Beloved Followers

Friday, April 30, 2010

Langkah Si Tuah


Tuah dah mula membuka langkah hulubalang setelah sekian lama kami tunggu. Rupa-rupanya masuk muda baru datang "langkah" yang kami nanti-nantikan itu. Video diatas diambil selepas Tuah dikenakan sedikit "air jampi serapah" supaya lebih cergas dan mantap apabila berada diatas meja. Nikmati aksi Tuah dengan langkah pahlawan yang berbisa itu. Lonjak dada, tarik teleng, lempar sayap, kadang-kadang selam gak lo !!!!! he he he.

[Tuah is a 5-months old cockle, and the "brother" of Jebat. The bird has a complete package of high quality serama both in term of its style/show-off action and its general features. The video you just watched is one of its show-off action after hearing a big clap from its fans. Its chest protruding and head held high...]

Tuah VS Jebat : Aksi Hulubalang

Chisssss engkau... wow.... yahoooo....wekkk... kah kah kah.. Agaknya tu lah lebihkurang kata-kata yang dilontarkan oleh kedua-dua hulubalang ini. Siapa lagi kalau tidak Tuah dan Jebat... Imej diatas diambil semasa kedua-dua muda ini sedang bersiap sedia untuk bertarung dimeja kami di LEASF. Nikmati lah tarik selam kedua-dua muda ini...... he he he.

[Battle of the titan..... sorry !!!! Tuah and Jebat are not the fighting cocks, they are the original bread of serama cockles. Again, not for fighting !!!! The photo gives you an idea on how their show-off qualities when acting on the table. These kinds of styles will surely capture the eyes of judges.]

Wednesday, April 28, 2010

Tuah: Selam Seekor Jagoan



Sekian lama crew LEASF dapat banyak SMS suruh upload imej terkini Tuah, maka diatas adalah tiga post yang dapat kami paparkan kali ini. Harap-harap dapatlah mengubat rindu peminat Tuah untuk menatap wajah Tuah yang terkini. Tuah baru saja terjah ke alam muda, ekor masih belum siap sepenuhnya. Banyak yang baru tumbuh. Namun gaya selam Tuah tak ubah macam Jebat, kedua-duanya hebat belaka. Maklumlah mereka ini seguru katakan... he he he... Tuah mempunyai dada yang cantik, timbul kedepan. Mempunyai balung semi-plastik yang tersusun rapi dengan bilah yang sederhana. Warna seiras dengan Megat Panji Alam. Tak sabar nak bawa Tuah ke bon ni.....

Monday, April 26, 2010

Dang Kenanga Masih Remaja



Dang Kenanga, induk remaja ini bakal dipasangkan dengan Jebat atau Tuah setelah semua bulu ekor cukup sempurna, tapi suaranya dah mula garau. Ini adalah sebahagian daripada Projek Mega LEASF 2010/2011 bagi menghasilkan produk yang tip-top. Ramai teman-teman SMS untuk melamar Dang Kenanga. Kami mohon berbanyak maaf kerana tidak dapat melepaskan Dang Kenanga dari reban kami. Tiga imej diatas diambil ketika Dang Kenanga sedang bersantai. Tak tarik, tak selam pun!!!!.. he he he.

Sunday, April 25, 2010

Info Reban: Pemberian Ulat Burung Pada Serama

(Tips ini dikeluarkan khusus untuk peminat yang baru menceburkan diri dalam dunia serama)

Untuk makluman Sdr/Sdri, terdapat ramai dikalangan penternak ayam serama memberi serama mereka makan Ulat Burung atau Ulat Roti. Ulat ini boleh didapati dengan mudah dikedai-kedai menjual haiwan peliharaan (Pets Shop). Biasanya dijual dengan harga RM1-00 untuk satu cawan kecil.

Ulat Burung ini dipercayai mengandungi kandungan protien yang tinggi dan sangat baik bagi proses pembesaran Serama. Akan tetapi jika pemberian ulat ini dilakukan secara tidak betul, maka terdapat juga keburukkannya. Terutama pemberian pada anak-anak serama. Walaubagaimana pun pemberian ulat burung kepada koleksi serama kami di LEASF, merupakan perkara yang rutin, terutama bagi anak serama diperingkat anak A hingga ke alam remaja. Ini bukan saja untuk menyuburkan mereka, tetapi juga bagi melatih dan mengaktifkan serama ketika masih diperingkat anak lagi.

