Beloved Followers

Sunday, March 28, 2010

Pacak Teleng Sri Angkasa

Terkini, Sri Angkasa mempamerkan aksi pacak tarik teleng. Muda ini baru saja salin bulu baru tapi masih tak penuh lagi. Angan-angan nak lawan juara antara juara di KL semalam. He he he, jauh panggang dari api.... mana boleh? Badan memang halus dan kecil comel..... terlalu galak sebab tak pernah bersama betina kot... kesian, kesian, kesian...

Saturday, March 27, 2010

Johan Muda dan BOTB di Tasik Titiwangsa KL 27 Mac 2010

Ini adalah gambar Johan muda dan juga penyandang "Best of the Best" di Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada hari ini 27 Mac 2010. Gmbar ini di kirim melalui SMS oleh seorang teman dari Cheras. Ayam muda ini dibawa oleh otai Pak Id dari Dungun, Terengganu Darul Iman. Menurut beliau muda ini adalah hasil kacukan dua darah ternama. Induk dari kalangan baka Sami Gila, manakala bapak adalah dari darah titisan Tok Uban Shawal. Syabas dan Tahniah tuan ayam tersebut, rasanya crew LEASF kenal sangat dengan tuannya.... Memang cantiklah ayam ini, cukup aktif dan selam menjunam... he he he...

Sri Bangi Adik Kandung Yellow Submarine


Belunjur, belunjur dan belunjur itulah ungkapan yang patut diberi kepada Sri Bangi adik kandung kepada Yellow Submarine ini. Baru saja mendiami reban LEASF setelah berada ditempat pertapaan selama lebihkurang 2 bulan keluar dari reban tuan asalnya di Kuala Terengganu. Tak tahulah apa nak jadi. Paten tu ada, aksesori cukup cantik, warna sebiji macam abangnya Yellow Submarine, tapi gaya masih dalam teka teki. Jadi ke tak jadi.... Kalau tak jadi jawabnya mata pisaulah, he he he.... Bagi dia peluang dan kita tunggu dan lihat...

Wednesday, March 17, 2010

Dang Embun Bersama Tetasan




Tiga imej diatas ialah Dang Embun bersama-sama dengan tiga ekor anak yang baru 2 hari netas. Rasanya yang sekor tu anak tiri dia, sebab masa dia ngeram ada sekor ibu lagi yang tumpang bertelur. Cuba teka yang mana satu? Kalau betul, maka yang sekor tu ialah adik se bapak dan se mak dengan Sri Sarajunatapa juga. Setakat ni semua anak-anak ini sehat, maklumlah tempat tinggal pun special. Dang Embun adalah dari darah special yang tak perlu LEASF ceritakan lagi.... rashia projek Mega LEASF 2010.

Tuesday, March 16, 2010

Double A Masih Tidak Bernama


Ramai yang datang melawat Double A, mereka masih lagi belunjur dan belum ada nama lagi. Entahlah kali ni nak tenguk aksi dulu, lepas tu baru pacak nama dan terus register. Gambar diatas juga diambil semasa Double A baru saja kena air pukul 10.00 pagi. Kena lap, nak bagi cepat tumbuh bulu dan lekas membesar. Tak sabar nak tenguk aksi mereka, tapi kata teman-teman yang sekor tu menuruti tingkahlaku Sri Sarajunatapa yang berbisa itu. Kalau betul, he he he... memang se ibu se bapak. Harap tumpahlah sedikit kuat kepadanya. Sekor lagi ni, bukan dari ibu yang sama, tapi dari ibu yang berbeza, cuma bapak yang sama.

Sunday, March 14, 2010

Sri Sarajunatapa: Profil Ku




Empat post diatas merupakan koleksi foto Sri Sarajunatapa (SS) bagi menunjukkan profil perkembangan serama keluaran LEASF ini. SS terhasil dari gandingan mantap dua superpower baka dalam dunia serama. Apa lagi kalau tidak darah Tok Uban Shawal yang ori dengan darah Besi Buruk yang ori jugak.

