Beloved Followers

Friday, May 29, 2009

Sarajunatapa Berpindah Milek

Petang semalam adalah waktu yang terakhir Sri Sarajunatapa berada di reban Lawi Emas. Kini apartmen nya hanya di huni oleh dua ekor betina remaja baka tok uban. Sekor tarik giler sampai tenggelam dan sekor lagi panjang belunjur. He he he...

Itu lah dunia serama yg perlu kita terima. Ada kawan-kawan datang yang ingin memiliki, kita perlu akur dengan permintaannya. tak sanggup kita melihat kawan pulang dengan tangan kosong. Telah tersurat kepunyaan kita hanya setakat semalam saja. Hari ini orang lain punya pulak......Apa-apa pun kita harap jaga lah Sarajunatapa dengan sebaiknya dan rajin-rajin lah hantar berita untuk kita ketahui akan perkembangan terkini remaja pilihan ini....

Baru kejap tadi ada kawan dari UNITEN datang ke reban Lawi Emas untuk bersemuka dengan Sarajunatapa secara "live", tapi dia pulang hampa kerana Sarajunatapa sudah pun berpindah kerana telah menjadi milek orang....

Wednesday, May 27, 2009

Sri Sarajunatapa : Remaja Yg Menawan




Wow, rupa-rupanya ramai betul peminat Sarajunatapa. SMS dan Call tidak putus-putus kami terima dari peminat dalam luar negara. Peminat nombor wahid rupa-rupa Mat Salleh dari Switzland. Hampir setiap hari mamat ni tanya perkembangan ayam yg power ini. Kalau tidak aral melintang, remaja ini akan turun jumpa peminat di Port Dickson pada 31hb Mei ini.... Tunggu dan jumpa di sana. He he he !!!!!!!


Wednesday, May 6, 2009

Sri Sarajunatapa : Keluaran Terbaru LEASF

Wah wah wah !!!! Sekali pandang macam KJ Jr, tapi bila perhati betul-betul tentu sekali bukan. Ini adalah anak keluaran terbaru LEASF. Sri Sarajunatapa adalah kacukan bapak baka Tok Uban dengan induk baka Besi Buruk dari darah pior Cikgu Nipah. Berumur lebihkurang 3 atau 4 bulan, tapi sudah mula menunjukkan ciri-ciri istemewa Cikgu Nipah dan Tok Uban. Apa lagi kalau tidak tarik selam dan kuat kebas atas meja. Kata orang Terengganu "Lawan Meja". Sri Sarajunata bersama-sama dengan KJ Jr bakal mengegarkan bon-bon serama dalam masa terdekat. Itu adalah ramalan yg biasa diberiakan oleh kawan-kawan yg melihat kedua-dua anak serama ini secara "live". Kita tunggu dan lihat !!!!

Tuesday, May 5, 2009

Kopi Jantan Jr Menjelma

Gambar terbaru Kopi Jantan Jr (KJ Jr). Amacam ada rupa seiras dengan KJ tak? He he he, kata orang di mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Kalau di perhatikan betul-betul, warna KJ dengan warna KJ Jr tidak sama. Kalau KJ rinting tiga warna, akan tetapi KJ Jr lebih kepada manisan hangus. Ini lah kehebatan baka Tok Uban Shawal, kecil-kecil lagi dah nampak tark selam !!!! KJ Jr ini kami jangka tarik selam dan kepala boleh berpusing kebelakang. He he he !!!