Beloved Followers

Thursday, December 31, 2009

Dang Sari Terkini: "Super Submarine"


Ini adalah dua post terkini Dang Sari produk asli LEASF yang baru saja kami terima melalui SMS dari tuannya dinegeri sebelah selatan. Perwatakan serta gaya atas meja Dang Sari saling tak tumpah sama dengan Dang Ayu yang menjadi kegilaan banyak peminat sebelah sini. Gaya selam menjunam kedua-dua induk ini memang memukau setiap mata yang memandangnya. Jika lensa kamera anda berada di bahagian hadapan, maka apa yang lensa anda snap adalah "ayam takde kepala". Begitulah hebatnya selam menjunam kepala teleng Dang Sari, dan gelaran "Super Submarine" kepada induk ini pastinya tepat dan jitu...... Sesuatu yang hairan bin ajaib, induk ini bertelur cantik dan kabarnya dah punya cahayamata.... book sekor leh?

Ayam Oh Ayam !!!

Ayam oh ayam !!!!! Begitulah teriak taukeh empunya gerai ni. Wah....bukan main ramai peminat ayam, sanggup beratur walaupun dalam keadaan panas terik dan berjam-jam lamanya. Bukan peminat ayam serama yer! Sebenarnya foto ini adalah salah satu shot yang crew LEASF dapat snap. Suasana beratur dengan penuh tertib warga Bandar Baru Bangi untuk membeli "Ayam Pusing" atau "Ayam Panggang Golek" dipasar ramadhan yang lalu. Memang panjang sekali orang beratur dan ada juga yang datang dari luar kawasan semata-mata untuk menikmati "Ayam Pusing Power" sebagai juadah untuk berbuka puasa. Bukan serama saja yang ada power !!! Ayam oh ayam !!!!

Wednesday, December 30, 2009

Tips Penjagaan Anak Serama

Anak ayam serama biasanya menetas dengan 2 cara. Pertama menetas dengan kaedah biasa, iaitu telur yang baik akan menetas apabila dieram oleh ibu (samada ibu sendiri atau ibu tumpang). Keduanya adalah telur yang baik juga menetas melalui kaedah pengeraman tiruan menggunakan alat yang dipanggil “incubator”.


Bermula pada hari pertama lagi, penjagaan yang rapi perlu diberikan kepada anak-anak serama ini supaya mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna. Antara langkah yang perlu diambil untuk menjaga anak serama ini adalah saperti berikut:-


1. Elakkan anak serama dari gigitan nyamuk dengan menutup bahagian yang terbuka pada reban, sangkar atau kotak menggunakan jaring nyamuk. Gigitan nyamuk boleh menyebabkan penyakit ‘puru’ (selalunya, berbintik-bintik pada muka atau kepala). Sekiranya terdapat tanda-tanda begini, sapukan minyak gamat atau sisa minyak yang digunakan utk menggoreng ikan. Biasanya bintik-bintik ini akan hilang dalam masa 2 atau 3 hari.

2. Elakkan anak serama dari cuaca sejuk terutamanya waktu malam atau jika hujan. Gunakan lampu dengan mentol 15 atau 25 Watt dan letakkan anak-anak ayam di dalam bekas tertutup (e.g: kotak, aquarium, dsb)

3. Makanan pemula bagi anak-anak ini, seeloknya ialah makanan pemula untuk ayam penelur atau makanan puyuh penelur. Elakkan dari memberi makanan ayam peranggang kerana ini akan menyebabkan ayam akan gemuk dan besar.

4. Jangan letakkan banyak anak ayam didalam tempat yang terlalu sempit kerana ini akan menyebabkan ayam kurang aktif, terbantut pembesarannya dan kadang-kadang ekor mudah menjadi sengget atau bengkok sebelah. Seeloknya letak sedikit pasir dilantai. Terbaik adalah pasir pantai.

5. Anak serama seperti juga anak ayam yang lain pada kebiasaannya suka makan tanpa mengira waktu dan ketika. Kuantiti makanan hendaklah dikawal kerana jika terlebih ia boleh menyebabkan ayam gemuk dan besar.

6. Bekas air hendaklah sentiasa dibersihkan dan seeloknya masukkan air bersih bersama ubatan atau vitamin tambahan atau antibiotic yang senang diperolehi dari kedai haiwan. Air bioaura atau air tenaga lagi cun lah....


Sunday, December 27, 2009

Antara Bapak Pembaka LEASF

Gambar sebelah adalah salah satu daripada bapak baka yang ada di reban LEASF. Badannya cukup singkat dan mempunyai balung yang cukup cantik. Berat badannya cuma 320 gm sahaja. Ekornya juga tersusun rapi, tak ubah seperti susunan sirih junjung. Bapak ini memulakan servisnya sebagai pembaka di reban LEASF sejak masih muda lagi dan sekarang telah mempunyai beberapa ekor zuriat yang cantik dan berkualiti......

Saturday, December 26, 2009

Si Jaka Baka Sri Maharani

Dua imej ini baru saja kami "snap" dan "upload" untuk tatapan semua peminat serama di luar sana. Si Jaka ialah hasil keluaran terbaru reban LEASF. Selepas melalui proses biakbaka yng cukup rapi baka Sri Maharani iaitu dari darah susur galur baka Sri Maharaja dengan baka Syawal (Tok Uban ori), maka muncul lah 2 ekor anak. Si Jaka berwarna kuning dan adiknya berwarna tok uban. Si Jaka mempunyai balung dengan bilah yang cukup cantik serta tersusun rapi. Tubuhnya yang singkat dengan bulu dan kaki yang kuning menjanjikan masa depan yang cukup cerah untuk masuk ke bon. Buat masa sekarang, kami cuma. memerhatikan perangainya saja. Jika perangainya melawan meja seperti darah-darah Sri Maharaja, maka biakbaka ini akan diteruskan lagi.....Tunggu yer !!!!