Bermula dengan anak A yang baru saja kenal jantan betina, memang sangkaan kami pada mulanya anak ni betina. Apabila melangkah jadi anak B dan ke alam remaja, SS mula tarik dan selam serta kuat mengebas. Waktu muda lagi kuat mengebas (macam kipas kapal terbang Fokker) dan pacak serta tarik selam jika berada diatas meja. Pantang tenguk pengadil. Terkini, selam terbenam dan lonjak dada serta buka kepak ala Batman diselangi dengan kebasan maut yang cukup menghiburkan... Lepas juga rindu pada SS, apabila tuannya bawa ke reban LEASF petang tadi bagi melihat secara "live" aksi terkini SS... post istemewa dan profil SS ini, LEASF hadiahkan kepada tuannya.... Nampaknya kena book sekor anak SS nih.....

Saturday, March 13, 2010

Dang Kenanga Remaja Halus


Dua post diatas adalah Dang Kenanga remaja halus yang bakal menjadi induk pembaka di reban LEASF. Dang Kenanga mempunyai campuran darah juara antara juara dengan darah asas adalah dari susur galur Tok Uban Shawal Ori. Kelihatan Dang Kenanga bersama "pasangan"nya sejak kecil. Bukan adik beradiknya tapi hanya teman sepermainan masa kecil. Maklumlah sama-sama tunggal dan sama-sama belunjur.

Ramaja ini adalah hasil eksperimen dari Projek Mega LEASF 2010 dan akan dipasangkan dengan Tuah atau Jebat apabila dewasa nanti. Keputusan projek ini akan diketahui apabila kacukan ini mengeluarkan zuriat mereka nanti. Lama lagi loooooooo..... sebab tu takleh lepas sembarangan....

Sri Bayas Berikan Full-Time Service



"Apasal comot sangat ni, tak pernah mandi atau sedang meluruh?" tanya seorang kawan yang melawat LEASF baru-baru ini apabila melihat aski Sri Bayas bersama 5 gundik-gundiknya.

Inilah 3 imej terbaru Sri Bayas setelah lebihkurang 3 tahun menjalankan tugasnya sebagai salah sekor bapak pembaka di LEASF. Bapak ini memberikan perkhidmatan secara full-time sejak muda hinggalah kehari ini. Memiliki susuk badan yang cantik, balung plastik yang tersusun rapi dengan bilah batang mancis beserta dengan tubuhnya yang kecil, lebihkurang 300gm, menjanjikan anak-anak yang cantik dan bergaya. Namum, hingga kehari ini, semua zuriatnya tak panjang umur. Semuanya mati kecil dan yang paling tua hidup hingga keperingkat remaja saja. Dari muda hingga ke tua perangainya tidak pernah berubah, malah makin berbisa, cukup aktif dan sentiasa mempamerkan kebasan, lompatan, lonjakan dan gebasan maut semasa beraksi diatas meja.

Warga LEASF tidak sabar untuk menunggu cahaya matanya yang comel. Bila yer ?? Sama-samalah kita tunggu.

Friday, March 12, 2010

Sekilas Terjah Si Jebat



video

Hanya sekilas aksi terjah Si Jebat yang masih anak B. Masih lagi belunjur cuma kadang-kadang saja dia "mari" bila terkejut dengan aksi kucing. Boleh tahan kalau dia "buat". He he he... Entah apa yang akan terjadi bila tua nanti-nanti sama-samalah kita tunggu, jika di panjangkan umurnya. Sabar !!! baru anak B, belum pun masuk remaja.

