Beloved Followers

Sunday, August 22, 2010

Satria Menjelma


Dua post Satria yang baru saja masuk ke alam remaja. Satria adalah salah satu produk hasil daripada projek Mega 2010. Dengan aksesori yang cukup tip-top walaupun masih remaja, Satria menjanjikan masa depan yang cukup cerah. Gaya boleh tahan, dengan tengkuk yang berseni teleng. He he he....
Satria is one of the new breed from our Mega Project 2010. It is just 4 months old. It has wonderful accessories with amazing style when acting on the table top.

Tuesday, August 10, 2010

Betul ke Lekiu ni?



Tiga post terbaru Lekiu yang baru diterima dari empunyanya dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Wah.... patutlah tuan dia tak lena tidur untuk mendapatkan sekor lagi dari reban LEASF.... Rupa-rupanya Lekiu sudah menunjukkan aksi yang diimpikan beliau....He he he, kita tunggu pula aksi saudara mara Lekiu, iaitu Satria tak lama lagi. Harap bersabar....


Monday, August 9, 2010

Manfred and Katrin at LEASF


Dua post diatas adalah Manfred dan Katrin dari Neulengbach, Austria, yang melawat reban LEASF pada Sabtu 7 Ogos 2010. Mereka amat seronok apabila melihat Tuah dan Jebat secara "live", dan cukup kagum dengan aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua serama ini. Setelah hampir 3 jam berada di LEASF, mereka berjaya memujuk dan membawa balik sedikit cenderahati dari LEASF untuk dibawa pulang ke negara mereka pada Jumaat ini. Selamat pulang dan jumpa lagi.
Manfred and Katrin of Neulengbach, Austria visited LEASF in Bandar Baru Bangi on 7th August 2010. They were very excited to see some of our latest collection, especially Tuah and Jebat. After spending a few hours at our show gallery and farm, they took home "special gifts" from LEASF. It was really nice having both of you here in Malaysia. Have a safe and enjoyable journey back home. Good luck !!!!



Thursday, July 1, 2010

BOTB Melaka 19 June 2010

Mohon maaf kerana lama dah tak update blog ni. Sekarang ni susah sikit nak update sebab semua blog managers dah masuk belajar balik kat Uni.... sibuk memanjang nampaknya mereka ni. Walaubagaimana pun post kali ini memaparkan kecantikan serama remaja kepunyaan otai dari negeri Puteri Saadong yang telah memenangi kategori remaja dan seterusnya merangkul anugerah juara antara juara (BOTB) dipertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama di Air Keroh, Melaka pada 19hb Jun 2010.

[This is a picture of the Best of The Best, Serama Competition on 19th June 2010 in Air Keroh, Malacca. The bird won the Young Serama category before competing for the title BOTB. Its style was superb when acting on the top of the table. It has a nice dark yellow colour (reddish) and quit uniform thin feather layout.]

Saturday, June 5, 2010

Lekir Siap Sedia


Lekir masih lagi belunjur, tapi potensinya dah ada sikit-sikit. Entahlah apa nak jadi kami pun tak boleh nak predict. Lekir masih lagi anak B, dan tak lama lagi akan melangkah kealam remaja. Warnanya akan jadi ara yang cantik, ikut jejak ibunya yang terkenal dengan susur galur darah ara yang berbulu nipis serta balung plastik yang mempunyai bilah batang mancis. Tinggi lampai Lekir ini, menjanjikan masa depan yang cukup cerah. Waktu ini, Lekir masih lagi belunjur, cuma sesekali bersedia untuk tarik dan selam ala Tuah dan Jebat ....

Wednesday, June 2, 2010

Produk Projek Mega 2010 Pada Usia 20 Hari



Ini adalah imej-imej yang terkini anak-anak produk Projek Mega LEASF 2010 yang telah dipost tak lama dulu. Kini usia produk ini berusia 20 hari, dan dah mula menampakkan beberapa ekor dari anak-anak ini mempunyai potensi yang besar untuk dibawa ketengah. Tak sabar tunggu anak-anak ini besar. He he he he !!!!!!

Sunday, May 30, 2010

Tuah: Terkini Penyeri Reban LEASF



Tiga imej diatas adalah aksi terkini Tuah berbisa. Mudah-mudahan tiga post ini dapat menjadi penawar rindu kepada semua peminat serama tanahair, khususnya untuk peminat nombor wahid Tuah yang berada di utara tanahair. Hehehehe......


Saturday, May 29, 2010

Tuah Juara ABS di Kg Pandan KL 29 Mei 2010

Inilah imej terkini Tuah yang telah dinobatkan sebagai juara kategori ABS di Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama, Kompleks Taman Muhibah, Kg Pandan Kuala Lumpur pada hari ini 29 Mei 2010. Dengan gaya tarik selam serta beberapa kali mengebas didepan pengadil, Tuah memperolehi 23 markah gaya dengan markah keseluruhan 79.5 dan mengalahkan kesemua pesaingnya yang semuanya hebat-hebat. Syabas Tuah !!!! Kita tunggu pemilihan BOTB pulak kejap lagi......
[Tuah, the champion of ABS category at the Serama Competition, Kg Pandan Kuala Lumpur 29th May 2010. The competition was organised by GPS Keramat and Persatuan Peniaga/Penjaja Kompleks Muhibah Kg Pandan, Kuala Lumpur. Tuah scored 23 points for its style and collected a total of 79.5 points leaving behind other contenders to win the ABS category. Congratulation !!! Keep it up.]

