GENKiMO-1 produk keluaran MARDI telah lama digunakan di LEASF bagi menghilangkan bau tahi ayam yang kurang menyenangkan. Produk hasil penyelidikan beberapa tahun seorang pakar MARDI ini berasaskan kepada bekteria inokulasi. Cara penggunaannya cukup mudah, campurkan saja dalam nisbah 1:200 GENKiMO-1 dengan air dan kemudian sembur pada najis bagi menghilangkan bau. Produk ini juga boleh diberi minum kepada ayam dengan nisbah 1:400 dan najis yang keluar tidak akan berbau. GENKiMO-1 juga telah terbukti dalam membantu kadar tumbesaran ayam dan lain-lain unggas, terutama untuk ayam penelur atau ayam daging. Kepada peminat serama yang membela ayam dikawasan perumahan atau yang tidak mempunyai masa untuk membersih reban secara berkala, silalah hubungi crew LEASF untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai produk ini. Bukan nak kempen, tapi dari pengalaman kami di LEASF produk ini baik untuk peminat serama untuk mencubanya.
3 comments:
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bagaimana saya boleh mendapatkan produk GENKiMO ini? Saya dah lama cari tapi tak jumpa-jumpa. Ini alamat email saya.. rahmanbahari@gmail.com
Saya amat berterima kasih sekiranya dapat info untuk beli produk GENKiMO ini..
Terima Kasih
Rahman
Tolong bg nombor contack. Ataupun tolong contack saye0192032000.tq
Msh ada jual ka produk genkimo 1 ni..brpa harganya?
Whatsapp 0103137193
Post a Comment