Monday, March 8, 2010

Anak Tunggal Megat Panji Alam pun Belunjur


Dua imej diatas adalah anak jantan tunggal Megat Panji Alam dengan induk anak kepada bapak winston "best of the best". Anak ini netas lebihkurang sebulan yang lalu dan masih anak A serta belum ada nama lagi. Ini adalah satu-satunya zuriat Panji Alam hasil dari eraman 6 biji telur. Telur-telur lain ada yang anak mati dalam telur dan ada juga yang tembelang. Cuaca yang panas sekarang antara punca eraman kurang menjadi, terutama jika reban tidak diredupkan oleh pokok atau bangsal. Anak ini jarang-jarang dipegang, cukup liar dan masih belunjur, tapi warnanya tak ubah saperti bapaknya semasa kecil. Apa nak jadi kau ni hah ???? Kita akan ikuti perkembangannya dimasa akan datang, jika panjang umur. He he he......

Sunday, March 7, 2010

Barisan Induk Pelapis Menunggu Giliran


"Bila kita nak dimasukkan bapak ni", agaknya begitulah antara sunggutan/bisikkan induk-induk muda pelapis yang sedang membesar di LEASF. Dua imej diatas adalah 4 ekor induk muda tunggu siap untuk dimasukkan dengan bapak pembaka. Induk-induk yang masih dara ini adalah hasil kacukan teliti baka-baka LawiEmas dari susur galur darah terpileh dan proses pembesaran mereka menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan dari "nano-technology". Baru saja melepasi alam remaja dan sekarang masuk ke alam muda dan banyak yang masih tak siap lagi untuk dimasuk bapak. Nampak banyak yang panjang belunjur, takpe lah asalkan dapat mengeluarkan anak-anak yang power.

Saturday, March 6, 2010

Dang Ayu Bertelur: Hairan bin Ajaib


Waw.... memang sukar di percayai, Dang Ayu induk selam menjunam keluaran LEASF, kini telah bertelur 5 biji (2 biji lembek dan 3 biji cantik elok). Kini Dang Ayu dipasangkan dengan bapak ara berdarah tok uban shawal yang mempunyai teknologi memanjat betina yang cukup canggih. Bapak sembarangan tak leh bagi sebab Dang Ayu menpunyai badan yang cukup singkat, kecil dan selam membuatkan sukar untuk mengawan. Harap-harap ada benihlah hasil dari kacukan ini... Dua biji telur dah di masukkan ke dalam inkubator oleh seorng teman di Cheras, dan kini tinggal cuma 1 biji bersama induk ini. Nak tunggu dia mengeram pulak, rasanya dah tak lama dah.... he he he...

Warkah dari Sdr Shawal (Tok Uban Ori)

Seluruh warga LEASF ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sdr Shawaludin Jaafar atau lebih dikenali sebagai Shawal yang memberi sokongan padu dan telah menghantar e-mail kepada LEASF. Beliau merupakan pencentus atau pembiak yang mula-mula memperkenalkan baka Tok Uban yang original. Sekarang baka inilah yang menjadi idaman setiap peminat serama tanah air mahupun luar negara. Ke reban mana kita pergi, pastinya orang bercakap mengenai keajaiban dan keunikan baka Tok Uban Shawal (yang ori saja tau !!!! banyak kat luar sana yang tok ori, tapi klim baka Tok Uban jugak, he he he !!!!). Baka ini terkenal dengan ciri-ciri tarik selam, kuat mengebas, teleng toleh belakang, bengkeng, jahat lawan meja dan sebagainya. Dibawah ini adalah e-mail tersebut yang diterima oleh LEASF pada Jumaat 5 Mac 2010, tepat pada jam 17:30:13 (waktu Malaysia).

Asalamualaikum…..

Pertamanya tahniah pada saudara kerana dapat mengeluarkan ayam ayam serama cantik dan pandai bergaya.

Semoga usaha saudara dapat mengekalkan dan menghasilkan ayam-ayam serama yang berkualiti tinggi.

Ikhlas dari Shawaludin Jaafar (Tok Uban)


Sekali lagi terima kasih kami ucapkan dan semoga kita berjumpa lagi. Semoga sdr berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi, InsyaAllah.

