Wah wah wah !!!! Sekali pandang macam KJ Jr, tapi bila perhati betul-betul tentu sekali bukan. Ini adalah anak keluaran terbaru LEASF. Sri Sarajunatapa adalah kacukan bapak baka Tok Uban dengan induk baka Besi Buruk dari darah pior Cikgu Nipah. Berumur lebihkurang 3 atau 4 bulan, tapi sudah mula menunjukkan ciri-ciri istemewa Cikgu Nipah dan Tok Uban. Apa lagi kalau tidak tarik selam dan kuat kebas atas meja. Kata orang Terengganu "Lawan Meja". Sri Sarajunata bersama-sama dengan KJ Jr bakal mengegarkan bon-bon serama dalam masa terdekat. Itu adalah ramalan yg biasa diberiakan oleh kawan-kawan yg melihat kedua-dua anak serama ini secara "live". Kita tunggu dan lihat !!!!Beloved Followers
Wednesday, May 6, 2009
Sri Sarajunatapa : Keluaran Terbaru LEASF
Wah wah wah !!!! Sekali pandang macam KJ Jr, tapi bila perhati betul-betul tentu sekali bukan. Ini adalah anak keluaran terbaru LEASF. Sri Sarajunatapa adalah kacukan bapak baka Tok Uban dengan induk baka Besi Buruk dari darah pior Cikgu Nipah. Berumur lebihkurang 3 atau 4 bulan, tapi sudah mula menunjukkan ciri-ciri istemewa Cikgu Nipah dan Tok Uban. Apa lagi kalau tidak tarik selam dan kuat kebas atas meja. Kata orang Terengganu "Lawan Meja". Sri Sarajunata bersama-sama dengan KJ Jr bakal mengegarkan bon-bon serama dalam masa terdekat. Itu adalah ramalan yg biasa diberiakan oleh kawan-kawan yg melihat kedua-dua anak serama ini secara "live". Kita tunggu dan lihat !!!!Tuesday, May 5, 2009
Kopi Jantan Jr Menjelma
Gambar terbaru Kopi Jantan Jr (KJ Jr). Amacam ada rupa seiras dengan KJ tak? He he he, kata orang di mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Kalau di perhatikan betul-betul, warna KJ dengan warna KJ Jr tidak sama. Kalau KJ rinting tiga warna, akan tetapi KJ Jr lebih kepada manisan hangus. Ini lah kehebatan baka Tok Uban Shawal, kecil-kecil lagi dah nampak tark selam !!!! KJ Jr ini kami jangka tarik selam dan kepala boleh berpusing kebelakang. He he he !!!Thursday, April 2, 2009
Kopi Jantan Berpindah Milek
Saya cuba akan upload gambar-gamber terkini KJ tidak lama lagi.........untuk tatapan peminat si seluruh dunia, InsyaAllah....
Saturday, November 29, 2008
Tok Sura (The Champion)
Memang cantik memang bergaya. Itulah Tok Sura serama asli hasil keluaran reban negeri Terengganu yang telah menjadi idaman banyak peminat serama tanahair dan luar negara. Badannya bersaiz kecil dan beratnya cuma 300gm, mempunyai aksesori yang lengkap. Tok Sura juga mempunyai "cutting" yang kontemporari dengan warna ara yang berkilat dan menarik. Dadanya akan tertonjol keluar keatas apabila bergaya di atas meja..... Kini ayam ini cuma tinggal kenangan. Yang pergi usah di kenang kerana yang patah akan tumbuh kembali.....Begitulah dunia serama yang cukup unik dan sentiasa menghiburkan.
Friday, November 28, 2008
Kopi Jantan: Baka Tok Uban Shawal
Disertakan dua klip video aksi larut malam Kopi Jantan. Aksi pertama adalah aksi tarik selam dan kedua adalah aksi mengebas berpanjangan. Cuba lah anda lihat sendiri dan nikmatilah aksi Kopi Jantan yang menawan ini...
Thursday, November 27, 2008
Seri Suri
Ramai orang tergila-gila melihat aksi Seri Suri bila bergaya diatas meja......Tarik and mengebas sepanjang masa, tak kira malam atau siang. Beratnya hanya 220gm, bertubuh kecil tetapi mempunyai aksesori yang lengkap...Memang itu lah keunikan serama asli hasil dari kacukan dari baka Tok Uban Shawal....Alangkah sayangnya tuan dia kepada Seri Suri...Kepada yang berminat boleh hubungi empunyanya melalui LEASF dengan kadar segera.......
