Beloved Followers

Sunday, January 31, 2010

Halilintar Membelah Langit

Ini adalah gambar terbaru Halilintar anak tunggal Sri Sarajunatapa yang telah pun berpindah milek ke Seremban. Tak lama lagi akan masuk remaja lah dia. Terkini, gayanya sebiji mengikut jejak langkah bapaknya yang terkenal dengan gaya mengebas dan tarik. Sudah pun mula pacak diatas meja, namun kedudukan kunci betul-betul masih lagi ditunggu-tunggu oleh tuannya. Kabarnya sekali-sekala dah mula selam dengan tengkuknya yang panjang. Wah, tak lama lagi boleh masuk bon kata tuannya. Harap gaya dan perwatakkannya tidak menghampakan peminat serama diluar sana. Jadi, sama-sama kita tunggu masa dah ketika untuk Halilintar ini "membelah" langit serta bon-bon yang dilawatinya dengan gegaran dan kebasannya yang luar biasa..... he he he!!!

Saturday, January 30, 2010

Tok Uban Mengganas Lagi

Memang sah tok uban shawal mengganas lagi !!! Lihat saja imej diatas, anak tok uban ni baru saja melewati usia remaja, tapi tarik dan selam menjunamnya bukan main lagi power. Kalau panjang umur dan jadi dewasa tenguk saja lah, mungkin boleh jalan toleh kebelakang atau teleng kiri kanan.... Ini lah kehebatan baka tok uban shawal yang ori, kalau bukan ori tak jadi macam ni hebat....

Dang Melati: Induk Pembaka LEASF


Dang Melati adalah antara induk pembaka di LEASF. Cantik, bergaya, sopistikated dan ayu . Itulah antara ciri hebat yang ada pada Dang Melati...... Bukan saja menjadi induk pembaka, Dang Melati juga boleh masuk bon pada bila-bila masa saja. Memang hebat induk ini, dan kini Dang Melati dipasangkan dengan dgn Tok Bijasura, bapak ori dari susur galur Tok Uban Shawal... Dua imej ini diambil khas oleh crew LEASF untuk tatapan peminat serama di seluruh dunia.

Wednesday, January 27, 2010

Taming Sari II: Terjah Ular Tedung



Tiga imej diatas adalah gaya terjah ular tedung Taming Sari II iaitu adik beradik Seri Gading dan Taming Sari. Ayam ini baru saja masuk muda dan baru "mari" aroma tariknya. Gaya ular tedung dengan tarikan seperti huruf S ini pastinya akan memukau peminat fanatik serama masa kini. Apabila dimeja, Taming Sari II sering mengebaskan kepaknya dan mengegarkan kepala serta tengkuknya. Ada beberapa orang peminat dari pantai timur sudah pun berkenan dan menaruh minat dengan Taming Sari II, namun proses rundingan dan penetapan harga RM XXXX-XX, masih lagi berjalan. Taming Sari II berbadan kecil halus dan tinggi lampai dengan tengkuk yang cukup panjang ala ular tedung senduk. Slim sebatang kata orang utara, he he he.....

Monday, January 25, 2010

LEASF Keluarkan Pelbagai Jenis Batik


Atas permintaan ramai peminat diluar sana, LEASF sedang berusaha untuk mengeluarkan pelbagai jenis serama batik. Dua imej diatas adalah sebahagian daripada anak-anak serama batik dari pelbagai susur galur dan darah ternama yang terdapat di reban LEASF. Ada batik Jawa, ada batik Terengganu, ada batik Kelantan, ada batik Siam, ada batik Lepas dan sebagainya. Kalau dulu ramai wanita sukakan batik, kini peminat serama pula yang sukakan batik. Bukan setakat warna dan coraknya pelbagai, tapi gaya dan perangai batik-batik ini juga pelbagai. Siap duduk dalam kotak lagi tu. Harap betul-betul "jadi" macam batik yang ternama tu lah.... He he he....

Sarajunatapa: "Best of the Best" pada 24 Jan 2010


Wah... memang itulah lengguk juara. Syabas dan tahniah..... Sri Sarajunatapa telah muncul sebagai "best of the best" selain muncul juara dalam kategori B, pada Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama yang diadakan di Ampang pada ahad 24 Januari 2010. Kabarnya pertandingan ini dianjurkan oleh GPSK dan Serama Cooperation dengan bantuan seorang pengadil dari kelab Perkasa, Kelantan. Selain mengebas dan selam menjunam yang biasa ditunjukkan apabila berada di atas meja, Sarajunatapa juga menunjukkan dadanya yang besar itu dengan menonjolkannya kepelbagai arah apabila beraksi dan bergaya semasa sesi pengadilan. Crew LEASF telah menghubungi tuan punya Sarajunatapa pagi ini untuk mendapat persetujuan bagi memulakan proses biakbaka Sarajunatapa dengan induk pahlawan yang mempunyai pelbagai darah ternama. Sama-samalah kita tunggu hasilnya nanti !!!

