Beloved Followers

Saturday, November 13, 2010

Tahniah : En Mohd Husni Pengunjung ke-50,000

Tahniah, tahniah dan tahniah kepada En Mohd Husni Mubarrak yang telah memenangi hadiah istemewa dari LEASF sebagai pelawat yang ke-50,000 berkunjung ke blog kami. Tepat pada pukul 2.57 pagi tadi, crew LEASF menerima e-mail beserta dengan gambar skrin diatas sebagai bukti bahawa beliaulah yang layak menerima anugerah ini. En Mohd Husni baru saja menghubungi kami sekejap tadi. Beliau adalah penuntut tahun akhir Kejuruteraan Robotik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Berasal dari Pendang, Kedah dan meminati serama sejak dibangku sekolah lagi. Blog LEASF seringkali diikuti sejak setahun lalu dan beliau adalah salah seorang peminat setia Jebat.

Tak lama lagi En Mohd Husni akan berkunjung ke reban LEASF di Bandar Baru Bangi bagi menerima hadiah yang telah dijanjikan itu. Sekali lagi seluruh warga LEASF mengucapkan syabas dan tahniah kepada En Mohd Husni yang telah berjaya menjadi pelawat ke-50,000 LEASF. Kepada sesiapa yang tidak bernasib baik pada kali ini, janganlah putus asa, cubalah lagi dilain kali. InsyaAllah, anda akan menjadi pelawat yang ke-??????? nanti. Tunggu dan Sabar......

[Congratulations!!!!!!!!! Mr Mohd Husni Mubarrak was the 50,000th visitor of LEASF. We received an e-mail together with the evident from this lucky fellow at 2.57AM today. Husni is a final year Robotic Engineering student at the Universiti Teknikal Malaysia Melaka. His home town is Pendang, Kedah and LEASF is one of his favorite serama blog. Again, congratulation to En Mohd Husni....... Please contact us !!]

Friday, November 12, 2010

LEASF Tak Sabar Tunggu Baka Tuah dan Baka Jebat


Memang tak sabar menunggu baka Tuah dan baka Jebat yang sedang membesar. Dua post diatas adalah imej terkini dari baka-baka tersebut. Masih kecil-kecil dan semuanya belunjur habis lah......tak cantik, huduh, belunjur habis.....

[These are the latest images of one month old serama chicks from Tuah and Jebah bloodlines.... some of them have good features and great characters, and hopefully they can go further.]

Friday, November 5, 2010

Crew LEASF in Kuwait (6th to 10th November 2010)


Dear all,

Just to inform all of you that the serama expert/breader of LEASF will be in Kuwait from 6th to 10th November 2010. He will stay at Shiik Flamingo Hotel & Resort, Al Ta'awen Street, Bida'a Area, Kuwait 22058. To those, in particular serama lovers in the Middle-East, who wish to meet him and discuss anythings related to the world's smallest chicken, the original breed of Malaysian serama bantams, please do not hesitate to contact his mobile phones directly.

Thank you.

Menanti Pelawat ke-50,000 (Searching for the 50,000th Visitor)

ASM dan Salam 1Malaysia 1Dunia

Diatas sokongan yang berterusan tuan-tuan terhadap blog ini, pihak LEASF ingin menawarkan hadiah yang istemewa kepada pelawat yang ke-50,000 berkunjung ke LEASF. Jadi, kami harap pelawat ke-50,000 ini dapat menghubungi mana-mana crew LEASF menggunakan nombor talipon yang tertera di side bar. Bilangan pelawat sehingga petang ini adalah 46,601. Sila "print screen" muka kunjungan ke-50,000 ini sebagai bukti........

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!!!!! Hidup serama, Hidup LEASF

Dear all,

As for this massive support from all of you, we would like to offer a very special gift to the 50,000-th visitor. So, if you are the one that we are searching for, kindly contact us using the phone number given on the side bar. As an evident that you are the 50,000-th visitor, you are kindly requested to print this screen and e-mail to us immediately. As of this afternoon, the number of visitors is 46,601.

Hurry up !!!!! Don"t miss this golden chance and great opportunity....make sure you are the one that we are searching for.......

Wednesday, November 3, 2010

Seri Bayu Seminggu di Selatan


Wooooow.....inilah wajah terbaru Seri Bayu setelah seminggu berada di Selat Teberau. Dua gambar ini LEASF terima melalui e-mail dari tuannya semalam. Pastinya Seri Bayu cukup bahagia dengan tuan barunya. Dah mula merah muka dan tak lama lagi kita akan saksikan gaya selam dari Seri Bayu.

[Two images of Ser Bayu after one week with its new owner in southern part of West Malaysia. In few weeks time ,we will see how this little young cockerel acts and shows its bold behaviour].

Monday, November 1, 2010

Nadim 3A : Adik Kandung Lekir & Lekiu


Nadim adalah adik kandung Lekir dan Lekiu tapi mempunyai sifat yang sedikit berbeza dengan abang mereka ini. Terutama susuk tubuhnya yang cukup halus dan beratnya kurang daripada 200gm walaupun sudah masuk ke alam remaja. Gayanya boleh tahan.....lonjak maut, tapi masih kurang aktif, maklumlah sejak kecil telah bersama dengan anak betina tumpangan.

[Nadim, the younger brother of Lekir dan Lekiu. With 3A size, Nadim weights less than 200gm].

Sunday, October 31, 2010

Tuah Masih Berbisa


Dipaparkan dua imej terkini Tuah. Sekarang Tuah sudah bergelar bapak sebab sudah pun mempunyai 4 ekor zuriat yang masih lagi kecil. Paparan ini adalah atas permintaan beberapa orang blogger yang berhajat untuk melihat perkembangan ayam ini. Walaupun Tuah dimasukkan bersama 3 ekor induk sebaik sahaja memegang juara ABS di KL tidak lama dulu, namum gaya selam dan gaya ganas serta kuat kebas masih lagi kekal.

