Beloved Followers

Wednesday, December 30, 2009

Tips Penjagaan Anak Serama

Anak ayam serama biasanya menetas dengan 2 cara. Pertama menetas dengan kaedah biasa, iaitu telur yang baik akan menetas apabila dieram oleh ibu (samada ibu sendiri atau ibu tumpang). Keduanya adalah telur yang baik juga menetas melalui kaedah pengeraman tiruan menggunakan alat yang dipanggil “incubator”.


Bermula pada hari pertama lagi, penjagaan yang rapi perlu diberikan kepada anak-anak serama ini supaya mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna. Antara langkah yang perlu diambil untuk menjaga anak serama ini adalah saperti berikut:-


1. Elakkan anak serama dari gigitan nyamuk dengan menutup bahagian yang terbuka pada reban, sangkar atau kotak menggunakan jaring nyamuk. Gigitan nyamuk boleh menyebabkan penyakit ‘puru’ (selalunya, berbintik-bintik pada muka atau kepala). Sekiranya terdapat tanda-tanda begini, sapukan minyak gamat atau sisa minyak yang digunakan utk menggoreng ikan. Biasanya bintik-bintik ini akan hilang dalam masa 2 atau 3 hari.

2. Elakkan anak serama dari cuaca sejuk terutamanya waktu malam atau jika hujan. Gunakan lampu dengan mentol 15 atau 25 Watt dan letakkan anak-anak ayam di dalam bekas tertutup (e.g: kotak, aquarium, dsb)

3. Makanan pemula bagi anak-anak ini, seeloknya ialah makanan pemula untuk ayam penelur atau makanan puyuh penelur. Elakkan dari memberi makanan ayam peranggang kerana ini akan menyebabkan ayam akan gemuk dan besar.

4. Jangan letakkan banyak anak ayam didalam tempat yang terlalu sempit kerana ini akan menyebabkan ayam kurang aktif, terbantut pembesarannya dan kadang-kadang ekor mudah menjadi sengget atau bengkok sebelah. Seeloknya letak sedikit pasir dilantai. Terbaik adalah pasir pantai.

5. Anak serama seperti juga anak ayam yang lain pada kebiasaannya suka makan tanpa mengira waktu dan ketika. Kuantiti makanan hendaklah dikawal kerana jika terlebih ia boleh menyebabkan ayam gemuk dan besar.

6. Bekas air hendaklah sentiasa dibersihkan dan seeloknya masukkan air bersih bersama ubatan atau vitamin tambahan atau antibiotic yang senang diperolehi dari kedai haiwan. Air bioaura atau air tenaga lagi cun lah....


No comments: