Beloved Followers

Friday, June 24, 2011

Perahu Siam Lemas !!!! Tolong, Tolong, Tolong


Aksi selam menjunam (sehingga lemas dan minta tolong) Perahu Siam yang hebat itu........memang ajaib ciptaan Mu, Ya Allah....

[The amazing actions of Perahu Siam.......dedicated to all serama lovers around the globe.]

Tuesday, June 14, 2011

Anak Tuah Bakal Menyenggat


Tiga ekor anak Tuah yang berusia satu bulan bakal menggantikan kehebatan Tuah apabila berada digelanggang permainan. Dari penelitian kami nampaknya dua ekor jantan dan sekor betina, dan warna jantan mungkin mengikut bapaknya Tuah. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat....

[These are three one-month-old offspirings of Tuah..... one female and two male chicks !!!! Just wait and see  when they full grown !!!]

Sunday, June 12, 2011

Naga Hitam Mula Datang Perangai



Tiga gambar terkini Naga Hitam yang diambil tengahari tadi......Naga Hitam dah mula datang perangai, jalan macam Robot dan dah mula selam......masih muda tapi cepat tumbuh bulu.....

[Three latest images of Naga Hitam (Black Dragon)....... This young cockerel has started to act and to show its table-top action and style...]

Saturday, June 4, 2011

More Photos of Belgium Serama Club at LEASF


Here are some more photos of Belgium Serama Club during their visit at our LEASF serama farm in Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Wednesday, June 1, 2011

Naga Hitam Masih Belunjur


Gambar terkini Naga Hitam selepas dimandi dan dijemur..... Naga Hitam baru saja masuk alam remaja dan kini cuma tunggu masa untuk galak dan beraksi..... Remaja ini mempunyai bentuk tubuh yang cantik, tinggi lampai dan tengkuk berbentuk S. Harap-harap masa depannya cerah....

[Two latest images of Naga Hitam snapped immediately after this young cockerel having wiped with water and enjoying sun bathing....It has a very nice body posture, long leg and long neck.... ]

Saturday, May 28, 2011

Serama Association of Belgium Visited LEASF


Kami menerima kedatangan 5 orang peminat setia serama dari Persatuan Peminat dan Pencita Serama Belgium pada pukul 4.00 petang tadi. Mereka menghabiskan masa kira-kira 3 jam melawat reban dan ladang serama kami di Bandar Baru Bangi. Begitu teruja apabila melihat koleksi serama pembaka yang terdapat direban kami...Memang sukar untuk dibandingkan dengan serama yang mereka miliki pada masa sekarang. Diakhir lawatan mereka dijamu dengan Satey Kajang dan mereka juga membawa pulang sedikit ole-ole dari reban kami...

[Five hard-core serama lovers from the Serama Association of Belgium visited LEASF at 4.00 PM today. They spent about 3 hours visiting our Show Gallery and our serama farm in Bandar Baru Bangi. "All of them are very very different than what we have in Belgium", said John and Liesbeth. "These are real and the original breeds of Malaysian seramas", we replied. They were pretty excited to see our collections and three of them snapped a lot of photos and videos...At the end of their visit, they had a chance to taste the original Kajang Sate at one of the sate stalls in Bandar Baru Bangi. They also took home some special gifts from our farm.. Good luck and please visit us again !!!!]

Tuesday, May 24, 2011

Smack Down at LEASF


Gambar dua remaja yang bergusti di LEASF minggu lepas....tak ubah macam program kesukaan ramai Smack Down dalam TV3.....inilah antara kelalaian yang tak sepatutnya berlaku.....pada usia begini, walaupun adik-beradik yang membesar sekali, tapi siapa sangka dalam keadaan berbaik-baik, jadi bertarungan yang hebat. Satu pecah muka, dan satu lagi pecah kepala.....Letak sekali, tapi mereka datang perangai secara tiba-tiba.

[Smack Down between two siblings at LEASF due to careless mistake of their caretakers....At this young age, be extra careful when putting two or more male chicks together in a coop, even though they have grown up  together.  Who knows....... one day this may happen without advance notice.....] 

Sunday, May 22, 2011

Serama Lovers From Bandung and Palangka Raya, Indonesia Visited LEASF


Petang hari Isnin 16 Mei 2011, reban kami dilawati oleh dua orang peminat serama dari Indonesia, seorang dari Bandung dan seorang lagi dari Palangka Raya, Kalimantan Tengah (tiada dalam gambar). Mereka bertemu hanya secara kebetulan di LEASF, kerana kedua-duanya adalah peminat serama sejati....Mereka begitu kagum dan teruja melihat koleksi serama LawiEmas di reban kami. Diakhir lawatan mereka membawa pulang ole-ole dari LEASF... 

[Afternoon, on 16 May 2011, two serama lovers & breeders from Indonesia, one from Bandung and the other from Palangka Raya, Kalimantan Tengah (not in the pictures) visited our LEASF farm. They came just at the same time, but with different taxis. They were very excited to see our latest collections, the original breeds of Malaysian seramas at our Show Gallery. At the end of their visit, each of them took home a special momento from LEASF...Good luck and all the best !!!!!]

