Petang semalam adalah waktu yang terakhir Sri Sarajunatapa berada di reban Lawi Emas. Kini apartmen nya hanya di huni oleh dua ekor betina remaja baka tok uban. Sekor tarik giler sampai tenggelam dan sekor lagi panjang belunjur. He he he...
Itu lah dunia serama yg perlu kita terima. Ada kawan-kawan datang yang ingin memiliki, kita perlu akur dengan permintaannya. tak sanggup kita melihat kawan pulang dengan tangan kosong. Telah tersurat kepunyaan kita hanya setakat semalam saja. Hari ini orang lain punya pulak......Apa-apa pun kita harap jaga lah Sarajunatapa dengan sebaiknya dan rajin-rajin lah hantar berita untuk kita ketahui akan perkembangan terkini remaja pilihan ini....
Baru kejap tadi ada kawan dari UNITEN datang ke reban Lawi Emas untuk bersemuka dengan Sarajunatapa secara "live", tapi dia pulang hampa kerana Sarajunatapa sudah pun berpindah kerana telah menjadi milek orang....
No comments:
Post a Comment