Beloved Followers

Sunday, September 13, 2009

Cikgu dan Serama

Sehingga ke hari ini, kita cuma berbaki 8 hari saja lagi untuk mengerjakan ibadah puasa dan membuat amal kebaikan di bulan ramadhan. Harapan kami, semoga kita semua dapat meningkatkan amalan pada malam-malam terakhir 10 ramadhan ini. Kata orang perlu "jalan-jalan cari Lailatul Qadar", malam yang lebih baik dari 1000 bulan. InsyaAllah.
Hari minggu ni LEASF takde gambar terbaru untuk diuploadkan kedalam blog ini. Nanti lah lain kali yer! bak tunggu adik-adik Sarajunatapa membesar, nampak dah ada paten sekor dua tu! Emm..Cuma nak cerita sikit mengenai Cikgu (Guru) dan Serama. Dari pengamatan kami sejak akhir-akhir ini ramai dari kalangan guru yang berkecimpung dalam dunia serama ini. Antara yang cukup aktif dan yang kami kenali termasuk ialah:-
  • Cikgu Jai (Papar)
  • Cikgu Zainudin (Lahad Datu)
  • Cikgu Lah (Marang)
  • Cikgu Zul (Rusila)
  • Cikgu Zaid (Puchong)
  • Cikgu Bai (Kulai)
  • Cikgu Ameran (Kuala Terengganu)
  • Cikgu Ali (Kuala Terengganu)
  • Cikgu Zaki (Tumpat)
  • Cikgu Zamri (Bangi)
  • Cikgu Zul (Kuala Pilah)
  • Cikgu Fauzi (Selayang)
  • Dan ramai lagi......

Ada ramai lagi yang kami tak sebut namanya, mohon maaf banyak-banyak.

Pernah kami tanya pada beberapa orang guru. Apasal minat sangat bela serama ni? Berbagai jawapan yang kami perolehi.....

  • Saya ni guru kaunseling, kat sekolah banyak nak selesai masaalah murid yang bermasaalah, balik rumah rasa lega dan relis sikit apabila melihat aksi ayam serama.
  • Ada yang kata, saya mengajar pagi, sebelah petang banyak masa terluang dan bolehlah membelai serama kat reban.
  • Ada pula yang kata lain, serama merupakan sumber pendapatan yg lumayan jika kena caranya.
  • Balik dari sekolah takde apa nak buat, daripada buat tahi mata kan ke elok bela serama. Ada ekssesais sikit, duit pun masuk kadang-kadang tu.
  • Ada pula yang berkata, saja bela kerna minat dan kebetulan kat rumah pun anak-anak suka dengan ayam serama.

Wah, itulah antara jawapan dan pandangan Cikgu-cikgu kita dengan serama. Banyak lagi jawapan lain, lain kali kita sambung lagi.

Buat Cikgu-cikgu semua, LEASF ucap tahniah dan selamat berserama semoga berjaya mendapat apa yang tuan-tuan hajatkan dan mohon maaf jika ada kesilapan selama kita bersama-sama meminati haiwan unik yang bernama Serama ini. Ceria selalu. Syabas dan Tahniah !!!!

Friday, September 11, 2009

My Name is Sangkuriang

Fuyooo, macam orang putih jer bunyi. Begitulah produk terbaru hasil keluaran seorang teman disini. Sangkuriang ini dipercayai mempuyai susur galur darah husin dgn darah belah ibu ???? Masih dalam kajian, tapi awal-awal lagi sudah nampak Sangkuriang mempunyai potensi yg cukup besar di masa hadapan. Bilah balung cukup cantik tersusun rapi dan halus dengan barisan bilah yang tinggi markahnya. Walaupun cuma beberapa orang saja yang baru melihat gambar melalui mms, tapi boleh dikatakan semuanya menaruh minat yg mendalam kepada Sangkuring. Harap cepatlah besar, tuannya tak sabar nak masuk bon. Kepada yang meminati sekecil ini, jangan lah segan-segan sms atau e-mail ke LEASF untuk maklumat yang lebih lanjut. He he he......

Tuesday, September 8, 2009

Enam Ekor Adik Sarajunatapa Baru Netas

Memang benar bulan Ramadhan mempunyai banyak berkat dan maghfirah. Alhamdulillah, kami LEASF juga banyak mendapat rezeki dalam bulan ini. Antaranya adik kepada Sri Sarajunatapa yang si ibu dan se bapa menetas 6 ekor, tapi sekor daripadanya telah kembali ke rahmatullah kerana letak tahi pada dubur, tak perasan dia tak boleh "buang air". Kini yang tinggal cuma 5 ekor dan dari pengamatan pakar-pakar di LEASF mungkin 2 ekor adalah jantan dan selebihnya dipercayai betina. Gambar sebelah kelihatan 2 ekor adik Sarajunatapa berada di bawah perut ibunya. Yang lain tidak kelihatan, mungkin nyenyak tidur dan di lamun mimpi yang indah-indah. Dalam mimpi mungkin mereka menilai semua bon-bon yang akan dijajahi semasa besar nanti. Ok kita tunggu yer!

Monday, September 7, 2009

Prof Dr Masahiro Takei, Japan Melawat LEASF



Dalam diam-diam dia menaruh minat yang mendalam terhadap serama warisan dan kebanggaan kita. Apa lagi, asyik tanya mana pergi Nagasaki.... Itulah Prof Dr Masahiro Takei yang baru semalam melawat LEASF. Beliau berasal dari Nihon University, Japan, iaitu sebuah universiti terbesar di dunia dengan jumlah mahasiswa/wi seramai 140,000 orang. Dua post ini di ambil semasa keluarga LEASF menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama dengan beliau di restoran jepun, iaitu Restaurant Kampachi, Equatorial Hotel Bangi. Oh ya! Kami sedang menikmati keenakan and kelazatan hidangan set tempiyaki...... Oishi desu ka? Watashi wa sakana wa ichi ban suki desu.....


Sunday, September 6, 2009

Nagasaki Terkini: Tarik S

Ini lah posing terkini Nagasaki yang telah di hantar oleh Sdr Azizi, tuan punya Nagasaki dan Nagasari. Gambar ini di MMS kepada kami selepas kedua-dua hasil reban LEASF menjadi milek beliau sejak lebih kurang 1.5 bulan yang lalu. Wah, nampaknya mempunyai masa depan yang cukup cerah dan katanya tak sabar untuk berada di bon-bon di tanahair dalam masa terdekat. Gaya tarik S dan rajin mengebas sudah tentu dapat memukau siapa saja yang mengetahui akan keunikan ayam serama. Tahniah dan syabas dan di ucapkan Selamat Bertanding.