Antara keburukkan pemakanan ulat ni, terutama pada anak-anak ayam, sekiranya ayam tu jenis gelojoh. Ayam ini, akan menelan ulat tersebut hidup-hidup. Umumnya mengetahui bahawa, ulat ini boleh menebok dan merobek tembolok kerana ulat ini mempunyai gigi yang cukup tajam. Kemungkinan ulat yg ditelan masih hidup dan sempat menggigit mana-mama bahagian rongga dan anggota badan menyebabkan luka dan berlakunya pendarahan dalaman. Ini boleh mengakibatkan ayam tadi mati, dan banyak kes sebegini pernah berlaku.

Tips yang perlu Sdr/Sdri lakukan ketika memberi makan ulat burung adalah:

- Memberi seekor - seekor, jangan taburkan banyak ulat yang masih hidup secara serentak.
- Pegang ulat, biarkan ayam mematuk/menyambar ulat tersebut, jangan lepaskan. Biar badan ulat terputus dahulu, kemudian lepaskan.
- Jangan beri terlalu, kerap. Ambil masa utk serama itu menelan.
- Untuk anak serama, seeloknya picitkan kepala ulat sampai pecah dan kemudian beri kepada anak serama, biar mereka berebut2, tarik menarik antara satu sama lain. Dalam keadaan ini ulat tersebut akan terputus.
- Jangan terlalu ikutkan selera ayam. Jangan kira hentam sajalah... Biasanya 5 hingga 7 ekor ulat sudah memadai dan elok beri 2 hari sekali.

Jika dipatuhi perkara diatas, serama akan selesa dan segar serta lebih aktif selepas memakannya. Jika pemberian ulat burung dilakukan secara tidak berhemah, maka banyak keburukkan akan diperolehi. Cubalah tips diatas, mudah-mudahan ianya dapat membantu. Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di LEASF.

Saturday, April 24, 2010

Dang Kenanga Lepas Bersiram



Buat pertama kalinya, Dang Kenanga dimandikan secara total. Tiga imej diatas diambil sebaik sahaja Dang Kenanga lepas bersiram dan dijemur dalam cuaca yang agak redup. Induk remaja ini bakal mengikuti batang tubuh saudarinya iaitu, Dang Ayu yang terkenal dengan Super Submarine (Super Selam). Gaya selam yang dimiliki Dang Kenanga bakal menjanjikan aksi yang hebat kepada pencabarnya dibon nanti. Kita tunggu aksi selam teleng Dang Kenanga tidak lama lagi. Tunggu ekor siap jer tu....

Friday, April 23, 2010

Amok Si Jebat


Video diatas adalah aksi amok Si Jebat yang baru saja masuk ke alam muda. Ekor baru saja meluruh, yang lain sedang tumbuh dengan pantas dan segar terutama bulu tengkuk dan pelepah sayap/kepak... Ramai yang berminat nak bawa Jebat ke Kenyir, tapi memandangkan ekor sebelah kiri cuma tinggal 4 helai maka hasrat itu terpaksa dilupakan. Takpe, kita tunggu waktu yang sesuai, kalau umur Jebat panjang.... sama-sama kita doakan....

Thursday, April 22, 2010

Lekir dan Lekiu pun Belunjur



Tiga imej diatas adalah anak-anak Dang Embun (Tok Uban+Besi Buruk) yang satu ketika dulu (masa kecil) kami post dalam blog ini untuk tatapan semua. Kini ketiga-tiga anak Dang Embun dgn bapak Tok Uban ori ini sudah peringkat anak A, dan nampaknya jadi 2 jantan dan 1 betina. Yang jantan nampak serias, sekor diberi nama Lekir (atas) dan sekor lagi Lekiu (bawah). Kedua-dua Lekir dan Lekiu belunjur habis.... he he he. Tapi, mempunyai susuk badan yang cantik beserta dengan balung yang cukup cantik dan sempurna dengan bilah-bilah yang banyak. Apa nak jadi ???? Entahlah.... kita sama-sama tenguk sebulan dua lagi.....

