Pada 17hb Disember 2009, kami menerima SMS dari seorang kawan serama, mahasiswa UNITEN yang sedang bercuti di Kota Baharu, Kelantan ........antara lainnya berbunyi "Cikgu Hanipah meninggal dunia dan telah dikebumikan pada 2.45 tadi, al-fatihah".......Mahasiswa tersebut adalah jiran sekampung Cikgu Hanipah.
Cikgu Hanipah atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Nipah, semasa hayatnya merupakan breeder serama veteren yang amat berjaya. Banyak hasil keluaran rebannya mendapat ranking yang cukup baik dan seringkali menjuarai dikebanyakkan bon di tanah air. Antara darah-darah ternama dari baka Cikgu Nipah yang terbaik dan yang paling tersohor masakini adalah baka Besi Buruk. Baka ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan adalah berasal dari darah susur galur baka Cikgu Nipah...Pada suatu ketika dulu, antara hasil dari darah limbat asli yang ada pertalian dengan baka Cikgu Nipah adalah juara antara juara milek Bro Rashid Marang bernama "Malek Noor" yang beberapa kali muncul didada akhbar dan majalah tempatan, kerana gaya, lagak dan kecantikannya. Itu adalah antara kehebatan serama baka Cikgu Nipah.
Teringat saya semasa pertama kali berkunjung ke reban Cikgu Nipah kira-kira 8 tahun lalu. Itulah pertama kali saya mengenali arwah. Kebetulan saya sampai di rumah arwah pada tengahari dan selepas menunggu beberapa jam barulah arwah pulang dari sekolah. Arwah cukup baik, cukup merendah diri dan cukup senang hati melayan tetamu walaupun kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Walaupun beliau masih penat, maklumlah baru saja pulang dari sekolah, namum sering senyum dan tidak jemu-jemu melayan kami sama saperti melayan keluarganya sendiri. Begitu juga ramah dan baiknya jiran serta keluarga terdekat arwah.
Seperkara yang tidak akan saya lupa adalah pemberian hadiah 5 ekor anak baka ternama beliau (baka naga emas, kalau tak silap), selepas saya cuma beli sekor anak saja.......wah, lebih hadiah dari yang dibeli....
Cikgu Nipah, jasamu tetap kami kenang dan mudah-mudahan Allah SWT tempatkan roh arwah di kalangan orang-orang yang soleh..... Al-fatihah.
1 comment:
terima kasih...lah semuo sekali yang mana pernah beli bako aye seramo cikgu...nipoh...
Post a Comment