Beloved Followers

Thursday, February 17, 2011

Cempaka Wangi Sehalus Sutra



Cempaka Wangi adalah adik kepada Cempaka Sari dan Cempaka Sakti, dari tetasan yang kemudian. Satu ibu (Dang Kenang) dan satu bapak (Jebat). Bertubuh kecil dan halus, baru berusia 2.5 bulan. Bulunya cantik dan nipis serta lembut bak sutra. Gaya dah mula nampak akan mewarisi Cempaka Sari dan Cempaka Sakti, cuma tunggu masa saja......

[Cempaka Wangi, the offspring of Jebat + Dang Kenanga. Just 2.5 months old. Small and tiny like a little bird.....]

Wednesday, February 16, 2011

Bakal Juara : Sri Alam Tarik Selam Giler


Dua post serama muda Sri Alam yang baru dihantar oleh seorang teman LEASF petang tadi. Teman ini adalah orang lama dan seringkali muncul di bon-bon di seluruh negara. Katanya Sri Alam mempunyai perangai dan aksi yang cukup luar biasa. Cukup aktif apabila berada diatas meja. Tarik, Selam, Lonjak, henyut, lompat, lempar sayap dan berbagai aksi luar biasa lagi....Sri Alam belum siap dan apabila muncul di bon nanti yang pasti merupakan pencabar yang hebat untuk muncul sebagai juara.

[Two posts of a young cockerel, called Sri Alam. These photos were sent by its owner, a veteran serama lover and a good friend of LEASF crews. Sri Alam is very super active when placing on the top of the table. Its body posture is almost perfect. Its style and action is really superb, and no doubt in a very near future, when its tail feathers grow completely, Sri Alam will be the champion.]

Sri Bugis : Pembaka Hampir 6 Tahun Berkhidmat di LEASF



Ini adalah Sri Bugis salah satu pembaka yang lama berkhidmat di LEASF. Hampir 6 tahun bersama kami dan alhamdulillah masih sihat dan segar !!! Badannya masih kuat dan berupaya memanjat ibu dengan cantik. Sri Bugis adalah adunan dua darah ternama, iaitu dari baka Limbat dengan Raja Gegar...

[Three posts of Sri Bugis, one of the senior breeder at LEASF. It has been at our farm for almost 6 years..Still productive and in great health. Sri Bugis is a product of two well-knownl bloodlines, i.e. Limbat and Raja Gegar.]

Tuesday, February 15, 2011

Anak Jebat Berpindah Milik Kepada Penternak Veteran


Tengahari tadi sekor anak jantan Jebat dan dua ekor induk muda telah berpindah milik kepada penternak veteran. Dua post diatas menunjukkan dua kotak besar berisi peluru yang menjadi idaman keluarga bahagia ini. Diharapkan anak Jebat ini akan menurut jejak langkah ayahndanya, tarik selam, lempar sayap dan lonjak dada bertalu-talu.....hehehe....

[This afternoon, a veteran serama breeder came to our LEASF show gallery and took home one male chick of Jebat's offsprings , i.e. the finest one, and two young pullets......The above pictures show the veteran breeder, his daughter, with two big boxes...]

Monday, February 14, 2011

Dang Ayu Masih Lagi Cun


Post terkini Dang Ayu. Walaupun pada usia hampir 2 tahun, namun gaya serta aksi atas meja Dang Ayu masih tidak berubah. Masih lagi selam menjunam dan bertambah cun bentuk tubuhnya yang semakin singkat itu.

[Two posts of Dang Ayu at the age of about 2 years old. It is still in a very amazing and wonderful shape. Its style and action on the table-top remains unchanged. In fact, more outstanding in action !!!!]

Sunday, February 13, 2011

Anak Kumbang Kena Hujan



Anak Kumbang terkejut sebab secara tiba-tiba hujan panas turun dibumi bertuah ini. Apa lagi melompat-lompat lah si Anak Kumbang ni mencari tempat untuk berteduh. Masih basah kuyup masa gambar ini dirakam oleh kamera kami.

[Three images of Anak Kumbang captured after a sudden rain fall.....]

Saturday, February 12, 2011

Gaya Erra : Selam Tajam Berbisa


Kami paparkan dua gambar Gaya Erra yang selamnya tajam berbisa itu. Pernah beberapa kali dapat ranking top 3 dalam bon-bon besar diseluruh tanah air. Kini Gaya Erra menunggu masa untuk kembali ke bon setelah siap ekor dan sayapnya.

[Two posts of Gaya Erra, the amazing serama female of special mixed bloodlines. Gaya Erra always in the top 3 ranking in almost all serama competitions it participated in Malaysia. It has a wonderful body posture with a complete package of style and action.]

Friday, February 11, 2011

Sri Pinang Muncul Kembali


Ini adalah imej terkini Sri Pinang yang dapat kami paparkan kepada semua peminat serama di seluruh dunia. Kebetulan, kami berada disana atas urusan kerja....Sri Pinang sedang meluruh.

[These are two images of Sri Pinang.......]

