Beloved Followers

Saturday, March 6, 2010

Dang Ayu Bertelur: Hairan bin Ajaib


Waw.... memang sukar di percayai, Dang Ayu induk selam menjunam keluaran LEASF, kini telah bertelur 5 biji (2 biji lembek dan 3 biji cantik elok). Kini Dang Ayu dipasangkan dengan bapak ara berdarah tok uban shawal yang mempunyai teknologi memanjat betina yang cukup canggih. Bapak sembarangan tak leh bagi sebab Dang Ayu menpunyai badan yang cukup singkat, kecil dan selam membuatkan sukar untuk mengawan. Harap-harap ada benihlah hasil dari kacukan ini... Dua biji telur dah di masukkan ke dalam inkubator oleh seorng teman di Cheras, dan kini tinggal cuma 1 biji bersama induk ini. Nak tunggu dia mengeram pulak, rasanya dah tak lama dah.... he he he...

Warkah dari Sdr Shawal (Tok Uban Ori)

Seluruh warga LEASF ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sdr Shawaludin Jaafar atau lebih dikenali sebagai Shawal yang memberi sokongan padu dan telah menghantar e-mail kepada LEASF. Beliau merupakan pencentus atau pembiak yang mula-mula memperkenalkan baka Tok Uban yang original. Sekarang baka inilah yang menjadi idaman setiap peminat serama tanah air mahupun luar negara. Ke reban mana kita pergi, pastinya orang bercakap mengenai keajaiban dan keunikan baka Tok Uban Shawal (yang ori saja tau !!!! banyak kat luar sana yang tok ori, tapi klim baka Tok Uban jugak, he he he !!!!). Baka ini terkenal dengan ciri-ciri tarik selam, kuat mengebas, teleng toleh belakang, bengkeng, jahat lawan meja dan sebagainya. Dibawah ini adalah e-mail tersebut yang diterima oleh LEASF pada Jumaat 5 Mac 2010, tepat pada jam 17:30:13 (waktu Malaysia).

Asalamualaikum…..

Pertamanya tahniah pada saudara kerana dapat mengeluarkan ayam ayam serama cantik dan pandai bergaya.

Semoga usaha saudara dapat mengekalkan dan menghasilkan ayam-ayam serama yang berkualiti tinggi.

Ikhlas dari Shawaludin Jaafar (Tok Uban)


Sekali lagi terima kasih kami ucapkan dan semoga kita berjumpa lagi. Semoga sdr berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi, InsyaAllah.

Wednesday, March 3, 2010

Betul ke Jebat ni?


Betul ke Jebat yang belunjur tu? Memang sah dan sahih, ini lah Jebat yang belunjur tu, he he he... Baru saja 5 hari cerai dengan Tuah, kini Jebat dah mula tunjuk belang, dan mula tunjuk diri dia yang sebenar. Tentunya dia adalah dari darah terpileh, bukan yang terasing.. Bak kata orang tua-tua, dimana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Dua imej diambil petang tadi setelah Jebat dipisahkan dari Tuah kira-kira 5 hari yang lalu. Dah mula tarik dan lonjak ala kuda belang di selang seli dengan "teknologi tarik teleng". Warna pun ala kuda belang jugak tu... Kita tunggu sikit masa lagi, tenguk yang belunjur dulu jadi macam mana. Tunggu dan lihat perkembangan Jebat seterusnya....

Monday, March 1, 2010

Tahniah Cikgu Mohd Khairurraihan dari Perak

Tahniah, tahniah dan tahniah kepada Cikgu Mohd Khairurraihan dari Tapah, Perak yang telah memenangi hadiah istemewa dari LEASF sebagai pelawat yang ke-20,000 berkunjung ke blog kami. Petang tadi, crew LEASF menerima MMS beserta dengan gambar skrin diatas sebagai bukti bahawa beliaulah yang layak menerima anugerah ini. Cikgu Mohd Khairurraihan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Yob merupakan pelawat/penggunjung tetap LEASF. Menurut beliau, blog ini sentiasa dilawati sejak 2008, iaitu semasa beliau mengajar di Sarawak. Kini Cikgu Yob bertugas disalah sebuah sekolah menengah di Kemunting, Perak dan merupakan seorang peminat setia serama dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pemeliharaan spesis unggas yang lain.

