Beloved Followers

Tuesday, November 30, 2010

Barang Belunjur di LEASF


Pening kepala weh...... Projek Mega 2010 kurang menjadi. Banyak barang belunjur yang terhasil. Macam-macam formula dan gabungan pembenihan telah dibuat. Contohnya ada diatas, belunjur lagi.....

[Some of the products of Mega Project 2010... Just wait and see !!! ]

Monday, November 29, 2010

Kunjungan 1Malaysia 1Serama


LEASF menerima kunjungan 1Malaysia 1Serama dari sahabat kita Sdr Ah Meng (Kota Baharu) dan Sdr Azizi (Seremban) pada 10.30 malam Jumaat 26hb November 2010. Gambar diatas diambil dengan handphone tak canggih sebab tu lah kelabu semacam jer !!!! Lepas juga rindu mereka berdua dan hilang penat apabila bersua dengan ikon LEASF, iaitu Tuah dan Jebat serata Nadim. Waktu itu, Ah Meng baru saja tiba dengan AirAsia dari Kota Baharu dan terus ke LEASF dari LCCT, Sepang.

[1Malaysia 1Serama-visit of Mr Ah Meng (Kota Baharu) and Mr Azizi (Seremban) to LEASF on Friday 26th November 2010. Mr Ah Meng arrived at KLIA-LCCT airport terminal, Sepang by AirAsia from Kota Baharu, and then was picked-up by Mr Azizi of Seremban directly to LEASF at about 10.30PM. They took the chance to meet Tuah, Jebat, Nadim and many more. Thanks for visiting us, please come again !!!!!].

Saturday, November 27, 2010

Syahdu di Pagi AidilAdha



Kenangan syahdu di pagi AidilAdha..... Megat Panji Alam yang telah banyak berjasa kepada LEASF dengan mengeluarkan pelbagai zuriat cemerlang telah pergi buat selama-lamanya di pagi AidilAdha. Panji Alam memang sudah lama sakit dan badannya terlalu kursus. Punca penyakit masih lagi dalam siasatan. Gambar diatas adalah sebahagian daripada koleksi Megat Panji Alam yang masih tersimpan di akib LEASF. Bawah sekali semasa anak, kemudian kealam remaja dan akhir sekali dizaman kegemilangannya...

[Megat Panji Alam passed away on the EidulAdha day, 17th November 2010].

Thursday, November 25, 2010

Nasib Malang Anak Singa


Gambar atas baru 5 minit kami ambil bagi memaparkan keadaan terkini Anak Singa, iaitu anak jantan Tuah plus Besi Lusuh. Manakala, gambar bawah adalah zoom dari image yang telah kami paparkan tidak lama dulu menunjukkan Anak Singa cukup ceria bersama adik-beradiknya. Malang telah menimpa Anak Singa..... Telah mengalami "stroke" sehingga tidak boleh berdiri dan kaki menjadi lemah. Jangkaan awal ingatkan faktor cuaca, tetapi setelah dihalusi dan diamati ianya berpunca dari faktor genetik yang amat serious. Keadaan Anak Singa cukup membimbangkan, tidak berupaya untuk makan dan minum, hingga badan menjadi kurus kering.... Keadaan ini bukan saja terjadi kepada Anak Singa, malah turut menjadi mangsa adalah kesemua adik-beradiknya. Tapi yang paling serious adalah Anak Singa yang berbisa itu.... Sayang seribu kali sayang....didoakan Anak Singa panjang umur !!!!

[Above : The latest image of Anak Singa, one of the offspring of Tuah plus Besi Lusuh. Stroke and heart attack !! Below: The image was posted a few weeks back. Anak Singa was very active and very happy with its siblings ! Our studies revealed that this is due to genetic factor.]

Wednesday, November 24, 2010

Pelawat LEASF ke-50,000 Terima Cenderahati


Alhamdulillah, tadi tepat pukul 6.30 petang, Sdr Mohd Husni Mubarrak (baju cerah) bersama-sama dengan teman sekuliahnya, Sdr Mohd Syafie Nordin (baju biru) berkunjung ke LEASF untuk menerima cenderahati yang telah dimenanginya. Dua gambar diatas diambil sebaik sahaja hadiah itu disampaikan kepadanya oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pelanggan LEASF, Cikgu Zamri Kamdi. Apa hadiahnya? Apa lagi kalau tidak bapak pembaka yang belunjur keluaran LEASF. Seluruh warga LEASF mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kerana berjaya maraih gelaran "the 50,000th visitor". Kami harap hasil biakbaka nanti akan ada yang tinggi mutunya. Tahniah !!!!