Saturday, February 5, 2011

Chinese New Year Sale : Adam and Kakhing at LEASF



Jualan hebat yang pihak kami tawarkan sempena dengan cuti Hari Raya China, LEASF dikunjungi pelbagai peminat serama dari dalam dan luar negara. Petang tadi kami dikunjungi oleh dua orang peminat ayam eksotika, iaitu Adam dan anaknya Kakhing dari The Mines Resort City, untuk membeli beberapa ekor "breeder".

[The Chinese New Year sale !!!! Later this afternoon, we received two exotic chicken fans from The Mines Resort City; Adam and his son Kakhing. They not only looked around our show gallery but also went to browse seramas at our LEASF farm. They intended to find a pair of serama breeder to add to their collection.]

Friday, February 4, 2011

Cempaka Sakti Adik Kandung Cempaka Sari



Selam terbenam, selam maut atau tajam berbisa......itu antara ungkapan yang boleh kita beri kepada Cempaka Sakti apabila beraksi diatas meja. Adik kandung Cempaka Sari dan Anak Kumbang ini banyak menurut gaya bapaknya Jebat yang berbisa itu..... Tapi sayang seribu kali sayang chasis dan ekor Cempaka Sakti sudah mula "lari"....... Cukup ramai peminat tapi itulah keadaan dara impian ini......

[This is Cempaka Sakti, the sibling of Cempaka Sari and Anak Kumbang...... It has got a very stunning action when acting on the table-top. Its style and action are inherited from its parent, in particluar Jebat].

Thursday, February 3, 2011

The Comeback of the Serama Lovers






Seluruh warga LEASF ingin mengucapkan

Selamat Tahun Baru Cina!!! Gong Xi Fa Cai.....
Semoga tahun ini membawakan kita kegembiraan, kepuasan dan kesejahteraan!!!

Hari ini, LEASF telah dikunjungi oleh peminat setia serama tahun 90-an daripada Kepong. Mereka telah datang untuk melihat koleksi ayam serama LEASF yang unik dan kemudiannya membawa pulang beberapa ekor serama LEASF termasuklah salah satu ikon LEASF, iaitu Cempaka Sari. Kami di LEASF berharap anda berpuas hati dengan ayam serama baru anda dan kedatangan dan kunjungan anda sentiasa dialu-alukan di LEASF.

P/S - Datanglah berkunjung beramai-ramai ke LEASF. Kami menyediakan jualan ayam serama besar-besaran sempena dengan tahun baru cina ini!!!


[First of all, LEASF would like to wish you

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!! Gong Xi Fa Cai....
May this year ahead bring us happiness, satisfaction and prosperity!!!

Today, LEASF was visited by long-lost serama lovers from Kepong. They had the chance to browse through our own unique collection of serama and apparently they headed home with 4 beautiful seramas from LEASF which include the Cempaka Sari. We at LEASF hope you will enjoy your new seramas and you are all always welcomed.

P/S- Hurry and come to LEASF. We are having a massive sale in conjunction with the Chinese new year!!!]

Tuesday, February 1, 2011

Cempaka Sari : Dara Pujaan




Cempaka Sari ialah anak kepada Jebat dan Dang Kenanga, iaitu adik kandung Anak Kumbang. Masih dara trang tang tang dan menjadi pujaan ramai peminat serama tanah air maupun luar negara. Cempaka Sari mempunyai tubuh yang kecil molek ala jantung pisang, kepala kecil beserta dengan balung buluh runcing tersusun rapi....Gaya tariuk selam dan tengkuk bergetar ala rattle snake.....

[This is Cempaka Sari, one of the offsprings and the young pullet of Jebat and Dang Kenanga. It has a long neck and a small snake-like head complete with very nice crown and comb. It is still virgin and of course its body posture and action have attracted so many serama lovers both locally and internationally].


Monday, January 31, 2011

Serama Fans From Down Under (Australia) Visited LEASF




Acquaintances from Adelaide, Australia came over to visit us yesterday's everning and had the chance to have a look at our serama collection. The serama in the pictures above is Anak Kumbang, one of our farm's finest serama. They were all pretty excited to see Anak Kumbang in action.

Sunday, January 30, 2011

Seri Labis : 3 Bulan Masih Belunjur



Seri Labis dari keturunan Tok Uban Shawal yang telah melalui evolusi dari pelbagai aspek terutama dari warna kaki dan bulu serta susuk tubuh. Masih lagi belunjur tanpa sebarang perwatakan yang menarik walaupun berumur lebihkurang 3 bulan. Apa nak jadi tak tahu lah, agaknya nak kena mata pisau kot.....apa-apa pun sabar lah yer, kita tunggu sikit lagi....

[A young serama chick of new generation Tok Uban Shawal bloodline. A little bit different with other Tok Uban chicks.....the feather colour, the legs and the body outlook !!!! ]

Saturday, January 29, 2011

Anak Kumbang Anak Jebat


Ini adalah post terkini anak jantan Jebat + Dang Kenangga yang sudah masuk alam muda. Nama diberi Anak Kumbang.... Kami pernah post gambar ayam ini pada post terdahulu bersama-sama dengan bapaknya. Sekarang semakin terik selam dan cuma tunggu masa untuk berarak ke bon.

[The latest post of Anak Kumbang, the young cockerel of Jebat + Dang Kenangga. It has got a good style of action and a nice body posture].