Beloved Followers
Thursday, December 31, 2009
Dang Sari Terkini: "Super Submarine"
Ayam Oh Ayam !!!
Wednesday, December 30, 2009
Tips Penjagaan Anak Serama
Anak ayam serama biasanya menetas dengan 2 cara. Pertama menetas dengan kaedah biasa, iaitu telur yang baik akan menetas apabila dieram oleh ibu (samada ibu sendiri atau ibu tumpang). Keduanya adalah telur yang baik juga menetas melalui kaedah pengeraman tiruan menggunakan alat yang dipanggil “incubator”.
Bermula pada hari pertama lagi, penjagaan yang rapi perlu diberikan kepada anak-anak serama ini supaya mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna. Antara langkah yang perlu diambil untuk menjaga anak serama ini adalah saperti berikut:-
1. Elakkan anak serama dari gigitan nyamuk dengan menutup bahagian yang terbuka pada reban, sangkar atau kotak menggunakan jaring nyamuk. Gigitan nyamuk boleh menyebabkan penyakit ‘puru’ (selalunya, berbintik-bintik pada muka atau kepala). Sekiranya terdapat tanda-tanda begini, sapukan minyak gamat atau sisa minyak yang digunakan utk menggoreng ikan. Biasanya bintik-bintik ini akan hilang dalam masa 2 atau 3 hari.
2. Elakkan anak serama dari cuaca sejuk terutamanya waktu malam atau jika hujan. Gunakan lampu dengan mentol 15 atau 25 Watt dan letakkan anak-anak ayam di dalam bekas tertutup (e.g: kotak, aquarium, dsb)
3. Makanan pemula bagi anak-anak ini, seeloknya ialah makanan pemula untuk ayam penelur atau makanan puyuh penelur. Elakkan dari memberi makanan ayam peranggang kerana ini akan menyebabkan ayam akan gemuk dan besar.
4. Jangan letakkan banyak anak ayam didalam tempat yang terlalu sempit kerana ini akan menyebabkan ayam kurang aktif, terbantut pembesarannya dan kadang-kadang ekor mudah menjadi sengget atau bengkok sebelah. Seeloknya letak sedikit pasir dilantai. Terbaik adalah pasir pantai.
5. Anak serama seperti juga anak ayam yang lain pada kebiasaannya suka makan tanpa mengira waktu dan ketika. Kuantiti makanan hendaklah dikawal kerana jika terlebih ia boleh menyebabkan ayam gemuk dan besar.
6. Bekas air hendaklah sentiasa dibersihkan dan seeloknya masukkan air bersih bersama ubatan atau vitamin tambahan atau antibiotic yang senang diperolehi dari kedai haiwan. Air bioaura atau air tenaga lagi cun lah....
Sunday, December 27, 2009
Antara Bapak Pembaka LEASF
Saturday, December 26, 2009
Si Jaka Baka Sri Maharani
Tuesday, December 22, 2009
Al-Fatihah utk Arwah Cikgu Hanipah (Cikgu Nipah)
Sunday, December 20, 2009
Sri Bading dan Sri Badang Berhijrah
Thursday, December 3, 2009
Tips Memulihkan Tenaga utk Bapak Tua
Friday, November 27, 2009
Dang Mawar: Senjata Terkini keluaran LEASF
Wednesday, November 25, 2009
Sri Suri: Helang Malam
Friday, November 6, 2009
Nagasaki dengan Atomic Power
Sunday, September 13, 2009
Cikgu dan Serama
- Cikgu Jai (Papar)
- Cikgu Zainudin (Lahad Datu)
- Cikgu Lah (Marang)
- Cikgu Zul (Rusila)
- Cikgu Zaid (Puchong)
- Cikgu Bai (Kulai)
- Cikgu Ameran (Kuala Terengganu)
- Cikgu Ali (Kuala Terengganu)
- Cikgu Zaki (Tumpat)
- Cikgu Zamri (Bangi)
- Cikgu Zul (Kuala Pilah)
- Cikgu Fauzi (Selayang)
- Dan ramai lagi......
Ada ramai lagi yang kami tak sebut namanya, mohon maaf banyak-banyak.
Pernah kami tanya pada beberapa orang guru. Apasal minat sangat bela serama ni? Berbagai jawapan yang kami perolehi.....
- Saya ni guru kaunseling, kat sekolah banyak nak selesai masaalah murid yang bermasaalah, balik rumah rasa lega dan relis sikit apabila melihat aksi ayam serama.
- Ada yang kata, saya mengajar pagi, sebelah petang banyak masa terluang dan bolehlah membelai serama kat reban.
- Ada pula yang kata lain, serama merupakan sumber pendapatan yg lumayan jika kena caranya.
- Balik dari sekolah takde apa nak buat, daripada buat tahi mata kan ke elok bela serama. Ada ekssesais sikit, duit pun masuk kadang-kadang tu.
- Ada pula yang berkata, saja bela kerna minat dan kebetulan kat rumah pun anak-anak suka dengan ayam serama.
Wah, itulah antara jawapan dan pandangan Cikgu-cikgu kita dengan serama. Banyak lagi jawapan lain, lain kali kita sambung lagi.
Buat Cikgu-cikgu semua, LEASF ucap tahniah dan selamat berserama semoga berjaya mendapat apa yang tuan-tuan hajatkan dan mohon maaf jika ada kesilapan selama kita bersama-sama meminati haiwan unik yang bernama Serama ini. Ceria selalu. Syabas dan Tahniah !!!!
Friday, September 11, 2009
My Name is Sangkuriang
Tuesday, September 8, 2009
Enam Ekor Adik Sarajunatapa Baru Netas
Monday, September 7, 2009
Prof Dr Masahiro Takei, Japan Melawat LEASF
Sunday, September 6, 2009
Nagasaki Terkini: Tarik S
Monday, August 31, 2009
Sri Bading
Sunday, August 23, 2009
Dang Ayu Terkini
New Generation of LawiEmas Breeds
Sunday, August 2, 2009
Sri Sarajunatapa: Terkini Selam Mengebas
Saturday, August 1, 2009
Megat Panji Alam
Saturday, July 25, 2009
Sri Maharaja dalam Kenangan
Thursday, July 9, 2009
Dang Sari Adik Kandung Sri Sarajunatapa
Sunday, July 5, 2009
Nagasaki dan Nagasari
Wednesday, July 1, 2009
Tok Bijasura dan Dang Merduwati
Monday, June 29, 2009
Bangi Mega Serama Competition: The Best of The Best
Saturday, June 20, 2009
Dang Ayu Sepupu Sri Sarajunatapa: Selam Menjunam
Friday, May 29, 2009
Sarajunatapa Berpindah Milek
Wednesday, May 27, 2009
Sri Sarajunatapa : Remaja Yg Menawan
Wednesday, May 6, 2009
Sri Sarajunatapa : Keluaran Terbaru LEASF
Tuesday, May 5, 2009
Kopi Jantan Jr Menjelma
Thursday, April 2, 2009
Kopi Jantan Berpindah Milek
Saya cuba akan upload gambar-gamber terkini KJ tidak lama lagi.........untuk tatapan peminat si seluruh dunia, InsyaAllah....