Beloved Followers

Saturday, November 29, 2008

Tok Sura (The Champion)

Memang cantik memang bergaya. Itulah Tok Sura serama asli hasil keluaran reban negeri Terengganu yang telah menjadi idaman banyak peminat serama tanahair dan luar negara. Badannya bersaiz kecil dan beratnya cuma 300gm, mempunyai aksesori yang lengkap. Tok Sura juga mempunyai "cutting" yang kontemporari dengan warna ara yang berkilat dan menarik. Dadanya akan tertonjol keluar keatas apabila bergaya di atas meja..... Kini ayam ini cuma tinggal kenangan. Yang pergi usah di kenang kerana yang patah akan tumbuh kembali.....Begitulah dunia serama yang cukup unik dan sentiasa menghiburkan.





Friday, November 28, 2008

Kopi Jantan: Baka Tok Uban Shawal

Wah.......sekali pandang memang terpikat. Gaya tarik selam......rinting oh rinting.....namanya Kopi Jantan......Ada orang mintak RM5,000-00 tapi tuan dia tak lepas lagi....Yang berminat boleh hubungi LEASF...
Disertakan dua klip video aksi larut malam Kopi Jantan. Aksi pertama adalah aksi tarik selam dan kedua adalah aksi mengebas berpanjangan. Cuba lah anda lihat sendiri dan nikmatilah aksi Kopi Jantan yang menawan ini...





Thursday, November 27, 2008

Seri Suri

Ramai orang tergila-gila melihat aksi Seri Suri bila bergaya diatas meja......Tarik and mengebas sepanjang masa, tak kira malam atau siang. Beratnya hanya 220gm, bertubuh kecil tetapi mempunyai aksesori yang lengkap...Memang itu lah keunikan serama asli hasil dari kacukan dari baka Tok Uban Shawal....Alangkah sayangnya tuan dia kepada Seri Suri...Kepada yang berminat boleh hubungi empunyanya melalui LEASF dengan kadar segera.......

Wednesday, November 26, 2008

Sri Surada

Nama sebenarnya adalah Sri Surada, tapi ramai yang panggil Tok Mat Gagah........kecil-kecil cili padi, cukup rajin bergaya atas dan bawah meja.....Susur galur (bloodline) darahnya di percayai dari kalangan baka Hussin Kijang. Masa kecil nampak agak besar saiznya tetapi menjadi semakin kecil apabila umur mencecah remaja.
Warnanya kuning merah cantik dengan balun plastik berbilah kecil dan tersusun rapi........Nak cari Tok Mat Gagah zaman sekarang sikit punya susah.....

Monday, November 24, 2008

Famous Ayam Serama Bloodlines

Hello and dear all !!!!

Here, we would like to share some of the famous bloodlines in the family of ayam serama.

1. Baka LawiEmas
2. Baka 6000
3. Baka Limbat
4. Baka Husin Kijang
5. Baka Mat Awang
6. Baka Maliki
7. Baka Cikgu Nipah
8. Baka Ah Wee
9. Baka Besi Buruk (Selected Bloodline of Baka Cikgu Nipah)
10. Baka Shawal /Baka Tok Uban

These are a few of the bloolines for serama. You can come and visit the farm at the address stated in the sidebar to see a few of the ayam serama from these famous breeds.

Sunday, November 23, 2008

Raja Hitam

Ayam muda yang menjadi naib juara di Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama, Alor Gajah, Melaka pada awal 2008. Muda ini adalah kacukan antara Baka LawiEmas dengan darah ara Baka 6000, hasil keluaran LEASF. Ciri-ciri istemewa ayam ini adalah tubuh yang kecil, bulu yang nipis dan berkilat serta cukup bergaya. Potensinya mula kelihatan semasa umurnya baru 2 bulan. Ayam ini telah dibeli oleh Sdr Farukui Supian selepas pertandingan di Melaka. Setelah dewasa, ayam ini telah menjuarai atau mendapat ranking yang baik di beberapa pertandingan di Pahang, Melaka, Selangor dan Kelantan.

Sunday, November 2, 2008

Sri Kancil

Wah........ini lagi hebat. kecil-kecil lagi dah mula tarik....Anak ini adalah dari bloodline LawiEmas darah ara....Mana mata tak berkenan kalau kecil-kecil macam ni dah pandai bergaya. Wah, uniknya serama dan kita mesti pertahankan warisan kebanggaan kita ini.