Beloved Followers

Sunday, May 30, 2010

Tuah: Terkini Penyeri Reban LEASF



Tiga imej diatas adalah aksi terkini Tuah berbisa. Mudah-mudahan tiga post ini dapat menjadi penawar rindu kepada semua peminat serama tanahair, khususnya untuk peminat nombor wahid Tuah yang berada di utara tanahair. Hehehehe......


Saturday, May 29, 2010

Tuah Juara ABS di Kg Pandan KL 29 Mei 2010

Inilah imej terkini Tuah yang telah dinobatkan sebagai juara kategori ABS di Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama, Kompleks Taman Muhibah, Kg Pandan Kuala Lumpur pada hari ini 29 Mei 2010. Dengan gaya tarik selam serta beberapa kali mengebas didepan pengadil, Tuah memperolehi 23 markah gaya dengan markah keseluruhan 79.5 dan mengalahkan kesemua pesaingnya yang semuanya hebat-hebat. Syabas Tuah !!!! Kita tunggu pemilihan BOTB pulak kejap lagi......
[Tuah, the champion of ABS category at the Serama Competition, Kg Pandan Kuala Lumpur 29th May 2010. The competition was organised by GPS Keramat and Persatuan Peniaga/Penjaja Kompleks Muhibah Kg Pandan, Kuala Lumpur. Tuah scored 23 points for its style and collected a total of 79.5 points leaving behind other contenders to win the ABS category. Congratulation !!! Keep it up.]

Friday, May 28, 2010

Selam Sri Bauk

Aksi selam Sri Bauk ala Sri Sarajunatapa...... Masih remaja lagi, akan menjunam lagi kalau diberikan masa yang cukup dan latihan yang sempurna.

Sri Bauk Adik Kandung Sri Sarajunatapa

Wah!!!! Memang padan dengan nama dia lah, memang berbauk tengkuknya...... Sri Bauk adalah adik kandung Sri Sarajunatapa dari satu induk dan satu bapak. Masih lagi pada usia remaja, tapi memang cepat membesar dengan gaya dan warna bulu yang seiras dengan Sri Sarajunatapa semasa usia yang sama. Sri Bauk telah berpindah tangan kepada orang Johor dan gambar diatas adalah kiriman dari empunya barunya itu. Tak lama lagi video klip aksi terkini Sri Bauk akan dapat kita saksikan..... Sabar lah yer !!!

Saturday, May 15, 2010

Gerak Tari Dang Kenanga




Dua imej dan satu video diatas adalah post terkini Dang Kenanga. Tak lama lagi Dang Kenanga akan dipasangkan dengan Jebat atau Tuah. Baru saja melepasi remaja dan sekarang dialam muda. Cukup pekejnya dengan gaya dan gerak tari yang cukup menawam, diselang-seli dengan kepala yang ketar ala tedung sela. Aksesori yang lengkap.... memang cantik dan menawan.

[The latest image of Dang Kenanga. A young serama female with a complete package of style and accessories to be a winner]

Thursday, May 13, 2010

Antara Produk Projek Mega 2010

Dua post diatas adalah 6 ekor anak hasil tetasan semalam. Ini adalah antara produk Projek Mega 2010 yang telah dilancarkan dengan rasminya awal tahun ini. Tetasan ini hasil dari 3 induk terpileh dengan 2 bapak pilehan utama LEASF.

[These two posts are the images of 6 new born chicks. The new products of our Mega Project 2010 which was officially launched early this year.]

Sunday, May 9, 2010

Induk Uban Naik Kereta

He he he..... ini adalah post Dang Merduwati, induk baka tok uban asli yang menjadi induk pembaka utama di LEASF. Post ini mengikuti post Tok Utama Bijasura kerana mereka adalah antara pasangan yang ideal. Buat sementara waktu, Dang Merduwati direhatkan kerana ada masaalah dengan sistem pembuangan najis dan terluka kulit. Tak lama lagi dia akan menjalani tugas saperti biasa. Itulah harapan kami...