Saturday, May 21, 2011

Naga Hitam : Hodoh dan Belunjur


Naga Hitam adalah adik-beradik Lekir dan Lekiu, satu bapak dan satu induk. Dah habis nama hang dah, maka diberi nama Naga Hitam, sebab dia hodoh dan belunjur jer. Simpan jugaklah, kot-kot turut perangai abang-abang dia yang lepas-lepas....tunggu dan redha !!!!

[Naga Hitam or Black Dragon is the sibling (by law) of Lekir and Lekiu. Its colour, body posture and bad behaviour are quite similar to both of them. Hopefully, in not too distance in future, this young cockerel will cheer the light of LEASF farm and all its coop-mates.]

Friday, May 20, 2011

Serama Lovers of Palembang, Indonesia Visited LEASF


Tengahari semalam sewaktu rehat tengahari, reban LEASF dikunjungi oleh dua orang peminat dan penternak serama dari Palembang, Indonesia. Mereka begitu teruja apabila melihat ikon-ikon LEASF yang terdapat di Show Gallery. Wah, wah, wah pak !!! cantik sekali....Boleh saya ambil gambarnya? tanya mereka secara jujur dan ikhlas.  Silakan......

[Yesterday,  during lunch break, two serama lovers from Palembang, Indonesia visited our LEASF farm. They were pretty excited when browsing thru' some of our icons at the Show Gallery. Wooow, really nice and so awesome !!!!! May I take a few photos with this one? asked one of them..... Yes, of course, you can take as much as you like.....]

Thursday, May 19, 2011

30 Days Old Udang Merah (Red Prawn)


Ini adalah dua gambar Udang Merah bersama-sama dengan dua gambar teman karibnya durian udang merah. Baru saja berusia 30 hari. Masih belunjur, tapi sihat walafiah....Alhamdulillah. Mudah-mudahan Udang Merah panjang umur dan apabila dewasa nanti mampu berbakti kepada teman-teman di LEASF...

[Two images of Udang Merah (Red Prawn) together with the images of King of the Fruits, called Durian Udang Merah. This little male chick is just 30 days old. It is very active and so far very healthy... Hope, this serama Anak A will grow up perfectly and long life. Who knows, one day this mini chick may be the champion.]

Tuesday, May 17, 2011

Musang King : Full-Time Breeder at LEASF


Tiga gambar istimewa Musang King untuk tatapan semua peminat serama seluruh dunia. Serama muda ini adalah antara pembaka sepenuh masa yang terdapat di reban LEASF. Ciri-ciri menarik Musang King antaranya termasuklah warna kuning-merah yang bersih, bulu yang nipis, ekor susunan sireh junjung, sayap rentak juara dan perangai ligat & jahat.

[Three images of Musang King, dedicated to all serama lovers and fans around the globe. This cockerel is one of the full-time breeders at our LEASF farm. Musang King owns a lot of fantastic features, among others are clean reddish-yellow colour, silky-thin body feathers, well-arranged tail feathers, perfect-cut wings and bold character & perform nicely when placing on the top of the table.]

Monday, May 16, 2011

Anak A Belunjur Habis


Tiga gambar diatas adalah gambar anak A anak kepada bapak pembaka Sri Bayas. Melihat pada bentuk tubuh yang panjang belunjur, masa depannya cukup gelap. Tapi kurniaan Allah SWT kita terima dan redha sajalah. Harap anak ini akan jadi ayamlah yer !!!!!

[These are three photos of a little serama chick of Sri Bayas offspring. Judging from its body posture, this small bird of "Anak A" category, will not has its future to become a serama of competition quality. But, who knows !!!! Just wait and see !!!!]

Sunday, May 15, 2011

LawiEmas Breeds Multiply in Austria


Baka LawiEmas yang pada suatu ketika dulu dibawa ke negara Austria oleh seorang pencinta serama disana kini telah membiak. Bapak jantan, yang diberi nama Yokozuna itu dikahwinkan dengan induk serama keturunan eropah dan amerika telah dikurniakan 3 ekor anak yang comel-comel belaka. Apa tidaknya, kahwin dengan induk "mek salleh".....he he he..... Tuan dia tak sabar nak tenguk anak-anak ini besar jadi macam mana... Tentu mata biru !!!! Tak sabar lah !!!!!

[Yokozuna of LawiEmas breed has spread its offspring in Austria. Three little chicks hatched a few days ago from the cross-breeding between Yokozuna and serama pullets & hens of European and American origins. The above images were e-mailed by its owner, one of the distinguished serama breeders in Austria.]

Saturday, May 14, 2011

Wajah Terkini Satria di Selatan Tanahair


Ini adalah wajah terkini Satria yang dihantar oleh tuannya petang semalam. Satria adalah antara salah satu serama pilihan keluaran reban LawiEmasSeramaFarm yang berada di selatan tanahair.

[This is the latest image of Satria. The picture was sent by its owner who live in the southern part of Malaysia peninsular. Satria is one of our LawiEmasSeramaFarm product which was off to Johor a few months ago.]