Beloved Followers

Thursday, October 14, 2010

Lekiu Sedia Bertarung

Gambar terkini Lekiu yang diterima pagi tadi dari tuanpunyanya di utara tanah air. Ceritanya Lekiu tak sabar menunggu untuk ke gelanggang di Pulau Pinang tidak lama lagi. Lekiu tidak siap sepenuhnya lagi jika diperhatikan kepada bilah ekor dan jalur lawi. Agaknya mungkin diturunkan dalam kategori ABS. Yang pasti gaya dan lagak pahlawan Melaka tidak pernah luntur dari tubuh Lekiu. Selamat Bertanding kami ucapkan.....

[This is the latest image of Lekiu that we recieved from its owner this morning. Looking at the tail feathers Lekiu needs a few more months to grow fully. The owner cannot wait any longer because the competition in Penang is just at the corner. Lekiu may compete in the ABS category. Good luck and all the best !!!!!]

Wednesday, October 13, 2010

10.10.10 Brings Luck


Tarikh yang ramai orang menanti-nanti, iaitu 10.10.10 bukan saja memberi tuah kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Mudzafar kerana melangsungkan perkhawinannya dengan isteri yg cantik dalam majlis resepsi penuh gilang gemilang, tetapi juga membawa tuah kepada kami di LEASF. Tepat pada pukul 10.10 malam, 4 dari 6 biji telur eraman Besi Lusuh pasangan Tuah telah menetas. Gambar diatas diambil pada 12.10.10 sewaktu anak-anak ini berumur 2 hari. Harap-harap kesemuanya panjang umur, mudah-mudahan adalah rezeki kami di LEASF bila mereka besar nanti.

[The luck of 10.10.10...... Yes! the date 10.10.10 not only brings luck to the Malaysian "Space-Man" Datuk Dr Sheikh Mudzafar who celebrated wedding reception party with his beautiful wife in a very glamorous manner, but also to special serama breed at LEASF. Exactly at 10.10 PM on that very day, 4 out of 6 eggs of Besi Lusuh and its partner Tuah hatched. The above images were taken on 12.10.10, i.e. two days after "the birth". Hope the chicks will bring more luck to us when they grow up.]

Tuesday, October 12, 2010

Seri Bayu: Remaja Belunjur


Dua post diatas adalah image terbaru Seri Bayu bersama dengan adik kandungnya. Masih tak segar dan kelihatan belunjur habis.....tak tau lah jadi apa apabaila dewasa nanti. Mungkin kena mata pisau saja kot... entahlah !!!!!! Seri Bayu adalah anak saudara Tuah yang berbisa itu. Nama Seri Bayu diberi kerana remaja ini cukup sentimental dan romantik bersama adiknya.

[These two posts are the latest images of young cockerel Seri Bayu with his sibling. This young cockerel seems to be very "shy and inactive" when acting on top of the table. It is a nephew of Tuah.]

Monday, October 11, 2010

Jebat Bersama Madu Tiga



Jebat sedang bermadu tiga bersama-sama dengan Dang Kenanga, Dang Merduwati dan Dang Maya. Pasangan Jebat dengan tiga induk pilehan ini diharapkan akan dapat menghasilkan zuriat yang unik dan bergaya. Dang maya merupakan pasangan yang paling muda dan pertama kali dimasukkan dengan bapak. Kesemua induk ini mempunyai ciri tarik terbenam. Sama-samalah kita tunggu hasilnya nanti.

[Jebat is coupled with three selected dames, and they are Dang Kenanga, Dang Merduwati and Dang Maya. Among them, the youngest pullet is Dang Maya who is the first time to be with sire. Hope this new combination of prime bloodlines from LEASF will produce a unique and superb quality of offsprings.]

Sunday, October 10, 2010

Besi Lusuh Hampir Tetaskan Zuriat

Hari ini mungkin hari terakhir induk baka Besi Lusuh ini akan mengeram. Dengan telur 6 biji hasil kacukan dengan Tuah, kami jangka menetas esok atau lusa. Kami harap anak-anak yang bakal menetas nanti akan memiliki ciri-ciri yang menakjubkan dengan gaya selam ala Jebat, Tuah, Sri Sarajunatapa, Sri Bauk, Lekir, Lekiu dan produk LEASF yang lain.