Wednesday, March 3, 2010

Betul ke Jebat ni?


Betul ke Jebat yang belunjur tu? Memang sah dan sahih, ini lah Jebat yang belunjur tu, he he he... Baru saja 5 hari cerai dengan Tuah, kini Jebat dah mula tunjuk belang, dan mula tunjuk diri dia yang sebenar. Tentunya dia adalah dari darah terpileh, bukan yang terasing.. Bak kata orang tua-tua, dimana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Dua imej diambil petang tadi setelah Jebat dipisahkan dari Tuah kira-kira 5 hari yang lalu. Dah mula tarik dan lonjak ala kuda belang di selang seli dengan "teknologi tarik teleng". Warna pun ala kuda belang jugak tu... Kita tunggu sikit masa lagi, tenguk yang belunjur dulu jadi macam mana. Tunggu dan lihat perkembangan Jebat seterusnya....

Monday, March 1, 2010

Tahniah Cikgu Mohd Khairurraihan dari Perak

Tahniah, tahniah dan tahniah kepada Cikgu Mohd Khairurraihan dari Tapah, Perak yang telah memenangi hadiah istemewa dari LEASF sebagai pelawat yang ke-20,000 berkunjung ke blog kami. Petang tadi, crew LEASF menerima MMS beserta dengan gambar skrin diatas sebagai bukti bahawa beliaulah yang layak menerima anugerah ini. Cikgu Mohd Khairurraihan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Yob merupakan pelawat/penggunjung tetap LEASF. Menurut beliau, blog ini sentiasa dilawati sejak 2008, iaitu semasa beliau mengajar di Sarawak. Kini Cikgu Yob bertugas disalah sebuah sekolah menengah di Kemunting, Perak dan merupakan seorang peminat setia serama dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pemeliharaan spesis unggas yang lain.

Tak lama lagi Cikgu Yob akan berkunjung ke reban LEASF di Bandar Baru Bangi bagi menerima hadiah yang telah dijanjikan itu. Sekali lagi seluruh warga LEASF mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Yob yang telah berjaya menjadi pelawat ke-20,000 LEASF. Kepada sesiapa yang tidak bernasib baik pada kali ini, janganlah putus asa, cubalah lagi dilain kali. InsyaAllah, anda akan menjadi pelawat yang ke-??????? nanti. Tunggu dan Sabar......

Pelawat LEASF ke-20,000 Terima Hadiah

ASM dan Salam 1Malaysia 1Dunia

Pertama sekali crew LEASF ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat serama di seluruh dunia yang sudi berkunjung ke LEASF. Sokongan yang berterusan dari semua amatlah dialu-alukan demi untuk memartabatkan serama yang kita kasihi. Alhamdulillah, LEASF menerima pelawat dan peminat serama bukan saja dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari seluruh pelusuk dunia.

Diatas sokongan ini, pihak LEASF ingin menawarkan hadiah yang istemewa kepada pelawat yang ke-20,000 berkunjung ke LEASF. Jadi, kami harap pelawat ke-20,000 ini dapat menghubungi mana-mana crew LEASF menggunakan nombor talipon yang tertera di side bar. Bilangan pelawat sehingga pagi ini adalah 19,873.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!!!!! Hidup serama, Hidup LEASF

Dear all,

Firstly, we, the LEASF crew would like to give a big thank you to all serama fans and serama lovers from all over the world who have visited our blog. Your support is very important and truly appreciated. It is really good to know that LEASF has been receiving visitors not only from Malaysia but also from other parts of the world.

As for this massive support from all of you, we would like to offer a very special gift to the 20,000-th visitor. So, if you are the one that we are searching for, kindly contact us using the phone number given on the side bar. As of this morning, the number of visitors is 19,873.

Hurry up !!! Be the 20,000-th visitor and go serama!