Tuesday, December 22, 2009

Al-Fatihah utk Arwah Cikgu Hanipah (Cikgu Nipah)

Pada 17hb Disember 2009, kami menerima SMS dari seorang kawan serama, mahasiswa UNITEN yang sedang bercuti di Kota Baharu, Kelantan ........antara lainnya berbunyi "Cikgu Hanipah meninggal dunia dan telah dikebumikan pada 2.45 tadi, al-fatihah".......Mahasiswa tersebut adalah jiran sekampung Cikgu Hanipah.
Cikgu Hanipah atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Nipah, semasa hayatnya merupakan breeder serama veteren yang amat berjaya. Banyak hasil keluaran rebannya mendapat ranking yang cukup baik dan seringkali menjuarai dikebanyakkan bon di tanah air. Antara darah-darah ternama dari baka Cikgu Nipah yang terbaik dan yang paling tersohor masakini adalah baka Besi Buruk. Baka ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan adalah berasal dari darah susur galur baka Cikgu Nipah...Pada suatu ketika dulu, antara hasil dari darah limbat asli yang ada pertalian dengan baka Cikgu Nipah adalah juara antara juara milek Bro Rashid Marang bernama "Malek Noor" yang beberapa kali muncul didada akhbar dan majalah tempatan, kerana gaya, lagak dan kecantikannya. Itu adalah antara kehebatan serama baka Cikgu Nipah.
Teringat saya semasa pertama kali berkunjung ke reban Cikgu Nipah kira-kira 8 tahun lalu. Itulah pertama kali saya mengenali arwah. Kebetulan saya sampai di rumah arwah pada tengahari dan selepas menunggu beberapa jam barulah arwah pulang dari sekolah. Arwah cukup baik, cukup merendah diri dan cukup senang hati melayan tetamu walaupun kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Walaupun beliau masih penat, maklumlah baru saja pulang dari sekolah, namum sering senyum dan tidak jemu-jemu melayan kami sama saperti melayan keluarganya sendiri. Begitu juga ramah dan baiknya jiran serta keluarga terdekat arwah.
Seperkara yang tidak akan saya lupa adalah pemberian hadiah 5 ekor anak baka ternama beliau (baka naga emas, kalau tak silap), selepas saya cuma beli sekor anak saja.......wah, lebih hadiah dari yang dibeli....
Cikgu Nipah, jasamu tetap kami kenang dan mudah-mudahan Allah SWT tempatkan roh arwah di kalangan orang-orang yang soleh..... Al-fatihah.

Sunday, December 20, 2009

Sri Bading dan Sri Badang Berhijrah

Sri Bading dan abangnya Sri Badang yang seiras telah pun berhijrah dari reban LEASF ke Negeri Sembilan pada pagi Maal Hijrah 1431 M. Walaupun berat hati kami untuk lepaskan kedua-dua muda tersebut, namum permintaan dan ikatan persaudaraan sesama kawan tetap di utamakan. Kedua-dua ayam ini mempunyai bentuk tubuh badan serta warna yang hampir serupa, namum Sri Badang agar lebih kasar berbanding Sri Bading. Ciri istemewa yang ada pada Sri Bading adalah cukup kuat mengebas dan tarik, saling tak tumpah macam bapaknya.
Kami tak sempat untuk ambil beberapa keping gambar kedua-dua ayam ini pada hari bersejarah itu, namum kami mengharapkan, pemilek baru akan sentiasa sudi untuk menghantar imej-imej yang istemewa dari masa ke semasa. Boleh yer???
Tahniah kepada pemilek Sri Bading dan Sri Badang yang baru.........

Thursday, December 3, 2009

Tips Memulihkan Tenaga utk Bapak Tua

Kali ini LEASF ingin berkongsi tips dengan semua peminat serama yang ada masaalah dengan bapak baka atau induk baka. Jika makanan biakbaka Gold Coin 107 pun tak jalan, maka eloklah amalkan tips dibawah ini. Mudah-mudahan dapat menolong.....
Selain daripada memberi ubat-ubatan moden yang boleh diperolehi dari farmasi, banyak cara-cara tradisional yg dipraktikkan oleh penternak veteran dalam dunia serama ini, namum pada kali ini saya cuma ingin war-warkan satu cara yang mudah, murah dan cukup berkesan unutk memulihkan tenaga batin bapak tua yang kurang aktif supaya dapat "menjalankan" kerja-kerja rutin saperti biasa.
Cara-caranya:-
Ambil sedikit daging (lebihkurang 50 gm dan seeloknya daging yang fresh yang belum kena ais), kemudian potong daging ini kecil-kecil menjadi kuib mungkin sebesar biji minyak ikan. Kemudian rendamkan daging tersebut kedalam madu asli untuk 1 atau 2 hari. Suapkan daging sira ini kepada bapak baka tadi selang sehari untuk memulihkan tenaganya. Masa yg paling sesuai unutk diberi makan adunan adalahpada waktu pagi atau petang sebelum dia tidur. Tips ini juga boleh diamalkan pada induk yang dah berumur supaya lebih aktif dan produktif.
Selamat mencuba,
-Pakar Biakbaka LEASF-