Monday, January 18, 2010

Seri Gading Adik Beradik Taming Sari


Dua post ini LEASF terima daripada empunya Seri Gading yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Tuannya yang pakai baju kuning belakang tu lah. Seri Gading adalah adik beradik Taming Sari dan ada lagi dua beradik jantan muda yang seiras dengan mereka berdua, satu bapak satu ibu. Muda ini cukup aktif apabila berada diatas meja dan cukup susah untuk pegang, apa lagi untuk membelainya. Gaya Seri Gading juga seiras dengan Taming Sari...... Kedua-dua Seri Gading dan Taming Sari mengayakan ciri-ciri tarik ular tedung dan tarik S.

Sunday, January 17, 2010

Petikan BH Online

Teknologi: MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC makanan asas lengkap ternakan

Oleh Habsah Dinin

MPOB-HIE dan MPOB-Q-PKC adalah satu kejayaan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan EPC yang bakal menjadi jenama produk buatan Malaysia yang terkenal di serata dunia.

Dr Osman Atil berkata, rangsum ternakan ini pada awalnya diformulasi untuk menggantikan penggunaan minyak sawit mentah dalam rumusan rangsum ternakan terutama kepada ayam pedaging, ayam penelur, ikan dan haiwan tenusu.

Katanya, kajian EPC mendapati ayam pedaging yang memakan rangsum ternakan MPOB-HIE ini berada dalam keadaan yang sangat baik dan memuaskan kerana MPOB-HIE adalah makanan ternakan yang serba lengkap mengandungi protein dan tenaga yang tinggi.

++++++++++++++

Artikel ringkas diatas adalah petikan daripada Berita Harian Online hari ini 17 Januari 2010 yang mungkin berguna untuk peminat serama yang perihatin terhadap makanan serama. Kebetulan Dr Osman Atil adalah kawan baik salah seorang crew LEASF. Kami akan cuba untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai perkara ini.


Saturday, January 16, 2010

Taming Sari Menghunus




















































Ini adalah dua post anak muda Taming Sari yang sedang menghunus keris berbisa dengan melemparkan dan melebarkan sayapnya kedepan. Taming Sari adalah produk LEASF dari darah LawiEmas6000 ara dengan darah susur galur tapisan LawiEmas Tok Uban Shawal. Muda ini agak lambat bersalin atau meluruh bulunya, masih berbulu remaja lagi. Lihatlah ekornya, masih lagi menyimpan rahsia ekor remaja. Salah seekor daripada adik beradik Taming Sari telah pun berpindah milek kepada seorang pemilek berasal dari Batu Bahat, Johor. Kalaulah Taming Sari berjaya di persembahkan oleh Hang Tuah melalui Tun Mamat kepada Baginda Sultan Melaka Sultan Mahmud Shah, maka semestinya ada sesuatu yang unik, berbisa dan luar biasa yang ada padanya. Hehehe....

Thursday, January 14, 2010

Leonard dan Largo Berdarah Sri Maharaja



Dua imej diatas adalah Leonard dan adiknya, Largo iaitu cucu Sri Maharaja. Kedua-dua ayam ini kepunyaan seorang cikgu teman baik crew LEASF dari selatan tanah air, adalah hasil kacukkan induk coklat muda iaitu anak betina Sri Maharaja dari reban LEASF dan telah dicrosskan dengan bapak kuning emas dari susur galur baka Husin Kijang. Leonard telah menjuarai kategori muda di Pertandingan Kecantikan & Kesenian Ayam Serama di Melaka pada suatu ketika dulu.... Leonard telah pun pergi meninggalkan kita tanpa kembali lagi, namun Largo sekarang sedang diproses kembali untuk menghasilkan anak-anak yang mempunyai ciri-ciri gegar dan ketar. Gaya kedua-dua ayam ini memang tip-top apabila berada di atas meja. Itulah jejak dan terjah pahlawan hasil dari darah ternama Sri Maharaja.

Wednesday, January 13, 2010

Lagi Lagi Seri Andalas

Kebetulan ada satu lagi gambar Seri Andalas dalam foto album LEASF.... Disertakan untuk tatapan semua peminat diluar sana. Semoga semua berpuas hati kepada yang banyak bertanya tu yer !!!....he he he

Monday, January 11, 2010

Seri Andalas: Anak B Darah LawiEmas Kuning Merah



Dua imej ini adalah Seri Andalas anak B dari darah LawiEmas kuning merah yang telah dihasilkan melalui proses biakbaka yang rapi dari reban salah sorang dari crew LEASF. Dengan balung plastik ala keris majapahit yang tersusun rapi, bulu nipis bak kain sutera serta ekor yang panjang berjuntai menjanjikan masa depan yang cukup cerah untuk dibawa ketengah. Wah...bukan main bergaya anak ni.... Ciri-ciri pemimpin (sentiasa didepan) yang dimileki oleh Seri Andalas sudah menampakkan lengguk juara dan bakal menggegarkan meja apabila berdepan dengan saingan di bon nanti.....