[Besi Lusuh with 6 eggs is expected to "give birth" in one or two days. The champion, Tuah was its partner and this will be their fist offsprings. We really hope that the products of this young couple will show a unique character, high quality feature and superb style, like Jebat, Tuah, Sri Sarjunatapa, Sri Bauk, Lekir, Lekiu and others.]

Saturday, October 9, 2010

Pelawat LEASF ke-50,000 Akan Terima Hadiah

ASM dan Salam 1Malaysia 1Dunia

Pertama sekali crew LEASF ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat serama di seluruh dunia yang sudi berkunjung ke LEASF. Sokongan yang berterusan dari semua amatlah dialu-alukan demi untuk memartabatkan serama yang kita kasihi. Alhamdulillah, LEASF menerima pelawat dan peminat serama bukan saja dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari seluruh pelusuk dunia.

Diatas sokongan ini, pihak LEASF ingin menawarkan hadiah yang istemewa kepada pelawat yang ke-50,000 berkunjung ke LEASF. Jadi, kami harap pelawat ke-50,000 ini dapat menghubungi mana-mana crew LEASF menggunakan nombor talipon yang tertera di side bar. Bilangan pelawat sehingga pagi ini adalah 42,011. Sila "print screen" muka kunjungan ke-50,000 ini sebagai bukti........

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!!!!! Hidup serama, Hidup LEASF

Dear all,

Firstly, we, the LEASF crew would like to give a big thank you to all serama fans and serama lovers from all over the world who have visited our blog. Your support is very important and truly appreciated. It is really good to know that LEASF has been receiving visitors not only from Malaysia but also from other parts of the world.

As for this massive support from all of you, we would like to offer a very special gift to the 50,000-th visitor. So, if you are the one that we are searching for, kindly contact us using the phone number given on the side bar. As an evident that you are the 50,000-th visitor, you are kindly requested to print this screen and e-mail to us immediately. As of this morning, the number of visitors is 42,011.

Hurry up !!!!! Don"t miss this golden chance and great opportunity....

Wednesday, October 6, 2010

Serama Kita di Switzerland

Post diatas adalah gambar yang LEASF dari teman rapat di Switzerland. Bersama-sama serama ini adalah anak kawan kami. Kepada mereka di Switzerland, serama merupakan sesuatu yang sungguh unik dan sesiapa yang memiliki serama, bermakna mereka memiliki sesuatu yang cukup menakjubkan.

[Lovely post of a serama lover in Switzerland. The image was sent by a friend of LEASF a few weeks ago. Hope this 'young man' will continue to promote serama, in particular the original breed of Malaysian serama, in his beautiful country of Switzerland.]

Tuesday, October 5, 2010

Baka LawiEmas di Eropah


Dua post diatas adalah anak jantan baka LawiEmas yang sekarang membesar dinegara Eropah. Gambar ini dihantar oleh empunyanya pagi tadi. Anak jantan ini diberi nama Yokozuna, nama kacukan Eropah dan Asia agaknya. Yokozuna adalah kacukan pelbagai darah pembaka utama dari reban LEASF. Sekarang Yokozuna berumur lebihkurang 6 minggu dan nampaknya sihat walafiat walaupun musim sejuk sudah pun bermula. Dari bentuk tubuhnya Yokozuna mempunayi potensi yang cukup besar untuk bergerak dengan lebih jauh lagi.... Tunggu yer !!!

[This is Yokozuna, the original breed of LEASF. It is abaut 6 weeks old and is taken care by one of the serama lover in Europe. Looking at the overall shape of its body, Yokozuna has got great potential to go further. Congratulations and good luck !!!!]

Saturday, October 2, 2010

Jebat: Gaya Luar Biasa



Diatas adalah tiga post istemewa Jebat masakini. Jebat merupakan salah satu pembaka utama di LEASF. Bersama-sama Jebat sekarang adalah 4 induk special blended LawiEmas original. Pemilihan induk-induk pasangan Jebat ini dibuat dengan begitu rapi agar hasil keluaran LEASF akan datang mempunyai ciri-ciri paling istemewa. Khidmatnya sebagai pembaka bermula masa zaman muda lagi. Walaupun hampir 6 bulan Jebat bersama induk, namum gayanya tidak pernah menurun. Malahan makin menjadi-jadi. Memang benar Jebat memiliki gaya selam, lonjak dada dan lempar sayap yang luar biasa !!!!!