Tak lama lagi Cikgu Yob akan berkunjung ke reban LEASF di Bandar Baru Bangi bagi menerima hadiah yang telah dijanjikan itu. Sekali lagi seluruh warga LEASF mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Yob yang telah berjaya menjadi pelawat ke-20,000 LEASF. Kepada sesiapa yang tidak bernasib baik pada kali ini, janganlah putus asa, cubalah lagi dilain kali. InsyaAllah, anda akan menjadi pelawat yang ke-??????? nanti. Tunggu dan Sabar......

Pelawat LEASF ke-20,000 Terima Hadiah

ASM dan Salam 1Malaysia 1Dunia

Pertama sekali crew LEASF ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat serama di seluruh dunia yang sudi berkunjung ke LEASF. Sokongan yang berterusan dari semua amatlah dialu-alukan demi untuk memartabatkan serama yang kita kasihi. Alhamdulillah, LEASF menerima pelawat dan peminat serama bukan saja dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari seluruh pelusuk dunia.

Diatas sokongan ini, pihak LEASF ingin menawarkan hadiah yang istemewa kepada pelawat yang ke-20,000 berkunjung ke LEASF. Jadi, kami harap pelawat ke-20,000 ini dapat menghubungi mana-mana crew LEASF menggunakan nombor talipon yang tertera di side bar. Bilangan pelawat sehingga pagi ini adalah 19,873.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!!!!! Hidup serama, Hidup LEASF

Dear all,

Firstly, we, the LEASF crew would like to give a big thank you to all serama fans and serama lovers from all over the world who have visited our blog. Your support is very important and truly appreciated. It is really good to know that LEASF has been receiving visitors not only from Malaysia but also from other parts of the world.

As for this massive support from all of you, we would like to offer a very special gift to the 20,000-th visitor. So, if you are the one that we are searching for, kindly contact us using the phone number given on the side bar. As of this morning, the number of visitors is 19,873.

Hurry up !!! Be the 20,000-th visitor and go serama!


Sunday, February 28, 2010

Belunjur Tuah Vs Belunjur Jebat


Tuah (atas) dan Jebat (bawah) adalah anak-anak baru di LEASF. Kedua-dua anak B ini kini sedang membesar ke alam remaja dengan cara berjalan yang belunjur semacam ayam kampung. Hai, apa dah jadi? Tak padan dengan nama yang begitu hebat. Geng mereka yang berwarna ara telah pun berpindah milek ke Putrajaya dah seminggu. Belunjur juga lah..... Tuah dan Jebat berdarah dari baka terpileh dari susur galur LawiEmas Tok Uban Shawal yang ori generasi ke-3. Apa nak jadi kepada ayam dua ekor ni entah lah...... Kalau ikutkan hati, dah lama bagi present kat pelawat yang datang, tapi rasanya nak tunggu sikit masa lagi lah, kot-kot dengan nama yang begitu hebat mudah-mudahan mereka pun turut hebat. He he he.....

Saturday, February 27, 2010

Dang Suria Jr Bakal Pembaka LEASF



Tiga imej diatas adalah induk muda Dang Suria Jr keluaran LEASF. Induk muda ini hasil daripada kacukan teliti baka-baka LawiEmas dari susur galur Tok Uban Shawal melalui kacukan ""in-breeding" dan "cross-breeding" sehingga ke generasi ke-3. Dang Suria Jr bakal menggantikan induk-induk veteran yang terdapat di LEASF. Bentuk badannya yang cantik dengan tengkuk panjang dan keter serta tarik S, diharapkan induk muda akan melahirkan anak-anak yang cukup power apabila nanti dipasangkan dengan bapak pembaka Tok Bijasura yang terkenal dgn selam. Harap-harap induk muda ini dapat bertelur lah.... Maklumlah tubuhnya terlalu singkat....

