Beloved Followers

Saturday, November 13, 2010

Tahniah : En Mohd Husni Pengunjung ke-50,000

Tahniah, tahniah dan tahniah kepada En Mohd Husni Mubarrak yang telah memenangi hadiah istemewa dari LEASF sebagai pelawat yang ke-50,000 berkunjung ke blog kami. Tepat pada pukul 2.57 pagi tadi, crew LEASF menerima e-mail beserta dengan gambar skrin diatas sebagai bukti bahawa beliaulah yang layak menerima anugerah ini. En Mohd Husni baru saja menghubungi kami sekejap tadi. Beliau adalah penuntut tahun akhir Kejuruteraan Robotik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Berasal dari Pendang, Kedah dan meminati serama sejak dibangku sekolah lagi. Blog LEASF seringkali diikuti sejak setahun lalu dan beliau adalah salah seorang peminat setia Jebat.

Tak lama lagi En Mohd Husni akan berkunjung ke reban LEASF di Bandar Baru Bangi bagi menerima hadiah yang telah dijanjikan itu. Sekali lagi seluruh warga LEASF mengucapkan syabas dan tahniah kepada En Mohd Husni yang telah berjaya menjadi pelawat ke-50,000 LEASF. Kepada sesiapa yang tidak bernasib baik pada kali ini, janganlah putus asa, cubalah lagi dilain kali. InsyaAllah, anda akan menjadi pelawat yang ke-??????? nanti. Tunggu dan Sabar......

[Congratulations!!!!!!!!! Mr Mohd Husni Mubarrak was the 50,000th visitor of LEASF. We received an e-mail together with the evident from this lucky fellow at 2.57AM today. Husni is a final year Robotic Engineering student at the Universiti Teknikal Malaysia Melaka. His home town is Pendang, Kedah and LEASF is one of his favorite serama blog. Again, congratulation to En Mohd Husni....... Please contact us !!]

No comments: