Beloved Followers

Thursday, February 3, 2011

The Comeback of the Serama Lovers






Seluruh warga LEASF ingin mengucapkan

Selamat Tahun Baru Cina!!! Gong Xi Fa Cai.....
Semoga tahun ini membawakan kita kegembiraan, kepuasan dan kesejahteraan!!!

Hari ini, LEASF telah dikunjungi oleh peminat setia serama tahun 90-an daripada Kepong. Mereka telah datang untuk melihat koleksi ayam serama LEASF yang unik dan kemudiannya membawa pulang beberapa ekor serama LEASF termasuklah salah satu ikon LEASF, iaitu Cempaka Sari. Kami di LEASF berharap anda berpuas hati dengan ayam serama baru anda dan kedatangan dan kunjungan anda sentiasa dialu-alukan di LEASF.

P/S - Datanglah berkunjung beramai-ramai ke LEASF. Kami menyediakan jualan ayam serama besar-besaran sempena dengan tahun baru cina ini!!!


[First of all, LEASF would like to wish you

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!! Gong Xi Fa Cai....
May this year ahead bring us happiness, satisfaction and prosperity!!!

Today, LEASF was visited by long-lost serama lovers from Kepong. They had the chance to browse through our own unique collection of serama and apparently they headed home with 4 beautiful seramas from LEASF which include the Cempaka Sari. We at LEASF hope you will enjoy your new seramas and you are all always welcomed.

P/S- Hurry and come to LEASF. We are having a massive sale in conjunction with the Chinese new year!!!]

Tuesday, February 1, 2011

Cempaka Sari : Dara Pujaan




Cempaka Sari ialah anak kepada Jebat dan Dang Kenanga, iaitu adik kandung Anak Kumbang. Masih dara trang tang tang dan menjadi pujaan ramai peminat serama tanah air maupun luar negara. Cempaka Sari mempunyai tubuh yang kecil molek ala jantung pisang, kepala kecil beserta dengan balung buluh runcing tersusun rapi....Gaya tariuk selam dan tengkuk bergetar ala rattle snake.....

[This is Cempaka Sari, one of the offsprings and the young pullet of Jebat and Dang Kenanga. It has a long neck and a small snake-like head complete with very nice crown and comb. It is still virgin and of course its body posture and action have attracted so many serama lovers both locally and internationally].


Monday, January 31, 2011

Serama Fans From Down Under (Australia) Visited LEASF




Acquaintances from Adelaide, Australia came over to visit us yesterday's everning and had the chance to have a look at our serama collection. The serama in the pictures above is Anak Kumbang, one of our farm's finest serama. They were all pretty excited to see Anak Kumbang in action.

Sunday, January 30, 2011

Seri Labis : 3 Bulan Masih Belunjur



Seri Labis dari keturunan Tok Uban Shawal yang telah melalui evolusi dari pelbagai aspek terutama dari warna kaki dan bulu serta susuk tubuh. Masih lagi belunjur tanpa sebarang perwatakan yang menarik walaupun berumur lebihkurang 3 bulan. Apa nak jadi tak tahu lah, agaknya nak kena mata pisau kot.....apa-apa pun sabar lah yer, kita tunggu sikit lagi....

[A young serama chick of new generation Tok Uban Shawal bloodline. A little bit different with other Tok Uban chicks.....the feather colour, the legs and the body outlook !!!! ]

Saturday, January 29, 2011

Anak Kumbang Anak Jebat


Ini adalah post terkini anak jantan Jebat + Dang Kenangga yang sudah masuk alam muda. Nama diberi Anak Kumbang.... Kami pernah post gambar ayam ini pada post terdahulu bersama-sama dengan bapaknya. Sekarang semakin terik selam dan cuma tunggu masa untuk berarak ke bon.

[The latest post of Anak Kumbang, the young cockerel of Jebat + Dang Kenangga. It has got a good style of action and a nice body posture].

Tuesday, January 18, 2011

Selam Tok Janggut


Ini adalah serama muda yang sedang memantapkan diri diatas meja dengan aksi luar biasa. Susur galur darah ayam ini adalah dari darah Tok Uban Shawal. Selam lompat dan tarik lempar sayap. Cukup cergas dan ligat bila beraksi diatas meja.

[This is a young serama cockerel from the well-known Tok Uban bloodline. It has got a very amazing style when acting on the table top with a remarkable body posture and accessories].

Sunday, January 16, 2011

Pak Ingo of Manado Indonesia Visited LEASF



Seorang peminat setia serama dan haiwan eksotika dari Manado, Sulawesi Utara, Indonesia iaitu Pak Ingo telah melawat LEASF pagi semalam. Beliau menghabiskan masa kira-kira 1 jam bersama-sama kami bercerita tentang hobi masing-masing. Dari pengamatan kami, Pak Ingo memang peminat setia serama Malaysia dan beliau tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama ikon-ikon serama di reban LEASF. Diakhir lawatan singkat ini, Pak Ingo membawa pulang ole-ole istemewa dari LEASF. Selamat pulang sehingga ketemu lagi......

[A serama lover from Manado, Nothern Sulawesi, Indonesia Pak Ingo visited our LEASF farm yesterday morning. He spent about 1 hour to browse through all stocks at our serama farm. A lot of interesting discussion about exotic animals, especially Malaysian seramas has also been made between this gentleman and our serama experts. He also took a chance to snap a few photos of LEASF icons. Before returning back to his hotel in Kuala Lumpur, he took a special box containing "mysterious bullets" from LEASF. Have a pleasant flight back home !!!!].