[Congratulations !!!!! Mr Mohd Husni Mubarrak (grey polo-shirt), the 50,000th visitor of LEASF came to our LEASF farm at 6.30PM to claim the prize. Together with this lucky gentleman was his university mate, Mr Mohd Syafie Nordin (blue polo-shirt). They spent about 1 hour at the LEASF Show Gallery and took the opportunity to meet Tuah, Jebat, Dang Ayu and many others. Before leaving the gallery, Mr Husni received a young cockerel of LawiEmas-6000 Tok Uban Syawal bloodline from LEASF. The small token was given away by the Head of Customer Affairs LEASF, Cikgu Zamri Kamdi].

Tuesday, November 23, 2010

No.1 Fan of Dang Ayu


Kejap tadi lebihkurang pukul 11.30 malam, Sdr Walid Al-Sayigh dari Kuwait baru saja pulang buat kali ke-4 dari LEASF. Pening jugak kepala kami. Kami anggap beliau ni sebagai peminat nombor wahid Dang Ayu. Cukup mengasyikkan, apabila beliau bersama dengan Dang Ayu, induk kesayangan dan ikon LEASF.... Maaf bro Walid, kalau murah-murah kami takkan lepas Dang Ayu tu.....he he he !!!!

[Mr Walid Al-Sayigh of Kuwait is the number one fan of Dang Ayu. Four times he visited our LEASF farm and asked for Dang Ayu. Mr Walid!! if your offer is attractive and reasonable, then you can have "the charming lady". In the above pictures, Mr Walid is holding Dang Ayu, one of the icon of LEASF ].

Monday, November 22, 2010

Pencinta Serama dari Kuwait Melawat LEASF


LEASF menerima kunjungan AidilAdha seorang pencinta serama dari negara Kuwait, iaitu Sdr Walid Al-Sayigh. Kabarnya, sudah banyak reban-reban serama seluruh negara dijelajahnya untuk mencari serama idaman. Dua kali ronda kereban LEASF. Pada ahkir lawatan, beliau membawa pulang sebuah kotak misteri dari reban kami. Apa isinya? Tanyalah dia sendiri.... Sdr Walid juga adalah seorang yang berminat dengan sukan bina badan. Apa tidaknya.....sampai nak lumpuh sekor serama yang dipegangnya...

[Mr Walid Al-Sayigh of Kuwait first came to our LEASF farm a day before Aidil Adha (Tuesday 16th Nov 2010) and then came back on Saturday 19th Nov 2010 to collect a mysterious box to bring back to Kuwait. Having satisfied with his choices, on his way back to his hotel in Kuala Lumpur, he sent an SMS expressing his greatfulness. Please do visit us whenever you are in Malaysia. Mr Al-Sayigh is also a keen body builder! Look at his muscular hands holding a young serama cockerel !! You gonna make chicken mandi?]


Sunday, November 21, 2010

Peminat Baru Melawat LEASF



Peminat baru dari Klang Selangor, Sdr Mazlan dan isteri membuat kunjungan AidilAdha petang tadi ke LEASF. Mereka cukup teruja melihat kecantikan dan keunikan beberapa ekor induk selam di LEASF Diakhir lawatan, mereka membawa pulang sekor induk muda genarasi ke-3 LawiEmas dari susur galur Tok Uban Syawal. Selamat berserama kami ucapkan kepada Sdr Mazlan.

[Salam AidilAdha and friendly visit of Mr Mazlan and his beloved wife at LEASF. The young couple, from Klang Selangor, were very excited to see a few "super-selam" pullets at our farm. After spending a few hours at the farm, they took home a young pullet from the 3rd generation LawiEmas project, the Tok Uban Syawal bloodline].

