Beloved Followers

Friday, May 29, 2009

Sarajunatapa Berpindah Milek

Petang semalam adalah waktu yang terakhir Sri Sarajunatapa berada di reban Lawi Emas. Kini apartmen nya hanya di huni oleh dua ekor betina remaja baka tok uban. Sekor tarik giler sampai tenggelam dan sekor lagi panjang belunjur. He he he...

Itu lah dunia serama yg perlu kita terima. Ada kawan-kawan datang yang ingin memiliki, kita perlu akur dengan permintaannya. tak sanggup kita melihat kawan pulang dengan tangan kosong. Telah tersurat kepunyaan kita hanya setakat semalam saja. Hari ini orang lain punya pulak......Apa-apa pun kita harap jaga lah Sarajunatapa dengan sebaiknya dan rajin-rajin lah hantar berita untuk kita ketahui akan perkembangan terkini remaja pilihan ini....

Baru kejap tadi ada kawan dari UNITEN datang ke reban Lawi Emas untuk bersemuka dengan Sarajunatapa secara "live", tapi dia pulang hampa kerana Sarajunatapa sudah pun berpindah kerana telah menjadi milek orang....

Wednesday, May 27, 2009

Sri Sarajunatapa : Remaja Yg Menawan




Wow, rupa-rupanya ramai betul peminat Sarajunatapa. SMS dan Call tidak putus-putus kami terima dari peminat dalam luar negara. Peminat nombor wahid rupa-rupa Mat Salleh dari Switzland. Hampir setiap hari mamat ni tanya perkembangan ayam yg power ini. Kalau tidak aral melintang, remaja ini akan turun jumpa peminat di Port Dickson pada 31hb Mei ini.... Tunggu dan jumpa di sana. He he he !!!!!!!


Wednesday, May 6, 2009

Sri Sarajunatapa : Keluaran Terbaru LEASF

Wah wah wah !!!! Sekali pandang macam KJ Jr, tapi bila perhati betul-betul tentu sekali bukan. Ini adalah anak keluaran terbaru LEASF. Sri Sarajunatapa adalah kacukan bapak baka Tok Uban dengan induk baka Besi Buruk dari darah pior Cikgu Nipah. Berumur lebihkurang 3 atau 4 bulan, tapi sudah mula menunjukkan ciri-ciri istemewa Cikgu Nipah dan Tok Uban. Apa lagi kalau tidak tarik selam dan kuat kebas atas meja. Kata orang Terengganu "Lawan Meja". Sri Sarajunata bersama-sama dengan KJ Jr bakal mengegarkan bon-bon serama dalam masa terdekat. Itu adalah ramalan yg biasa diberiakan oleh kawan-kawan yg melihat kedua-dua anak serama ini secara "live". Kita tunggu dan lihat !!!!

Tuesday, May 5, 2009

Kopi Jantan Jr Menjelma

Gambar terbaru Kopi Jantan Jr (KJ Jr). Amacam ada rupa seiras dengan KJ tak? He he he, kata orang di mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Kalau di perhatikan betul-betul, warna KJ dengan warna KJ Jr tidak sama. Kalau KJ rinting tiga warna, akan tetapi KJ Jr lebih kepada manisan hangus. Ini lah kehebatan baka Tok Uban Shawal, kecil-kecil lagi dah nampak tark selam !!!! KJ Jr ini kami jangka tarik selam dan kepala boleh berpusing kebelakang. He he he !!!

Thursday, April 2, 2009

Kopi Jantan Berpindah Milek






Kopi Jantan (KJ) yang menjadi igauan ramai peminat serama tanah air telah pun berpindah milek kepada kawan kita dari UPM pada 25 hb Mac 2009 yang lepas. Majlis penyerahan hakmilek telah di saksikan oleh saya sendiri dan suasana pada malam itu cukup tenang dan harmoni diselangseli dengan gelak ketawa dan gurau senda para hadirin. Setelah penyerahan di sempurnakan, saya dan rakan-rakan di jamukan dengan hidangan yang cukup enak di Restoran Selera Timur. Terima kasih daun keladi.....Pada pertandingan di Central Market, Kuala Lumpur 28hb Mac 2009, KJ telah berjaya merangkul 2 hadiah utama.......Johan kategori ABS dan mendapat anugerah "Best of the Best". Tahniah dan selamat maju jaya.......

Saya cuba akan upload gambar-gamber terkini KJ tidak lama lagi.........untuk tatapan peminat si seluruh dunia, InsyaAllah....
Tak lama lagi akan keluar sesuatu yang akan mengegarkan dunia serama lagi.......apa lagi kalu tidak Kopi Jantan Jr akan menyusul. Satu mak dan satu bapak dengan KJ !!!!! Masih "top secret" lagi....

Saturday, November 29, 2008

Tok Sura (The Champion)

Memang cantik memang bergaya. Itulah Tok Sura serama asli hasil keluaran reban negeri Terengganu yang telah menjadi idaman banyak peminat serama tanahair dan luar negara. Badannya bersaiz kecil dan beratnya cuma 300gm, mempunyai aksesori yang lengkap. Tok Sura juga mempunyai "cutting" yang kontemporari dengan warna ara yang berkilat dan menarik. Dadanya akan tertonjol keluar keatas apabila bergaya di atas meja..... Kini ayam ini cuma tinggal kenangan. Yang pergi usah di kenang kerana yang patah akan tumbuh kembali.....Begitulah dunia serama yang cukup unik dan sentiasa menghiburkan.





Friday, November 28, 2008

Kopi Jantan: Baka Tok Uban Shawal

Wah.......sekali pandang memang terpikat. Gaya tarik selam......rinting oh rinting.....namanya Kopi Jantan......Ada orang mintak RM5,000-00 tapi tuan dia tak lepas lagi....Yang berminat boleh hubungi LEASF...
Disertakan dua klip video aksi larut malam Kopi Jantan. Aksi pertama adalah aksi tarik selam dan kedua adalah aksi mengebas berpanjangan. Cuba lah anda lihat sendiri dan nikmatilah aksi Kopi Jantan yang menawan ini...





Thursday, November 27, 2008

Seri Suri

Ramai orang tergila-gila melihat aksi Seri Suri bila bergaya diatas meja......Tarik and mengebas sepanjang masa, tak kira malam atau siang. Beratnya hanya 220gm, bertubuh kecil tetapi mempunyai aksesori yang lengkap...Memang itu lah keunikan serama asli hasil dari kacukan dari baka Tok Uban Shawal....Alangkah sayangnya tuan dia kepada Seri Suri...Kepada yang berminat boleh hubungi empunyanya melalui LEASF dengan kadar segera.......

Wednesday, November 26, 2008

Sri Surada

Nama sebenarnya adalah Sri Surada, tapi ramai yang panggil Tok Mat Gagah........kecil-kecil cili padi, cukup rajin bergaya atas dan bawah meja.....Susur galur (bloodline) darahnya di percayai dari kalangan baka Hussin Kijang. Masa kecil nampak agak besar saiznya tetapi menjadi semakin kecil apabila umur mencecah remaja.
Warnanya kuning merah cantik dengan balun plastik berbilah kecil dan tersusun rapi........Nak cari Tok Mat Gagah zaman sekarang sikit punya susah.....

Monday, November 24, 2008

Famous Ayam Serama Bloodlines

Hello and dear all !!!!

Here, we would like to share some of the famous bloodlines in the family of ayam serama.

1. Baka LawiEmas
2. Baka 6000
3. Baka Limbat
4. Baka Husin Kijang
5. Baka Mat Awang
6. Baka Maliki
7. Baka Cikgu Nipah
8. Baka Ah Wee
9. Baka Besi Buruk (Selected Bloodline of Baka Cikgu Nipah)
10. Baka Shawal /Baka Tok Uban

These are a few of the bloolines for serama. You can come and visit the farm at the address stated in the sidebar to see a few of the ayam serama from these famous breeds.

Sunday, November 23, 2008

Raja Hitam

Ayam muda yang menjadi naib juara di Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama, Alor Gajah, Melaka pada awal 2008. Muda ini adalah kacukan antara Baka LawiEmas dengan darah ara Baka 6000, hasil keluaran LEASF. Ciri-ciri istemewa ayam ini adalah tubuh yang kecil, bulu yang nipis dan berkilat serta cukup bergaya. Potensinya mula kelihatan semasa umurnya baru 2 bulan. Ayam ini telah dibeli oleh Sdr Farukui Supian selepas pertandingan di Melaka. Setelah dewasa, ayam ini telah menjuarai atau mendapat ranking yang baik di beberapa pertandingan di Pahang, Melaka, Selangor dan Kelantan.

Sunday, November 2, 2008

Sri Kancil

Wah........ini lagi hebat. kecil-kecil lagi dah mula tarik....Anak ini adalah dari bloodline LawiEmas darah ara....Mana mata tak berkenan kalau kecil-kecil macam ni dah pandai bergaya. Wah, uniknya serama dan kita mesti pertahankan warisan kebanggaan kita ini.

Monday, September 29, 2008

A Couple of Serama Chicks

Cantik dan menawan serta sihat segar..... Sepasang anak serama dari Baka LawiEmas darah kuning/merah yang baru berumur lebihkurang 30 hari. Kelihatan begitu mesra...... Penjagaan anak serama pada usia ini memang cerewek dan memerlukan kesabaran dan keperihatinan yang cukup tinggi....Perlu pastikan air yang bersih dan makanan yang sesuai untuk pembesaran.... Anak serama ini telah dibeli oleh seorang peminat serama dari Kelantan semasa berumur 60 hari...

Wednesday, September 3, 2008

Dang Laila


Induk keluaran reban LEASF ini mempunyai ciri-ciri yang menarik. Dada yang besar dan sentisa tarik. Induk muda ini telah pun berpindah miliki ke Kuala Lumpur. Di beli oleh Sdr Wan.....Cukup sayang (gambar atas adalah gambar terkini, muda dan gambar bawah semasa induk ini masih remaja)

Saturday, August 30, 2008

Sri Bayas

Mempunyai susur galur (berdarah) baka Tok Uban. Boleh di lihat pada kening atas mata ayam ini. Bercelak putih.......Abang kepada Sri Bayas ini telah di beli oleh Sdr Sayuti, Bandar Baru Bangi. Kabarnya apabila di cross-breeding dengan induk daripada reban Sdr Rashid Marang, anak-anak cukup menjadi........Wah, betul memang serasi darah kedua-dua nya.....apa tidaknya, asal usul mereka adalah dari satu darah, cuma saya telah buat beberapa pembaharuan dari segi saiz tubuh dan warna dari Baka 6000.......gaya tetap melentuk, gaya Tok Uban Shawal.