[These are the latest posts of Jebat. It is one of the main sire at our LEASF farm. Jebat started its service as a breeder since it was a cockerel. Jebat is coupled with four special blended dames and all of them are from our selected LawiEmas bloodlines. Its amazing style, bold behavior and show-off character have made many serama lovers stunned when visiting our farm.]

Friday, October 1, 2010

Lekir Cukup Ganas


Ini adalah dua aksi ganas Lekir yabg telah berhijrah ke utara tanahair. Tuan dia cukup kagum dengan aksi tarik selam ganas Lekir apabila berada diatas meja. Tentunya lagi hebat bila tenguk pengadil. Hehehe.......

[The best and latest actions of Lekir. Judging from its style when acting on top of the table, it has very great potential to win serama competition in the cockerel category. Just wait and see !!!!]

Dang Maya Sepupu Dang Kenanga



Tiga post diatas adalah Dang Maya iaitu sepupu Dang Kenanga. Berdasarkan kepada gaya selam dengan dada yang cukup cantik, nampaknya Dang Maya boleh pergi lebih jauh lagi. Dang Kenanga kini dah jadi induk kandang, maka kini Dang Maya menunggu giliran untuk menggantikan Dang Kenanga. Dalam masa terdekat Dang Maya akan keluar menemui peminat dibon-bon sekitar kita dengan ekor yang lengkap serta gaya selam terbenam mengikuti induk-induk selam LawiEmas sebelum ini. Tunggu yer !!!!

[Dang Maya is the first cousin of Dang Kenanga. The overall features of Dang Maya is much much better as compared to Dang Kenanga. Dang Kenanga is a full-time dame at LEASF, and Dang Maya is in the process of training while waiting its tail feather to complete.]

Sunday, August 22, 2010

Satria Menjelma


Dua post Satria yang baru saja masuk ke alam remaja. Satria adalah salah satu produk hasil daripada projek Mega 2010. Dengan aksesori yang cukup tip-top walaupun masih remaja, Satria menjanjikan masa depan yang cukup cerah. Gaya boleh tahan, dengan tengkuk yang berseni teleng. He he he....
Satria is one of the new breed from our Mega Project 2010. It is just 4 months old. It has wonderful accessories with amazing style when acting on the table top.

Tuesday, August 10, 2010

Betul ke Lekiu ni?



Tiga post terbaru Lekiu yang baru diterima dari empunyanya dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Wah.... patutlah tuan dia tak lena tidur untuk mendapatkan sekor lagi dari reban LEASF.... Rupa-rupanya Lekiu sudah menunjukkan aksi yang diimpikan beliau....He he he, kita tunggu pula aksi saudara mara Lekiu, iaitu Satria tak lama lagi. Harap bersabar....


Monday, August 9, 2010

Manfred and Katrin at LEASF


Dua post diatas adalah Manfred dan Katrin dari Neulengbach, Austria, yang melawat reban LEASF pada Sabtu 7 Ogos 2010. Mereka amat seronok apabila melihat Tuah dan Jebat secara "live", dan cukup kagum dengan aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua serama ini. Setelah hampir 3 jam berada di LEASF, mereka berjaya memujuk dan membawa balik sedikit cenderahati dari LEASF untuk dibawa pulang ke negara mereka pada Jumaat ini. Selamat pulang dan jumpa lagi.
Manfred and Katrin of Neulengbach, Austria visited LEASF in Bandar Baru Bangi on 7th August 2010. They were very excited to see some of our latest collection, especially Tuah and Jebat. After spending a few hours at our show gallery and farm, they took home "special gifts" from LEASF. It was really nice having both of you here in Malaysia. Have a safe and enjoyable journey back home. Good luck !!!!



Thursday, July 1, 2010

BOTB Melaka 19 June 2010

Mohon maaf kerana lama dah tak update blog ni. Sekarang ni susah sikit nak update sebab semua blog managers dah masuk belajar balik kat Uni.... sibuk memanjang nampaknya mereka ni. Walaubagaimana pun post kali ini memaparkan kecantikan serama remaja kepunyaan otai dari negeri Puteri Saadong yang telah memenangi kategori remaja dan seterusnya merangkul anugerah juara antara juara (BOTB) dipertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama di Air Keroh, Melaka pada 19hb Jun 2010.

[This is a picture of the Best of The Best, Serama Competition on 19th June 2010 in Air Keroh, Malacca. The bird won the Young Serama category before competing for the title BOTB. Its style was superb when acting on the top of the table. It has a nice dark yellow colour (reddish) and quit uniform thin feather layout.]