[The latest images of Tuah, the champion of ABS category in KL serama competition. Still amazing !!!!].

Saturday, October 30, 2010

Selam Dang Bayu Mirip Dang Ayu


Dua imej diatas adalah Dang Bayu yang baru saja dilap dengan air sebelum berangkat ke Selat Teberau hujung minggu lepas. Gaya selam Dang Bayu saling tak tumpah saperti Dang Ayu sewaktu usia yang sama. Masih dalam usia remaja dan dijangka akan lebih terbenam pada usia dewasa.

[These are two posts of Dang Bayu before this young pullet moved to Selat Teberau. Its style and body movement are very similar to Dang Ayu, the famous and amazing female serama bird from LEASF farm. Dang Bayu has a very great potential to be..........].

Thursday, October 28, 2010

Cantik Bergaya

Posing yang cukup cantik !!!!! Mana orang tak berkenan dengan serama remaja ni. Para peminat serama bolehlah buat teka-teki gerangan baka manakah remaja ini. Cantik bergaya lentuk dan selam menjunam serta berkaki tinggi.

[Best posing of the year. Really amazing, fantastic and superb!!! Which bloodline is this young cockerel? Can you guess? We will post more pictures of this type in future. Just keep on following your pioneer and premier blog, this LEASF blog. ]

Monday, October 25, 2010

Wow....Jebat Jebat Jebat

Jebat sedang berseronok dengan gundik-gundik yang juga madu tiga. Gaya selam ala cengkudu dengan dada diangkat tinggi kehadapan masih lagi kekal pada Jebat.

[Jebat enjoys afternoon break with three "mistress". Its style and action with protuding chest and straight wings remain unchanged.]

Sunday, October 24, 2010

Imej Terakhir Seri Bayu dan Dang Bayu

Ini adalah gambar terakhir Seri Bayu dan Dang Bayu yang ada dalam simpanan LEASF sebelum pasangan ini berlepas ke Selat Terberau semalam. Gambar ini diambil lebihkurang 2 minggu yang lalu sebelum mereka dipindahkan ke reban yang lebih eksklusif di tingkat 3.

[This is the latest image of Seri Bayu and Dang Bayu that was snapped about 2 weeks ago . The young pair was taken to Selat Terberau by their new owner yesterday afternoon].

Saturday, October 23, 2010

Seri Bayu dan Adiknya Dang Bayu ke Selat Teberau



Tepat pada pukul 12.45 tengahari tadi, Seri Bayu bersama adik kandungnya Dang Bayu berpindah tangan kepada Mr Allen dari Selat Teberau. Mr Allen datang seawal 7.30 pagi dari Selatan tanahair dengan menaiki Proton Waja. Beliau menghabiskan masa beberapa jam melawat reban LEASF dan juga show gallery di Bandar Baru Bangi. Beliau juga sempat bergambar dengan Satria, Dang Ayu, Jebat, Tuah dsb yang sememangnya menjadi ikon LEASF. Diakhir lawatan beliau, satu kotak peluru mengandungi Seri Bayu dan Dang Bayu dibawa pulang bersama sebagai ole-ole dari LEASF.

[At 12.45 PM today, Mr Allen took home Seri Bayu and its sibling Dang Bayu from LEASF farm. Mr Allen came over all the way from Selat Teberau, the southern region of West Malaysia, by Proton Waja as early as 7.30 in the morning. During his short visit to our farm, he has the opportunity to take a few photos with icons of LEASF, namely Satria, Dang Ayu, Jebat, Tuah etc. Please take a good care of Seri Bayu and Dang Bayu, and don't forget to send us good photos from time to time to see their "internal and external" development].

Friday, October 22, 2010

Anak Tuah DiSorok Besi Lusuh


Anak-anak Tuah semakin membesar. Semuanya memang cepat besar, almaklum saja lah, makanan yang dihidangkan memang cukup special untuk mereka ini. Dua imej diatas adalah post terkini Besi Lusuh. Ketika gambar ini disnap, Besi Lusuh cuba menyorokkan kesemuanya anak-anak Tuah, tapi sempat juga anak-anak yang nakal tu keluar kepala....he he he...

[These are the latest images of Besi Lusuh and its offsprings. The new-born chicks were trying to hide behind Besi Lusuh, when our camera captured a few of them, see the top image. Besi Lusuh is the original breed of LEASF and is one of the prime dames at our farm. Hope this young pullet will produce a lot more high quality seramas in a few months time].

Monday, October 18, 2010

LEASF Memperkenalkan Baka Jebat


Alhamdulillah !!!!! Dalam suasana yang cukup gelisah akhirnya dapat juga LEASF memperkenalkan baka Jebat. Ini baka ini menjadi idaman banyak pihak, terutama kepada piminat serma yang biasa melawat reban LEASF dan melihat Jeabat secara "live". Kini anak-anak Jebat yang 4 ekor dibesarkan sekali dengan seekor cucu Sri Maharaja. Harapan yang cukup tinggi kami letakkan kepada anak-anak ini bagi meneruskan perjuangan Jebat yang belum selesai.

[Introducing a new bloodline from LEASF farm...... It is Jebat bloodline, the original Malaysian Serama breeds from our farm. At the moment, we have 4 newly born chicks from this bloodline.]

Saturday, October 16, 2010

Satria:Lagak Terkini


Ini adalah dua post Satria yang diambil petang tadi ketika ayam ini baru saja dijemur. Satria semakin penuh namum kami masih lagi menanti gaya atau lagak yang luar biasa dari Satria.

[The latest post of Satria. We are waiting for new magic from this young cockerel.]