Ini lah gambar yang terakhir yang masih kami simpan sebelum Sri Maharaja menemui ajal disebelah petangnya. Kepalanya botak akibat dimakan oleh 3 ekor induk yang menjadi temannya setiap hari. Seingat kami Sri Maharaja mati pada usia kira-kira 8 tahun. Mati kerana terlalu tua agaknya. Pernah kena stroke pada umur 6 tahun tapi kembali cergas selepas di beri ubat dan usaha-usaha penyegaran setiap petang. Kini titisan darah baka Sri Maharaja ada di beberapa tempat di negara kita. Titisan darah yang paling menjadi dan yang paling menurut perangai asal Sri Maharaja ada di Bandar Baru Bangi. Rumah seorang kawan....Tapi perlu rashia namanya. He he he !!!! Kalau nak tahu kenalah berbaik-baik dengan geng dia.
Dang Sari sudah pun muda remaja. Kabarnya cukup ramai peminat dan sentiasa menunjuk lagak dengan gaya ketar-gegar apabila berada di atas meja. Ewah, ewah, ewah cukup menjadi si adik manja ni. Bila nak masuk gelanggang? Tuan dia mesti ada strategi terbaru untuk memukau peminat di bon-bon serama dalam masa terdekat. Tak sabar nak lihat dia beraksi... Agak-agak boleh bertelur kew tidak yer?
Nagasaki dan Nagasari adalah "latest edition" anak serama dari Lawi Emas Ayam Serama Farm. Kedua-dua adik beradik ini merupakan "Golden Blended" dari lima darah yang ternama dengan ciri-ciri kecantikan dan kesempurnaan serta ketajaman ciri-ciri tarik selam. Lima darah tersebut adalah Tok Uban Shawal, Besi Buruk keturunan Cikgu Nipah, 6000, Husin Kijang dan LawiEmas. Gabungan lima baka dalam satu ini ddiharapkan akan menambahkan lagi keunikan pada Nagasaki dan Nagasari. Kini mereka berdua berusia 3 minggu. Jika umur mereka pajang, dapatlah kita semua sama-sama menyaksikan karaktor yang dominan dari lima baka di atas. Kita tunggu dan lihat kehebatan dan keunikan Nagasaki dan Nagasari... Bunyi macam Jepun, tapi pior Malaysia lah.....he he he.