat dia beraksi... Agak-agak boleh bertelur kew tidak yer?

Sunday, July 5, 2009

Nagasaki dan Nagasari

Nagasaki dan Nagasari adalah "latest edition" anak serama dari Lawi Emas Ayam Serama Farm. Kedua-dua adik beradik ini merupakan "Golden Blended" dari lima darah yang ternama dengan ciri-ciri kecantikan dan kesempurnaan serta ketajaman ciri-ciri tarik selam. Lima darah tersebut adalah Tok Uban Shawal, Besi Buruk keturunan Cikgu Nipah, 6000, Husin Kijang dan LawiEmas. Gabungan lima baka dalam satu ini ddiharapkan akan menambahkan lagi keunikan pada Nagasaki dan Nagasari. Kini mereka berdua berusia 3 minggu. Jika umur mereka pajang, dapatlah kita semua sama-sama menyaksikan karaktor yang dominan dari lima baka di atas. Kita tunggu dan lihat kehebatan dan keunikan Nagasaki dan Nagasari... Bunyi macam Jepun, tapi pior Malaysia lah.....he he he.

Wednesday, July 1, 2009

Tok Bijasura dan Dang Merduwati


Bagi memenuhi permintaan ramai peminat serama tanahair yang ingin melihat bapak dan ibu kepada Dang Ayu, maka disini kami lampirkan dua gambar yang tak berapa sepadan... Mana tidaknya, tenguk tu kedua-duanya tak nak pandang kamera.... Asyik pusing kebelakang jer, he he he. Kalau perhatikan betul-betul warna Dang Ayu saling tak tumpah sama macam ibunya. Apa-apa pun kedua pembiakbaka ini, mempunyai karaktor yg istemewa Tok Uban. Apa lagi kalau tidak kuat mengebas dan tarik selam ala "Dragon" dari Tasik Chini. Kepada yang berminat bolehlah kontak kami untuk melihatnya secara "live". Jangan lupa call dulu yer....

Monday, June 29, 2009

Bangi Mega Serama Competition: The Best of The Best


Last Saturday (27th June 2009), a Mega Serama Competition was held in Bandar Baru Bangi, Selangor. The competition was attended by about 1,000 serama lovers which include country's famous breeders and senior members of serama lovers. There were about 400 contestants representing high quality, latest models and new editions of serama bantams from Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Penang, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan as well as Selangor and Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. The picture on the left is the champion in the "Cockerels Category". This chick was very active on top of the table and often showed-off when cheering by its fans. The cockerels also won Best of the Best Award.....Congratulation to Pak Soh of Tanjung Mas, Kelantan, the owner of the champion. According to sources from senior breeders, this cockerel was originally breeded in Terengganu... Posted by Fahmi

Saturday, June 20, 2009

Dang Ayu Sepupu Sri Sarajunatapa: Selam Menjunam



Hu ah Hu ah Hu ah......Macam mana boleh selam macam tu. Ini bukan ada magic tapi ini adalah betul-betul. Dang Ayu baru masuk remaja tetapi aksinya memang luar biasa. Selamnya bukan selam kebelakang saja tetapi selam tenggelam menjunam. Dang Ayu adalah sepupu sepapat Sri Sarajunatapa yang semakin hari semakin ramai peminat. Beberapa peminat sekarang berjinak-jinak dengan Dang Ayu tanya harga. Opssss, nanti dulu lah yer, tuan dia tak puas lagi membelai Dang Ayu. Bakal menggegarkan bon....




Friday, May 29, 2009

Sarajunatapa Berpindah Milek

Petang semalam adalah waktu yang terakhir Sri Sarajunatapa berada di reban Lawi Emas. Kini apartmen nya hanya di huni oleh dua ekor betina remaja baka tok uban. Sekor tarik giler sampai tenggelam dan sekor lagi panjang belunjur. He he he...

Itu lah dunia serama yg perlu kita terima. Ada kawan-kawan datang yang ingin memiliki, kita perlu akur dengan permintaannya. tak sanggup kita melihat kawan pulang dengan tangan kosong. Telah tersurat kepunyaan kita hanya setakat semalam saja. Hari ini orang lain punya pulak......Apa-apa pun kita harap jaga lah Sarajunatapa dengan sebaiknya dan rajin-rajin lah hantar berita untuk kita ketahui akan perkembangan terkini remaja pilihan ini....

Baru kejap tadi ada kawan dari UNITEN datang ke reban Lawi Emas untuk bersemuka dengan Sarajunatapa secara "live", tapi dia pulang hampa kerana Sarajunatapa sudah pun berpindah kerana telah menjadi milek orang....

Wednesday, May 27, 2009

Sri Sarajunatapa : Remaja Yg Menawan




Wow, rupa-rupanya ramai betul peminat Sarajunatapa. SMS dan Call tidak putus-putus kami terima dari peminat dalam luar negara. Peminat nombor wahid rupa-rupa Mat Salleh dari Switzland. Hampir setiap hari mamat ni tanya perkembangan ayam yg power ini. Kalau tidak aral melintang, remaja ini akan turun jumpa peminat di Port Dickson pada 31hb Mei ini.... Tunggu dan jumpa di sana. He he he !!!!!!!


Wednesday, May 6, 2009

Sri Sarajunatapa : Keluaran Terbaru LEASF

Wah wah wah !!!! Sekali pandang macam KJ Jr, tapi bila perhati betul-betul tentu sekali bukan. Ini adalah anak keluaran terbaru LEASF. Sri Sarajunatapa adalah kacukan bapak baka Tok Uban dengan induk baka Besi Buruk dari darah pior Cikgu Nipah. Berumur lebihkurang 3 atau 4 bulan, tapi sudah mula menunjukkan ciri-ciri istemewa Cikgu Nipah dan Tok Uban. Apa lagi kalau tidak tarik selam dan kuat kebas atas meja. Kata orang Terengganu "Lawan Meja". Sri Sarajunata bersama-sama dengan KJ Jr bakal mengegarkan bon-bon serama dalam masa terdekat. Itu adalah ramalan yg biasa diberiakan oleh kawan-kawan yg melihat kedua-dua anak serama ini secara "live". Kita tunggu dan lihat !!!!

Tuesday, May 5, 2009

Kopi Jantan Jr Menjelma

Gambar terbaru Kopi Jantan Jr (KJ Jr). Amacam ada rupa seiras dengan KJ tak? He he he, kata orang di mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Kalau di perhatikan betul-betul, warna KJ dengan warna KJ Jr tidak sama. Kalau KJ rinting tiga warna, akan tetapi KJ Jr lebih kepada manisan hangus. Ini lah kehebatan baka Tok Uban Shawal, kecil-kecil lagi dah nampak tark selam !!!! KJ Jr ini kami jangka tarik selam dan kepala boleh berpusing kebelakang. He he he !!!