Sunday, January 10, 2010

Penetasan Serama Melalui Inkubator Canggih di LEASF Amat Memberangsangkan



Image di atas adalah inkubator canggih yang sedang digunakan di LEASF Farm untuk proses penetasan serama, ayam kampung organik, ayam belanda dan itik maskovik. Inkubator ini dibeli oleh crew LEASF semasa "jalan-jalan cari ilmu" di Singapura kira-kira 2 tahun lalu. Hasil penetasan serama amat memberangsangkan dimana boleh dikatakan telur yang ada persenyawaan jantan dan betina semuanya menetas. Dengan jringan ruangnya yang cantik dan teratur, telur serama boleh diisi sebanyak 40 biji sekali gus. Gambar di tengah-tengah adalah anak serama darah Batik LawiEams yang baru saja 3 hari menetas melalui inkubator ini. Walaupun harganya mahal berbanding dengan inkubator lain yang ada dipasaran atau pun yang dibikin in-house, namum kami rasakan ianya amat berbaloi dan berpatutan. Kepada peminat serama yang ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai inkubator ini sila lawat ---> http://www.asby.com.sg

Friday, January 8, 2010

Sang Dewata


Nama dia bukan main lagi.....Datang dari negara kayangan ke? Itu adalah satu post ayam muda kepunyaan kawan, bukan dari reban LEASF, tapi dari reban salah seorang pengadil di sebelah pantai timur. Dengar kabar Sang Dewata nak di lepaskan dengan harga yang cukup special.

Gaya? Memang tuan dia kata tip top sekarang. Tarik lebih kuat daripada bulldozer yang tolak tanah. Tolak dan lempar sayap ke depan. Kalau ada sesiapa yang minat bolehlah berhubung dengan crew LEASF untuk berbincang terus dengan empunya ayam muda ini.

Thursday, January 7, 2010

Anak B Kuning : Sri Bayas Jr

Wah...kalau kami kata anak Yellow Submarine orang pun percaya. Bukan, bukan dan bukan darah Yellow Submarine, tapi ini adalah anak B baka LawiEmas darah kuning merah reban LEASF tapi telah pun berpindah hak milek.

Taklah cantik sangat, tapi boleh lah tahan....sebab ramai yang sukakan kuning, maka LEASF pun cuba memenuhi warna permintaan peminat. Amacam?

Monday, January 4, 2010

Sri Maharaja: Nostagia Raja Serama

Imej disebelah adalah antara post istemewa Sri Maharaja semasa ayam ini masih hidup. Gambar ini antara koleksi yang masih di simpan digeleri LEASF, bagi mengenang jasa-jasa Sri Maharaja semasa hayatnya dalam dunia serama. Post ini dikeluarkan khas untuk tatapan peminat serama dalam dan luar negara, dengan gaya dan lagak ayam ini, bagi menggambarkan hebatnya serama warisan yang kita sayangi ini. Imej ini juga boleh perolehi dari photo album serama yahoo group, VCAS. Sekian, untuk tatapan peminat semua....

Sunday, January 3, 2010

Halilintar Anak Tunggal Sarajunatapa

Namanya saja membuatkan ramai peminat bon serama akan terpesona dan terpegun. Belum tenguk anak ini beraksi diatas meja lagi, hehehe !!!. Imej ini crew LEASF baru terima dari tuanpunya Sarajunatapa dan Halilintar ini adalah anak jantan tunggal Sarajunatapa. Baru saja kenal jantan betina sudah pun dimintak oleh peminat dari selatan tanahair. Setelah puas memujuk, maka Halilintar dah pun berpindah milek. Wah, dah ada pemilek baru rupanya....
Belum nampak apa-apa lagi, tapi jika perangai dan gayanya mengikut namanya, maka sudah pasti Halilintar akan "membelah" setiap bon yang akan dia lawati. Tunggu dan lihat....Hehehe....

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

Glitter Graphics

Salam and dear all serama lovers out there,

We, the LEASF crew, would like to take this opportunity to wish all of you a Happy New Year 2010!

May this year ahead will bring us huge success in whatever we do and bring lots of enjoyable and memorable memories into our lives.

Let those that have happened in the past, be it good or bad, something that we should learn from in order to improve ourselves for the better.


So, have you made your new year's resolutions yet?

Well, we at LEASF have taken the first step already! hehe. take a look at our new blog header up there! see the difference? not only that, we also have other resolutions as well which include producing high quality serama breeds and setting up an environmental-friendly 'reban' at our farm (since everyone is talking about green nowadays ey!).