Saturday, November 20, 2010

Nadim The Warrior





Ini adalah beberapa keping gambar Nadim baru baru saja kami snap. Setelah satu minggu tinggal bersendirian, Nadim dah mula mengamok dan tarik selam serta lompat lonjak maut ala kijang liar. Gaya cukup hebat dan sangat mengasyikkan sekali. Gambar ini diambil selepas Nadim dilap dengan air dan dijemur.

[Latest images of Nadim the warrior. Very awesome !!!! These pictures were taken immediately after Nadim took a "hot shower".]


Thursday, November 18, 2010

Kunjungan AidilAdha SeramaPerak ke LEASF


Petang tadi, LEASF menerima kunjungan AidilAdha dari sahabat kita SeramaPerak yang datang jauh dari Taiping menuju ke Gelang Patah. Kelihatan Sdr Adee (SeramaPerak) sedang posing bersama dengan Dang Daun, induk muda keluaran LEASF. Seluruh warga LEASF mengalu-alukan kunjungan Sdr Adee dan diharap lawatan kali ini merupakan titik permulaan untuk kunjungan seterusnya. Kami ucapkan sdr Adee terus berjaya dalam memartabatkan serama, warisan kebanggaan kita semua.

[Salam AidilAdha and the visit of SeramaPerak to LEASF. The pictures show Mr Adee with Dang Daun, the young pullet of LEASF].

Wednesday, November 17, 2010

Salam Eidul Adha dari LEASF

Salam semua,
Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan salam Eidul Adha kepada semua peminat serama yang beragama islam yang berada diseluruh pelusuk dunia. Hayati Pengorbanan, Tingkat Ketakwaan.....

[We would like to wish Salam Eidul Adha to all serama lovers].

Monday, November 15, 2010

Dang Sirih Juga Dipasangkan Dengan Tuah



Dang Sirih yang masih muda trang tang tang..... masih lagi dara. Kini dipasangkan dengan Tuah. Dang Sirih mempunyai aksesori yang cukup lengkap dan cantik. Baru berusia 6 bulan, tapi sudah tak sabar untuk bersama dengan Tuah, jiran sebelah apartmen 3 tingkat. Dang Sirih adalah baka asli LawiEmas keluaran LEASF, iaitu adik kandung Dang Maya, satu bapak satu ibu.

[Dang Sirih couples with Tuah. It is the original breed of LEASF. With a very good posture and complete accessories, it is hope that Dang Sirih will produce many offsprings of high quality seramas. Dang Sirih is a sibling of Dang Maya.]

Sunday, November 14, 2010

Satria Terbang ke Johor


Satria baru saja bertukar geran. Kejap tadi telah pun terbang ke Johor bersama pemilek barunya. Dua post diatas adalah saat-saat terakhir Satria di LEASF. Satria cukup dengan aksesorinya yang tip-top....gaya kebas, lonjak dada dan lempar sayap kedepan.

[These two posts are the latest images of the young cockerel, Satria, the original serama breed of LEASF. Satria and its new owner, Mr Allen of Johor Baharu.]

Saturday, November 13, 2010

Tahniah : En Mohd Husni Pengunjung ke-50,000

Tahniah, tahniah dan tahniah kepada En Mohd Husni Mubarrak yang telah memenangi hadiah istemewa dari LEASF sebagai pelawat yang ke-50,000 berkunjung ke blog kami. Tepat pada pukul 2.57 pagi tadi, crew LEASF menerima e-mail beserta dengan gambar skrin diatas sebagai bukti bahawa beliaulah yang layak menerima anugerah ini. En Mohd Husni baru saja menghubungi kami sekejap tadi. Beliau adalah penuntut tahun akhir Kejuruteraan Robotik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Berasal dari Pendang, Kedah dan meminati serama sejak dibangku sekolah lagi. Blog LEASF seringkali diikuti sejak setahun lalu dan beliau adalah salah seorang peminat setia Jebat.

Tak lama lagi En Mohd Husni akan berkunjung ke reban LEASF di Bandar Baru Bangi bagi menerima hadiah yang telah dijanjikan itu. Sekali lagi seluruh warga LEASF mengucapkan syabas dan tahniah kepada En Mohd Husni yang telah berjaya menjadi pelawat ke-50,000 LEASF. Kepada sesiapa yang tidak bernasib baik pada kali ini, janganlah putus asa, cubalah lagi dilain kali. InsyaAllah, anda akan menjadi pelawat yang ke-??????? nanti. Tunggu dan Sabar......