Friday, May 28, 2010

Selam Sri Bauk

Aksi selam Sri Bauk ala Sri Sarajunatapa...... Masih remaja lagi, akan menjunam lagi kalau diberikan masa yang cukup dan latihan yang sempurna.

Sri Bauk Adik Kandung Sri Sarajunatapa

Wah!!!! Memang padan dengan nama dia lah, memang berbauk tengkuknya...... Sri Bauk adalah adik kandung Sri Sarajunatapa dari satu induk dan satu bapak. Masih lagi pada usia remaja, tapi memang cepat membesar dengan gaya dan warna bulu yang seiras dengan Sri Sarajunatapa semasa usia yang sama. Sri Bauk telah berpindah tangan kepada orang Johor dan gambar diatas adalah kiriman dari empunya barunya itu. Tak lama lagi video klip aksi terkini Sri Bauk akan dapat kita saksikan..... Sabar lah yer !!!

Saturday, May 15, 2010

Gerak Tari Dang Kenanga




Dua imej dan satu video diatas adalah post terkini Dang Kenanga. Tak lama lagi Dang Kenanga akan dipasangkan dengan Jebat atau Tuah. Baru saja melepasi remaja dan sekarang dialam muda. Cukup pekejnya dengan gaya dan gerak tari yang cukup menawam, diselang-seli dengan kepala yang ketar ala tedung sela. Aksesori yang lengkap.... memang cantik dan menawan.

[The latest image of Dang Kenanga. A young serama female with a complete package of style and accessories to be a winner]

Thursday, May 13, 2010

Antara Produk Projek Mega 2010

Dua post diatas adalah 6 ekor anak hasil tetasan semalam. Ini adalah antara produk Projek Mega 2010 yang telah dilancarkan dengan rasminya awal tahun ini. Tetasan ini hasil dari 3 induk terpileh dengan 2 bapak pilehan utama LEASF.

[These two posts are the images of 6 new born chicks. The new products of our Mega Project 2010 which was officially launched early this year.]

Sunday, May 9, 2010

Induk Uban Naik Kereta

He he he..... ini adalah post Dang Merduwati, induk baka tok uban asli yang menjadi induk pembaka utama di LEASF. Post ini mengikuti post Tok Utama Bijasura kerana mereka adalah antara pasangan yang ideal. Buat sementara waktu, Dang Merduwati direhatkan kerana ada masaalah dengan sistem pembuangan najis dan terluka kulit. Tak lama lagi dia akan menjalani tugas saperti biasa. Itulah harapan kami...

[This post is Dang Merduwati, one of the main breeder at our LEASF farm. It is the original breed of Tok Uban bloodline. It is now in our intensive care unit (ICU) after undergoing a minor operation due to prolapse and skin injuries. If eveything goes well, the hen will be coupled with Tok Utama Bijasura.]

Saturday, May 8, 2010

Lagak Tok Utama Bijasura

Post istemewa Tok Bijasura yang merupakan pembaka utama di LEASF. Umurnya dah pun mencecah 4 tahun dan telah banyak mengeluarkan produk yang cukup memuaskan hati. Sekarang Tok Bijasura dipasangkan dengan beberapa ekor induk pilihan dari projek Mega 2010, yang merupakan cucu atau cicit dia sendiri. Tujuan utama untuk mengeluarkan produk yang lebih kontemporari serta bersaiz lebih kecil tanpa menghilangkan ciri-ciri gaya selam menjunam, mengebas, pacak, lawan meja sifat asal Tok Uban Shawal. Dapatkan yang benar dan tulin lagi asli !!!!!!

[This is Tok Utama Bijasura, the main sire of our "production line" at LEASF. Tok Bijasura has so many "wives", and most of them are the products of our Mega Project 2010. It is hoped that their offspring will turn out to be superb with superior or platinum quality. Tok Bijasura is the original breed of Tok Uban Shawal bloodline, and its age is about 4 years old.]

Thursday, May 6, 2010

Dang Mawar Induk Pembaka di LEASF

Post untuk peminat Dang Mawar. Ini adalah gambar lama Dang Mawar, terkini dia sudah pun mempunyai sekor anak. Tapi rasanya bukan anak kandungnya sendiri, tapi anak titi saja. Maklumlah kesemua telur Dang Mawar tak menjadi, telur lembik dan cuma bertelur 5 biji dengan sebiji separa keras.

[This is an old photo of Dang Mawar. This charming bird is one of the mature hens at our LEASF farm. This female serama is just "giving birth" to a little chick, a step chick !!!].