Besi Waja, anak betina Besi Lusuh plus Tuah, iaitu adik beradik Anak Singa diserang penyakit Coccidiosis bersama-sama dengan anak-anak lain yang sebaya dengannya. Setelah berhubung dengan beberapa orang pakar penyakit dan juruperunding ayam, kami disarankan supaya memberi Amprolium yang boleh didapati dikedai jual dedak ayam. Selain dari itu perlu tukar makanan anak kepada "boiler starter" kerana ianya mengandungi Coccidiostat, serta bersihkan reban dari sebarang najis (baru atau lama). Dipercayai cocci membiak dari oocyst dalam najis ayam dan seeloknya tidak ada sentuhan antara anak ayam dengan najis (droppings). Gambar tengah adalah najis anak betina Besi Waja ini yang kelihatan berdarah. Menurut pakar ini lagi, parasite membiak di sel-sel dalam usus dan memecahkan mucosa usus seterusnya berupaya mengeluarkan semua electrolytes dan darah. Pada masa ini badan anak ayam ini cepat susut dan mereka tidak punyai selera untuk makan. Awas !!! jangan biarkan anak-anak anda jadi begini, reban kami LEASF diiystiharkan darurat.
No comments:
Post a Comment