Sunday, February 21, 2010

Double A yang Belunjur di LEASF



Tiga imej diatas adalah 2 ekor anak A LawiEmas pior yang masih lagi "bersekedudukan" dengan ibu mereka. Tak cerai lagi lah, kalau cerai saja berdering-dering bunyinya sama dengan bunyi ringing tone handphone tu..... Tak cantik masih belunjur dan belunjur lagi. Baru berusia lebihkurang 2 bulan dan adalah juga merupakan golden blended dengan special formula darah LawiEmas6000 dengan darah dari susur galur Tok Uban Shawal generasi ke-3 dari reban LEASF. Nama pun belum beri lagi tu..... Entah jadi ke tidak tak tau le..... Baru petama kali kena lap dengan air, sebab tu lah nampak terkejut dan tercegat tarik selam kot. He he he.... Tenguk lah apa nak jadi bila besar nanti, kalau belunjur dah ada peminat nak tolong letak mata pisau.

Saturday, February 20, 2010

LEASF ke arah ISO 9001 dan ISO 14001




LEASF sedang berusaha untuk mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 (Quality Management System) dan ISO 14001 (Environmental Management System) dari SIRIM QAS International Sdn Bhd atau Neville Clark (M) Sdn BHd. Usaha-usaha kearah ini sedang giat dijalankan, bermula dengan pengurusan kualiti bagi semua aktiviti harian di LEASF menuruti keperluan standard yang ditetapkan dalam ISO 9001:2008. Begitu juga dengan pengurusan alam sekitar, dimana kebanyakkan bahan-bahan harian yang digunakan untuk proses biakbaka serama, seperti makanan, bekas-bekas, ubat-ubatan dan sebagainya yang mesra alam demi menjaga alam dengan lebih lestari.

Gambar diatas adalah sebahagian daripada "condo" yang terdapat di LEASF. Kini condo-condo ini telah mencecah 100 unit dengan setiap unit dilengkapi segala kemudahan dan infrastruktur asas bagi kehidupan serama tercinta. Selain dari unit-unit ekskutif ini, 3 buah Unit Rawatan Rapi telah diwujudkan. Proses pembikinan sebuah "meeting room" dan "customer service centre" juga sedang dilakukan oleh kontraktor bertauliah LEASF. Dengan adanya kemudahan ini nanti adalah diharapkan, pelawat, pencinta dan peminat serama yang berkunjung ke LEASF bolehlah bersantai disamping memerhatikan keindahan gaya selam, gegar, ketar, teleng, tarik dan lawan meja produk-produk yang terdapat di reban LEASF.

Tuesday, February 16, 2010

My Name is Apokalips



Video diatas diuploadkan khas untuk peminat serama tok uban shawal yang ori. Lagak anak remaja Apokalips ini memang klas dan menawan, dengan tenguknya yang panjang ala S, sekali tarik riuh rendah peminat serama tepuk tengan. Sekali dia kebas, semua debu atas meja beterbangan la..... Mohon maaf sebab yang ambil video ni masih lagi amatur, sebab tu lah kita kena tonton video ini dengan kepala teleng pulak. Crew LEASF baru saja terima video ini dari tuan dia kejap tadi. Bukan main ceria lagi tuan dia ni. He he he......

Monday, February 15, 2010

GENKiMO-1 digunakan di LEASF



GENKiMO-1 produk keluaran MARDI telah lama digunakan di LEASF bagi menghilangkan bau tahi ayam yang kurang menyenangkan. Produk hasil penyelidikan beberapa tahun seorang pakar MARDI ini berasaskan kepada bekteria inokulasi. Cara penggunaannya cukup mudah, campurkan saja dalam nisbah 1:200 GENKiMO-1 dengan air dan kemudian sembur pada najis bagi menghilangkan bau. Produk ini juga boleh diberi minum kepada ayam dengan nisbah 1:400 dan najis yang keluar tidak akan berbau. GENKiMO-1 juga telah terbukti dalam membantu kadar tumbesaran ayam dan lain-lain unggas, terutama untuk ayam penelur atau ayam daging. Kepada peminat serama yang membela ayam dikawasan perumahan atau yang tidak mempunyai masa untuk membersih reban secara berkala, silalah hubungi crew LEASF untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai produk ini. Bukan nak kempen, tapi dari pengalaman kami di LEASF produk ini baik untuk peminat serama untuk mencubanya.

