Siapa kata Jebat derhaka? Sebenarnya Jebat tidak pernah derhaka pada tuannya, lihat saja dua post diatas tu. Jebat sentiasa ceria, sentiasa tarik, lonjak, selam, lempar sayap, gegar senggup-senggup ala rattle snake dan berbagai lagi perangai yang pelik-pelik apabila beraksi atas meja. Sentiasa patuh kepada permintaan tuannya serta peminat yang datang berkunjung ke LEASF. Terkini, Jebat sedang meluruh terutama dibahagian ekornya menandakan Jebat tak lama lagi akan menjadi "orang muda". Ramai peminat diluar sana hantar SMS mintak kami postkan gambar terkini Si Jebat yang tidak derhaka ini. Idup Jebat !!!!
Beloved Followers
Sunday, April 18, 2010
Saturday, April 17, 2010
Tahniah ! Cikgu Yop Terima Hadiah
Gambar diatas diambil petang tadi semasa Cikgu Yop (baju petak-petak) menerima hadiah dari Cikgu Zamri (crew LEASF), sebagai pemenang pelawat yang ke-20,000 ke blog LEASF. Hadiah berupa sekor muda baka Tok Uban plus Besi Buruk yang original. Disamping menerima hadiah yang telah lama menunggu ini, Cikgu Yop juga membawa balik beberapa ekor jantan dan betina serta anak dari reban LEASF untuk dibuat proses pembiakkan serama LawiEmas di Perak Darul Ridzwan.
Saturday, April 10, 2010
Generasi Baru LEASF Sedang Membesar
Thursday, April 1, 2010
Rentak Juara Sri Andalas
Post diatas adalah imej terkini Sri Andalas yang tidak lama lagi akan muncul dalam Rentak Juara di bon-bon di tanah air. Crew LEASF baru saja terima imej ini dari tuannya. He he he.... dari SMS yang kami terima, kabarnya muda ini dah mula terik dan pacak dan sekali-sekali selam ala lengguk Mak Limah. Wah..., macam mana aksi tu? Kami pun tak reti. Tunggu saja apabila Sri Andalas muncul dalam Rentak Juara nanti... Sabar !!! Sunday, March 28, 2010
Pacak Teleng Sri Angkasa

Terkini, Sri Angkasa mempamerkan aksi pacak tarik teleng. Muda ini baru saja salin bulu baru tapi masih tak penuh lagi. Angan-angan nak lawan juara antara juara di KL semalam. He he he, jauh panggang dari api.... mana boleh? Badan memang halus dan kecil comel..... terlalu galak sebab tak pernah bersama betina kot... kesian, kesian, kesian...
Saturday, March 27, 2010
Johan Muda dan BOTB di Tasik Titiwangsa KL 27 Mac 2010

Ini adalah gambar Johan muda dan juga penyandang "Best of the Best" di Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada hari ini 27 Mac 2010. Gmbar ini di kirim melalui SMS oleh seorang teman dari Cheras. Ayam muda ini dibawa oleh otai Pak Id dari Dungun, Terengganu Darul Iman. Menurut beliau muda ini adalah hasil kacukan dua darah ternama. Induk dari kalangan baka Sami Gila, manakala bapak adalah dari darah titisan Tok Uban Shawal. Syabas dan Tahniah tuan ayam tersebut, rasanya crew LEASF kenal sangat dengan tuannya.... Memang cantiklah ayam ini, cukup aktif dan selam menjunam... he he he...
Sri Bangi Adik Kandung Yellow Submarine
Belunjur, belunjur dan belunjur itulah ungkapan yang patut diberi kepada Sri Bangi adik kandung kepada Yellow Submarine ini. Baru saja mendiami reban LEASF setelah berada ditempat pertapaan selama lebihkurang 2 bulan keluar dari reban tuan asalnya di Kuala Terengganu. Tak tahulah apa nak jadi. Paten tu ada, aksesori cukup cantik, warna sebiji macam abangnya Yellow Submarine, tapi gaya masih dalam teka teki. Jadi ke tak jadi.... Kalau tak jadi jawabnya mata pisaulah, he he he.... Bagi dia peluang dan kita tunggu dan lihat...
Wednesday, March 17, 2010
Dang Embun Bersama Tetasan
Tuesday, March 16, 2010
Double A Masih Tidak Bernama
Ramai yang datang melawat Double A, mereka masih lagi belunjur dan belum ada nama lagi. Entahlah kali ni nak tenguk aksi dulu, lepas tu baru pacak nama dan terus register. Gambar diatas juga diambil semasa Double A baru saja kena air pukul 10.00 pagi. Kena lap, nak bagi cepat tumbuh bulu dan lekas membesar. Tak sabar nak tenguk aksi mereka, tapi kata teman-teman yang sekor tu menuruti tingkahlaku Sri Sarajunatapa yang berbisa itu. Kalau betul, he he he... memang se ibu se bapak. Harap tumpahlah sedikit kuat kepadanya. Sekor lagi ni, bukan dari ibu yang sama, tapi dari ibu yang berbeza, cuma bapak yang sama.
Sunday, March 14, 2010
Sri Sarajunatapa: Profil Ku