Wednesday, November 26, 2008
Sri Surada
Nama sebenarnya adalah Sri Surada, tapi ramai yang panggil Tok Mat Gagah........kecil-kecil cili padi, cukup rajin bergaya atas dan bawah meja.....Susur galur (bloodline) darahnya di percayai dari kalangan baka Hussin Kijang. Masa kecil nampak agak besar saiznya tetapi menjadi semakin kecil apabila umur mencecah remaja. Monday, November 24, 2008
Famous Ayam Serama Bloodlines
Here, we would like to share some of the famous bloodlines in the family of ayam serama.
1. Baka LawiEmas
2. Baka 6000
3. Baka Limbat
4. Baka Husin Kijang
5. Baka Mat Awang
6. Baka Maliki
7. Baka Cikgu Nipah
8. Baka Ah Wee
9. Baka Besi Buruk (Selected Bloodline of Baka Cikgu Nipah)
10. Baka Shawal /Baka Tok Uban
These are a few of the bloolines for serama. You can come and visit the farm at the address stated in the sidebar to see a few of the ayam serama from these famous breeds.
Sunday, November 23, 2008
Raja Hitam
Ayam muda yang menjadi naib juara di Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama, Alor Gajah, Melaka pada awal 2008. Muda ini adalah kacukan antara Baka LawiEmas dengan darah ara Baka 6000, hasil keluaran LEASF. Ciri-ciri istemewa ayam ini adalah tubuh yang kecil, bulu yang nipis dan berkilat serta cukup bergaya. Potensinya mula kelihatan semasa umurnya baru 2 bulan. Ayam ini telah dibeli oleh Sdr Farukui Supian selepas pertandingan di Melaka. Setelah dewasa, ayam ini telah menjuarai atau mendapat ranking yang baik di beberapa pertandingan di Pahang, Melaka, Selangor dan Kelantan. Sunday, November 2, 2008
Monday, September 29, 2008
A Couple of Serama Chicks
Wednesday, September 3, 2008
Dang Laila

Saturday, August 30, 2008
Sri Bayas
Mempunyai susur galur (berdarah) baka Tok Uban. Boleh di lihat pada kening atas mata ayam ini. Bercelak putih.......Abang kepada Sri Bayas ini telah di beli oleh Sdr Sayuti, Bandar Baru Bangi. Kabarnya apabila di cross-breeding dengan induk daripada reban Sdr Rashid Marang, anak-anak cukup menjadi........Wah, betul memang serasi darah kedua-dua nya.....apa tidaknya, asal usul mereka adalah dari satu darah, cuma saya telah buat beberapa pembaharuan dari segi saiz tubuh dan warna dari Baka 6000.......gaya tetap melentuk, gaya Tok Uban Shawal. Friday, July 4, 2008
Some Facts about Ayam Serama
- Bantam breed of exotic chicken originating from Malaysia.
- The first breeding was in Kelantan, a northern state in Malaysia's panisular. It was a work of art by village folks.
- The exotic Malaysian bantam chicken is called "Ayam Serama".
- Produce more than 2500 documented colour varieties. The most famous colours are "Ara", "Kuning", "Kuning Merah", "3 Colours Rinting (Black,Yellow & White)", "Rinting Murai (Black & White)", "Rinting Emas (Yellow & White)" and "Manisan Hangus".
- Vetical tail feathers. The upper part of the tails is called "Lawi"
- Near-vertical wings with short body features.
- Display full-breast when in action, This action is called "gaya".
- The ligthest chicken in the world. The highest quality weights less than 350gm for a full-grown serama.
- Keep as pet in many Malaysian homes.
Sunday, May 4, 2008
Tok Belah
Tok Belah (berdada belah) telah menjadi milik Sdr Zainal dari Kluang, Johor.....Cukup seksi bila bergaya. Hasil keluaran reban LEASF ini adalah kacukan antara Baka Tok Uban Shawal dengan darah dari Baka 6000 yang telah di campur dengan Baka LawiEmas......Dengar kabar Tok Belah sekarang telah berhijrah ke Kelantan. Syabas dan selamat bertanding di sana. LEASF sedang berusaha untuk keluarkan lebih banyak Tok Belah yang lagi seksi !!!!!