Sunday, February 14, 2010

Generasi Belunjur di LEASF


Anak-anak B genrasi baru di LEASF dalam gambar diatas merupakan hasil terbaru dari darah-darah batik dan tok uban yang telah melalui kacukan yang rapi. Setakat ini semuanya "belunjur" belaka. Tak nampak apa-apa petanda lagi. Kalaulah begini hingga ke tua, maka proses kacukan ini adalah gagal. Tapi berpandukan pengalaman yang ada, dijangkakan dalam masa terdekat kita akan saksi "barang-barang yang belunjur" ini akan mula menegak dan mula selam terbenam. Hehehe.... Kita tunggu dan lihat.

Saturday, February 6, 2010

Megat Panji Alam - Dang Melati : Pasangan Ideal


Atas permintaan ramai peminat akan serama batik yang sopistikated dengan corak dan warna yang pelbagai, kini LEASF melangkah setapak lagi dengan mengemukakan gandingan pasangan yang ideal untuk ini. Megat Panji Alam kini dipasangkan dengan Dang Melati bagi mengeluarkan anak-anak batik dengan corak LawiEmas. Dang Melati terkenal dengan tarik selam dan Megat Panji Alam pula tersohor dengan tarik lempar sayap kedepan dan selam teleng, sudah tentu mempunyai keserasian yang baik. Sama-samalah kita tunggu corak batik dengan warna base adalah coklat merah pada bakal anak-anak mereka berdua. He he he....

Nagasaki Pembaka Hebat

Setelah tiga kali berpindah milek (dari LEASF ke Seremban, kemudian ke Shah Alam, kemudian ke Bandar Baru Bangi), Nagasaki kini berada di reban teman crew LEASF di Bandar Baru Bangi dalam keadaan yang cukup berahsia. Kabarnya Nagasaki semakin menjadi-jadi tarik selamnya, cuma beberapa aksesori belum penuh lagi. Lambat meluruh terutama pada bahagian ekor..... Tuan barunya sudah pun mempunyai rancangan yang cukup rapi untuk breeding dengan memasukkan beberapa ekor induk baka terpileh dari pelbagai darah terkenal. Tempat breedingnya juga cukup special. Apa tidaknya, diletak dalam rumah dan Nagasaki tidak dimandikan untuk sekian lama dan dibiarkan bulunya berbalik-balik supaya tidak ada orang perasan. Rahsia betul tuannya......Harapan kami, anak-anak yang bakal menetas nanti menurut perangai dan gaya selam S seperti bapaknya yang hebat itu.

Friday, February 5, 2010

Si Kerdil Digelar Seri Angkasa



Dalam diam-diam Si Kerdil ini dah mula tarik dan pacak atas meja. Si kecil ini dulunya dipanggil Si Kerdil atau Si Botak, tapi sekarang digelar Seri Angkasa. Istiadat permasyuran telah diadakan dua hari lepas. Memang layak dan menang padan nama itu diberi kepadanya memandangkan perangainya yang cukup kuat mengebas dan tarik serta suka melompat. Warna Seri Angkasa tak ubah seperti bapaknya juga, kuning merah dan cemar hitam disana sini. Balungnya cukup cantik tersusun rapi dengan bilah yang halus dan tegak keatas. Seri Angkasa kini dibuka untuk jualan. Kepada sesiapa yang berminat dengan ayam halus tarik ini, boleh lah berhubung dengan crew LEASF. Empat imej diatas diambil petang tadi semasa hujun turun mencurah-curah di reban LEASF. Kalaulah cuaca elok dgn panas yang sederhana, maka imej-imej ayam ini akan bertukar menjadi Seri Angkasa Pahlawan Terbilang. He he he he....