[This post is Dang Merduwati, one of the main breeder at our LEASF farm. It is the original breed of Tok Uban bloodline. It is now in our intensive care unit (ICU) after undergoing a minor operation due to prolapse and skin injuries. If eveything goes well, the hen will be coupled with Tok Utama Bijasura.]

Saturday, May 8, 2010

Lagak Tok Utama Bijasura

Post istemewa Tok Bijasura yang merupakan pembaka utama di LEASF. Umurnya dah pun mencecah 4 tahun dan telah banyak mengeluarkan produk yang cukup memuaskan hati. Sekarang Tok Bijasura dipasangkan dengan beberapa ekor induk pilihan dari projek Mega 2010, yang merupakan cucu atau cicit dia sendiri. Tujuan utama untuk mengeluarkan produk yang lebih kontemporari serta bersaiz lebih kecil tanpa menghilangkan ciri-ciri gaya selam menjunam, mengebas, pacak, lawan meja sifat asal Tok Uban Shawal. Dapatkan yang benar dan tulin lagi asli !!!!!!

[This is Tok Utama Bijasura, the main sire of our "production line" at LEASF. Tok Bijasura has so many "wives", and most of them are the products of our Mega Project 2010. It is hoped that their offspring will turn out to be superb with superior or platinum quality. Tok Bijasura is the original breed of Tok Uban Shawal bloodline, and its age is about 4 years old.]

Thursday, May 6, 2010

Dang Mawar Induk Pembaka di LEASF

Post untuk peminat Dang Mawar. Ini adalah gambar lama Dang Mawar, terkini dia sudah pun mempunyai sekor anak. Tapi rasanya bukan anak kandungnya sendiri, tapi anak titi saja. Maklumlah kesemua telur Dang Mawar tak menjadi, telur lembik dan cuma bertelur 5 biji dengan sebiji separa keras.

[This is an old photo of Dang Mawar. This charming bird is one of the mature hens at our LEASF farm. This female serama is just "giving birth" to a little chick, a step chick !!!].

Tuesday, May 4, 2010

Adik-Adik Nagasaki


Tokyo, Kyoto dan Yokohama.... Agaknya itu lah nama-nama yang bakal diberikan kepada adik-beradik Nagasaki ini. Dua jantan dan satu betina nampaknya. Semuanya belunjur habis. Huduhnya.... Hehehe..... Semuanya nama Jepun. Bukan saja terkenal diseluruh dunia, tetapi bandar-bandar ternama di Jepun ini juga banyak nostagia atau memori indah yang ada pada kami di LEASF.

[The trio Tokyo, Kyoto and Yokohama are siblings of Nagasaki The Atomic Power, same sire and dame. Two male chicks and one female. The pattern of their colours is exactly the same with Nagasaki when it was of the same age.]

Sunday, May 2, 2010

Dang Daun Masih Anak A


Dua post diatas adalah wajah Dang Daun keluaran terbaru LEASF. Masih lagi anak A tapi sudah punya gaya yang cukup meyakinkan kami semua di LEASF, kerana mempunyai potensi yang besar dimasa hadapan. Darah asal dari Tok Uban tapi telah mengalami evolusi berbagai peringkat breeding. Bila besar akan jadi pembaka di LEASF.

[This little serama chick is one of the newly breeds at LEASF. It is the product of crossed breed from our Tok Uban bloodlines. It has a great potential with good looking and excellent cutting !!!! ]

Saturday, May 1, 2010

Besi Lusuh Berdarah Besi Buruk

Dua anak tina diatas adalah hasil keluaran LEASF dari susur galur Besi Buruk yang telah melalui proses biakbaka yang halus lagi jitu. Nama samaran mereka adalah Besi Lusuh. He he he.... Sekor tu cergas tapi sekor lagi sedang menetap di wad rawatan rapi kerana tak sihat. Besi Lusuh akan menjadi bakal pembaka di LEASF. Dah ramai peminat, tapi mohon maaflah yer !!!

[These two chicks (female), called Besi Lusuh (scrap iron), are new products of mutation breeding from Besi Buruk bloodlines. To our surprise, they have so many fans, persuading us to let them go etc...]