Saturday, January 15, 2011

Generasi Belunjur di LEASF



Ini adalah sebahagian daripada generasi belunjur hasil daripada projek 2010 sehingga bulan disember 2010 lepas. Anak-anak ini dihasilkan dari pelbagai gabungan genetik yang baik-baik dan ternama. Kelihatan semuanya belunjur-belunjur jer.... entah apa nak jadi tak tau lah !!!!

[Some of the products of the 2010 Mega Project, as of December 2010. All of them are offsprings of the famous LEASF bloodlines. As for now, their bold behaviors and unique serama characteristics have not yet revealed. Just wait and see when they grow up !!!!].

Saturday, January 8, 2011

Nadim Makin Mengganas dan Meletup



Tiga post Nadim yang baru saja diambil sekejap tadi lepas dilap dengan air..... Nampaknya Nadim semakin ganas dan masih menunggu ekor siap untuk dihantar ke bon permainan.... Sabar dan tunggu yer !!!

[The latest posts of Nadim. Having superb action and marvelous style when placing on the top of the table..... Waiting for the feather tails to be completed].

Saturday, January 1, 2011

Satria Semakin Selam

Post diatas baru saja diterima dari pemilek Satria dari Selatan tanahair. Wooow... nampaknya Satria semakin menjadi dan semakin selam. Kelihatan bulu ekor baru meluruh dan menunggu untuk kembali cergas.. Syabas dan tahniah !!!

[This is the latest image of Satria. Just received the photo from its owner from the southern region of Malaysia peninsular. Really superb with amazing style !!! Waiting for the feather tails to be completed.]

Tuesday, December 28, 2010

Sepetang Bersama "Perahu Siam" (Serama of the Year 2010)




LEASF sempat ziarah reban Napi di Padang Nenas semasa pulang kekampung dua hari lepas. Berpeluang bersua muka dengan Perahu Siam, iaitu nama serama kuning superselam milek Sdr Napi (polo T-shirt biru) yang boleh digelar sebagai "Serama of the Year 2010". Memang cukup menghiburkan, cukup bergaya dengan selam maut yang hampir tenggelam. Tahniah kepada Sdr Napi yang berjaya menghasilkan serama yang paling istimewa ni......betapa agungnya kebesaran Allah SWT !!!!. Sebelum balik kerumah, kami sempat berkunjung ke reban Serama Awang Selamat dan juga berpeluang melihat Awe Sulung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sdr Napi dan Sdr Bahar yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami. Jangan lupa janji tu, yang tengah mengeram tu..... He he he......

[LEASF spent a few hours at Mr Napi's serama coop in Padang Nenas, Kuala Terengganu two days ago. Have a chance to meet Perahu Siam, the most amazing serama of the year. Really great, really awasome with a complete package of accessories and superb style when acting on top of the table. Perhaps, Perahu Siam is the serama of the year 2010. Congratulations to Mr Napi !!!!..On the same day, we also took the opportunity to visit Serama Awang Selamat, and have a chance to see Awe Sulung, BOTB Kenyir... Many thanks go to both Mr Napi and Mr Bahar for spending a lot of their valuable time with us].

Sunday, December 19, 2010

Cucu Megat Panji Alam Tunjuk Belang


Ini adalah anak B, cucu kepada Megat Panji Alam. Anak ini terhasil dari kacukan bapak muda anak kepada Megat Panji Alam dengan induk muda anak kepada bapak batik. Kedua-dua ibu dan bapak kepada anak B ini adalah keluaran LEASF dan berpindah milek ke Kajang sewaktu usia muda. Dengar cerita dah ada orang melamar anak B ini dengan harga yang tinggi. Tahniah !!!!

[This is the grandson of Megat Panji Alam. Both parents of this awesome chick are originally from LEASF farm...... This chick has a great potential to be a champion. Beautiful colour and nice body posture. Congratulations !!!!].

Friday, December 17, 2010

Sri Bangi Terkini


Dua post terkini Sri Bangi, iaitu adik kepada Yellow Submarine yang berasal dari Terengganu Darul Iman. Sejak usia muda lagi telah dimasukkan bersama-sama dengan tiga induk terpilih, namun sehingga hari ini masih belum dapat zuriat yang dinantikan. Sri Bangi adalah antara pembaka utama di LEASF.

[These are two posts of Sri Bangi, the younger brother of Yellow Submarine (BOTB). Sri Bangi is one of the prime serama cock breeders at our LEASF farm. We are still waiting superb offsprings from this brave cock. Let's do it, we can't wait any longer !!!!].


Tuesday, December 14, 2010

Di Mana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi


Di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.....itulah ungkapan yang boleh di buat antara Jebat (gambar bawah) dengan anak kandungnya Anak Kumbang (gambar atas). Kedua-dua imej ini diambil ketika kedua-dua ayam ini pada usia yang sama. Gaya yang cukup serupa cuma yang berbeza warnanya saja.

[Like father like son.....this is Jebat (bottom) and its offspring, Anak Kumbang (top), These two photos were snapped when they were of the same age. Their body postures and styles when acting on the top of the table are exactly the same, the only different is the feather colour].

Monday, December 13, 2010

Antara Wajah Induk Pembaka



Tiga imej diatas adalah wajah terkini antara induk pembaka utama yang terdapat di reban LEASF. Induk ini baru lepas mengeram dengan 6 biji telur tapi semuanya tidak menetas. Sekarang dibiarkan bersantai pada waktu pagi dan petang dengan pasangannya..

[Three images of a serama hen breeder at our LEASF farm. It incubated 6 eggs for almost 4 weeks but none of them hatched.. No problem, we have to try again and again !!!! ].