Empat post diatas merupakan koleksi foto Sri Sarajunatapa (SS) bagi menunjukkan profil perkembangan serama keluaran LEASF ini. SS terhasil dari gandingan mantap dua superpower baka dalam dunia serama. Apa lagi kalau tidak darah Tok Uban Shawal yang ori dengan darah Besi Buruk yang ori jugak.
Bermula dengan anak A yang baru saja kenal jantan betina, memang sangkaan kami pada mulanya anak ni betina. Apabila melangkah jadi anak B dan ke alam remaja, SS mula tarik dan selam serta kuat mengebas. Waktu muda lagi kuat mengebas (macam kipas kapal terbang Fokker) dan pacak serta tarik selam jika berada diatas meja. Pantang tenguk pengadil. Terkini, selam terbenam dan lonjak dada serta buka kepak ala Batman diselangi dengan kebasan maut yang cukup menghiburkan... Lepas juga rindu pada SS, apabila tuannya bawa ke reban LEASF petang tadi bagi melihat secara "live" aksi terkini SS... post istemewa dan profil SS ini, LEASF hadiahkan kepada tuannya.... Nampaknya kena book sekor anak SS nih.....
Saturday, March 13, 2010
Dang Kenanga Remaja Halus
Dua post diatas adalah Dang Kenanga remaja halus yang bakal menjadi induk pembaka di reban LEASF. Dang Kenanga mempunyai campuran darah juara antara juara dengan darah asas adalah dari susur galur Tok Uban Shawal Ori. Kelihatan Dang Kenanga bersama "pasangan"nya sejak kecil. Bukan adik beradiknya tapi hanya teman sepermainan masa kecil. Maklumlah sama-sama tunggal dan sama-sama belunjur.
Ramaja ini adalah hasil eksperimen dari Projek Mega LEASF 2010 dan akan dipasangkan dengan Tuah atau Jebat apabila dewasa nanti. Keputusan projek ini akan diketahui apabila kacukan ini mengeluarkan zuriat mereka nanti. Lama lagi loooooooo..... sebab tu takleh lepas sembarangan....
Sri Bayas Berikan Full-Time Service
"Apasal comot sangat ni, tak pernah mandi atau sedang meluruh?" tanya seorang kawan yang melawat LEASF baru-baru ini apabila melihat aski Sri Bayas bersama 5 gundik-gundiknya.
Inilah 3 imej terbaru Sri Bayas setelah lebihkurang 3 tahun menjalankan tugasnya sebagai salah sekor bapak pembaka di LEASF. Bapak ini memberikan perkhidmatan secara full-time sejak muda hinggalah kehari ini. Memiliki susuk badan yang cantik, balung plastik yang tersusun rapi dengan bilah batang mancis beserta dengan tubuhnya yang kecil, lebihkurang 300gm, menjanjikan anak-anak yang cantik dan bergaya. Namum, hingga kehari ini, semua zuriatnya tak panjang umur. Semuanya mati kecil dan yang paling tua hidup hingga keperingkat remaja saja. Dari muda hingga ke tua perangainya tidak pernah berubah, malah makin berbisa, cukup aktif dan sentiasa mempamerkan kebasan, lompatan, lonjakan dan gebasan maut semasa beraksi diatas meja.
Warga LEASF tidak sabar untuk menunggu cahaya matanya yang comel. Bila yer ?? Sama-samalah kita tunggu.
Friday, March 12, 2010
Sekilas Terjah Si Jebat


Hanya sekilas aksi terjah Si Jebat yang masih anak B. Masih lagi belunjur cuma kadang-kadang saja dia "mari" bila terkejut dengan aksi kucing. Boleh tahan kalau dia "buat". He he he... Entah apa yang akan terjadi bila tua nanti-nanti sama-samalah kita tunggu, jika di panjangkan umurnya. Sabar !!! baru anak B, belum pun masuk remaja.
Monday, March 8, 2010
Anak Tunggal Megat Panji Alam pun Belunjur


Dua imej diatas adalah anak jantan tunggal Megat Panji Alam dengan induk anak kepada bapak winston "best of the best". Anak ini netas lebihkurang sebulan yang lalu dan masih anak A serta belum ada nama lagi. Ini adalah satu-satunya zuriat Panji Alam hasil dari eraman 6 biji telur. Telur-telur lain ada yang anak mati dalam telur dan ada juga yang tembelang. Cuaca yang panas sekarang antara punca eraman kurang menjadi, terutama jika reban tidak diredupkan oleh pokok atau bangsal. Anak ini jarang-jarang dipegang, cukup liar dan masih belunjur, tapi warnanya tak ubah saperti bapaknya semasa kecil. Apa nak jadi kau ni hah ???? Kita akan ikuti perkembangannya dimasa akan datang, jika panjang umur. He he he......
Sunday, March 7, 2010
Barisan Induk Pelapis Menunggu Giliran


"Bila kita nak dimasukkan bapak ni", agaknya begitulah antara sunggutan/bisikkan induk-induk muda pelapis yang sedang membesar di LEASF. Dua imej diatas adalah 4 ekor induk muda tunggu siap untuk dimasukkan dengan bapak pembaka. Induk-induk yang masih dara ini adalah hasil kacukan teliti baka-baka LawiEmas dari susur galur darah terpileh dan proses pembesaran mereka menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan dari "nano-technology". Baru saja melepasi alam remaja dan sekarang masuk ke alam muda dan banyak yang masih tak siap lagi untuk dimasuk bapak. Nampak banyak yang panjang belunjur, takpe lah asalkan dapat mengeluarkan anak-anak yang power.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)