Wednesday, April 21, 2010

Anak Belut Adik Nagasaki

He he he.... dah 3 lapis lepas Nagasaki barulah dapat melihat adik dia... Siapa lagi kalau tidak Anak Belut, iaitu adik sepak semak (satu bapat satu ibu) Nagasaki. Namanya bukan Hiroshima, tapi Anak Belut, namum kedua-duanya mempunyai Atomic Power yang boleh meletup bila-bila saja jika ditekan suisnya. He he he.... betul ke tu? Entahlah, cuma masa saja dapat menentukannya....

Monday, April 19, 2010

Inkubator Otomatik utk Dijual

(Mesej dari Assoc Prof Dr Azhar Kassim)

Salam sejahtera semua.

Saya ingin membantu sdra/sdri yang mempunyai masalah ayam tidak mahu mengeram sendiri.
Kalau sdra/sdri berminat saya boleh dapatkan inkubator yang ada kawalan otomatik bagi suhu dan pusingan telur serta ada tray khas utk tetasan yang berasingan. Pemanas gunakan heating element dan bukan mentol lampu. Inkubator ini ada digital display dan adalah diimport. Dah dicuba dan meyakinkan.
Bagi kapasiti 48 biji telur harganya RM2500.00
Bagi kapasiti 88 biji telur harganya RM3600.00
Bagi kapasiti 176 biji telur harganya RM4300.00
Kalau dibandingkan dgn inkubator model lain bagi kapsiti 170 - 180 ++ harga adalah lebih mahal iaitu melebihi RM7000.00.
Harga bagi kapasiti lain pun ada. Boleh hubungi Assc Prof Dr Azhar Kassim.

Sunday, April 18, 2010

Jebat Tidak Derhaka


Siapa kata Jebat derhaka? Sebenarnya Jebat tidak pernah derhaka pada tuannya, lihat saja dua post diatas tu. Jebat sentiasa ceria, sentiasa tarik, lonjak, selam, lempar sayap, gegar senggup-senggup ala rattle snake dan berbagai lagi perangai yang pelik-pelik apabila beraksi atas meja. Sentiasa patuh kepada permintaan tuannya serta peminat yang datang berkunjung ke LEASF. Terkini, Jebat sedang meluruh terutama dibahagian ekornya menandakan Jebat tak lama lagi akan menjadi "orang muda". Ramai peminat diluar sana hantar SMS mintak kami postkan gambar terkini Si Jebat yang tidak derhaka ini. Idup Jebat !!!!

Saturday, April 17, 2010

Tahniah ! Cikgu Yop Terima Hadiah


Gambar diatas diambil petang tadi semasa Cikgu Yop (baju petak-petak) menerima hadiah dari Cikgu Zamri (crew LEASF), sebagai pemenang pelawat yang ke-20,000 ke blog LEASF. Hadiah berupa sekor muda baka Tok Uban plus Besi Buruk yang original. Disamping menerima hadiah yang telah lama menunggu ini, Cikgu Yop juga membawa balik beberapa ekor jantan dan betina serta anak dari reban LEASF untuk dibuat proses pembiakkan serama LawiEmas di Perak Darul Ridzwan.

Saturday, April 10, 2010

Generasi Baru LEASF Sedang Membesar


Generasi baru pelbagai darah dari susur galur Lawi Emas serta darah ternama yang lain,. kini dalam proses pembesaran. Ada pelbagai corak warna nampaknya.... Kita tunggu apa akan jadi..

Thursday, April 1, 2010

Rentak Juara Sri Andalas

Post diatas adalah imej terkini Sri Andalas yang tidak lama lagi akan muncul dalam Rentak Juara di bon-bon di tanah air. Crew LEASF baru saja terima imej ini dari tuannya. He he he.... dari SMS yang kami terima, kabarnya muda ini dah mula terik dan pacak dan sekali-sekali selam ala lengguk Mak Limah. Wah..., macam mana aksi tu? Kami pun tak reti. Tunggu saja apabila Sri Andalas muncul dalam Rentak Juara nanti... Sabar !!!