[Congratulations!!!!!!!!! Mr Mohd Husni Mubarrak was the 50,000th visitor of LEASF. We received an e-mail together with the evident from this lucky fellow at 2.57AM today. Husni is a final year Robotic Engineering student at the Universiti Teknikal Malaysia Melaka. His home town is Pendang, Kedah and LEASF is one of his favorite serama blog. Again, congratulation to En Mohd Husni....... Please contact us !!]

Friday, November 12, 2010

LEASF Tak Sabar Tunggu Baka Tuah dan Baka Jebat


Memang tak sabar menunggu baka Tuah dan baka Jebat yang sedang membesar. Dua post diatas adalah imej terkini dari baka-baka tersebut. Masih kecil-kecil dan semuanya belunjur habis lah......tak cantik, huduh, belunjur habis.....

[These are the latest images of one month old serama chicks from Tuah and Jebah bloodlines.... some of them have good features and great characters, and hopefully they can go further.]

Friday, November 5, 2010

Crew LEASF in Kuwait (6th to 10th November 2010)


Dear all,

Just to inform all of you that the serama expert/breader of LEASF will be in Kuwait from 6th to 10th November 2010. He will stay at Shiik Flamingo Hotel & Resort, Al Ta'awen Street, Bida'a Area, Kuwait 22058. To those, in particular serama lovers in the Middle-East, who wish to meet him and discuss anythings related to the world's smallest chicken, the original breed of Malaysian serama bantams, please do not hesitate to contact his mobile phones directly.

Thank you.

Menanti Pelawat ke-50,000 (Searching for the 50,000th Visitor)

ASM dan Salam 1Malaysia 1Dunia

Diatas sokongan yang berterusan tuan-tuan terhadap blog ini, pihak LEASF ingin menawarkan hadiah yang istemewa kepada pelawat yang ke-50,000 berkunjung ke LEASF. Jadi, kami harap pelawat ke-50,000 ini dapat menghubungi mana-mana crew LEASF menggunakan nombor talipon yang tertera di side bar. Bilangan pelawat sehingga petang ini adalah 46,601. Sila "print screen" muka kunjungan ke-50,000 ini sebagai bukti........

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!!!!! Hidup serama, Hidup LEASF

Dear all,

As for this massive support from all of you, we would like to offer a very special gift to the 50,000-th visitor. So, if you are the one that we are searching for, kindly contact us using the phone number given on the side bar. As an evident that you are the 50,000-th visitor, you are kindly requested to print this screen and e-mail to us immediately. As of this afternoon, the number of visitors is 46,601.

Hurry up !!!!! Don"t miss this golden chance and great opportunity....make sure you are the one that we are searching for.......

Wednesday, November 3, 2010

Seri Bayu Seminggu di Selatan


Wooooow.....inilah wajah terbaru Seri Bayu setelah seminggu berada di Selat Teberau. Dua gambar ini LEASF terima melalui e-mail dari tuannya semalam. Pastinya Seri Bayu cukup bahagia dengan tuan barunya. Dah mula merah muka dan tak lama lagi kita akan saksikan gaya selam dari Seri Bayu.

[Two images of Ser Bayu after one week with its new owner in southern part of West Malaysia. In few weeks time ,we will see how this little young cockerel acts and shows its bold behaviour].

Monday, November 1, 2010

Nadim 3A : Adik Kandung Lekir & Lekiu


Nadim adalah adik kandung Lekir dan Lekiu tapi mempunyai sifat yang sedikit berbeza dengan abang mereka ini. Terutama susuk tubuhnya yang cukup halus dan beratnya kurang daripada 200gm walaupun sudah masuk ke alam remaja. Gayanya boleh tahan.....lonjak maut, tapi masih kurang aktif, maklumlah sejak kecil telah bersama dengan anak betina tumpangan.

[Nadim, the younger brother of Lekir dan Lekiu. With 3A size, Nadim weights less than 200gm].