(Tips ini dikeluarkan khusus untuk peminat yang baru menceburkan diri dalam dunia serama)
Untuk makluman Sdr/Sdri, terdapat ramai dikalangan penternak ayam serama memberi serama mereka makan Ulat Burung atau Ulat Roti. Ulat ini boleh didapati dengan mudah dikedai-kedai menjual haiwan peliharaan (Pets Shop). Biasanya dijual dengan harga RM1-00 untuk satu cawan kecil.
Ulat Burung ini dipercayai mengandungi kandungan protien yang tinggi dan sangat baik bagi proses pembesaran Serama. Akan tetapi jika pemberian ulat ini dilakukan secara tidak betul, maka terdapat juga keburukkannya. Terutama pemberian pada anak-anak serama. Walaubagaimana pun pemberian ulat burung kepada koleksi serama kami di LEASF, merupakan perkara yang rutin, terutama bagi anak serama diperingkat anak A hingga ke alam remaja. Ini bukan saja untuk menyuburkan mereka, tetapi juga bagi melatih dan mengaktifkan serama ketika masih diperingkat anak lagi.
Antara keburukkan pemakanan ulat ni, terutama pada anak-anak ayam, sekiranya ayam tu jenis gelojoh. Ayam ini, akan menelan ulat tersebut hidup-hidup. Umumnya mengetahui bahawa, ulat ini boleh menebok dan merobek tembolok kerana ulat ini mempunyai gigi yang cukup tajam. Kemungkinan ulat yg ditelan masih hidup dan sempat menggigit mana-mama bahagian rongga dan anggota badan menyebabkan luka dan berlakunya pendarahan dalaman. Ini boleh mengakibatkan ayam tadi mati, dan banyak kes sebegini pernah berlaku.
Tips yang perlu Sdr/Sdri lakukan ketika memberi makan ulat burung adalah:
- Memberi seekor - seekor, jangan taburkan banyak ulat yang masih hidup secara serentak.
- Pegang ulat, biarkan ayam mematuk/menyambar ulat tersebut, jangan lepaskan. Biar badan ulat terputus dahulu, kemudian lepaskan.
- Jangan beri terlalu, kerap. Ambil masa utk serama itu menelan.
- Untuk anak serama, seeloknya picitkan kepala ulat sampai pecah dan kemudian beri kepada anak serama, biar mereka berebut2, tarik menarik antara satu sama lain. Dalam keadaan ini ulat tersebut akan terputus.
- Jangan terlalu ikutkan selera ayam. Jangan kira hentam sajalah... Biasanya 5 hingga 7 ekor ulat sudah memadai dan elok beri 2 hari sekali.
Jika dipatuhi perkara diatas, serama akan selesa dan segar serta lebih aktif selepas memakannya. Jika pemberian ulat burung dilakukan secara tidak berhemah, maka banyak keburukkan akan diperolehi. Cubalah tips diatas, mudah-mudahan ianya dapat membantu. Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di LEASF.
No comments:
Post a Comment